Saturday, June 18, 2011

monolog hati...

In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful
Bismillahirahmanirahim...

Astaghfirullahalazim...Astagfirullahalazim...Astagfirullahalazim...
adakah sekecil-sekecil perkara ini patut aku rungkai
adakah seremeh-remeh perkara ini patut aku beri perhatian
sehinggakan kekuatan aku luluh kecai berkeping-keping

sememangnya dari awal lagi sepatutnya diendahkan rasa ini
kenapa hanya kerana seorang insan hati terkesan sebegini sekali
siapa yang patut aku salahkan?
tapi mana mungkin aku boleh menyalahkan orang lain
kerana yang bersangka buruk itu adalah aku
yang memiliki hati dan rasa ini juga adalah aku

diam...tunduk memirkirkan rasa hati...kenapa hati,kenapa mesti begini?

hanya kerana
aku tidak mendapat mesej dari seorang senior utk jemputan makan bersama
hatiku bersedih...

hanya kerana
aku tidak directly dijemput oleh seorang senior utk keluar jalan-jalan bersama
hatiku lesu pucat...

hanya kerana 
aku kadang-kadang ditinggalkan berjalan dibelakang berseorangan
hatiku menangis...

hanya kerana
aku terkeluar saat mereka-mereka berceloteh tentang sesuatu
hatiku muram...

kenapa hati sering membuat keluhan rasa seperti diabaikan?
kenapa hati sentiasa membuahkan rasa tidak diperlukan?
kenapa hati selalu berfikiran sebegini seakan-seakan semuanya tidak kena?


Abu Hurairah r.a. berkata: 
"Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

seribu kali aku cuba bersangka baik
bukan tidak pernah untuk aku abaikan perkara-perkara ini
namun tatkala saat itu berulang lagi,hati kembali begini...

terima kasih buat seorang teman untuk 'quote' ini:
-'to love someone is nothing, to be love by someone is something, to be love by someone you love is exciting and to be love by Allah is everything'-

buat sahabat-sahabat,bertuah saya memiliki kamu...
tapi tamakkah saya untuk memiliki cinta dari seorang lagi sahabat?
maaf jika diri ini belum matang untuk berfikir dengan waras
jika saya sudah matang sekalipun,mungkin masalah timbul dari hati...
tapi janganlah sehingga tertitiknya walau satu tompok hitam di hati ini

-note-
perlu muhasabah amal,perlu muhasabah berapa byk masa diluang bersamaNya
perlu muhasabah berapa jumlah kali hati berzikrullah
perlu muhasabah sekerap mana diri cuba mendekatinya:(




1 comment:

Puding karamel said...

Kita kan manusia, bukan robot. Tak salah nak bersedih kejap, yang penting kemudian ceriakan kembali hati dengan mengingati tujuan sebenar penciptaan.
Hmm...ckp bunyi cam senang ekk???
Ganbatte!
Establish hubungan dengan Allah, maka hubungan dgn manusia will be automatically established.Tu janji Allah kan?
Pis...