Saturday, June 11, 2011

kembali kuat

In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful
bismillahirahmanirahim....

aku sangka diriku sahaja diuji,dirimu tidak
aku sangka kamu tenang disana,gembira dengan sekelilingmu
tapi rupanya anggapan ku salah...
kamu juga mengalami keperitan yang sama tatkala aku tiada

namun kamu diam,bisu tak berkata-kata
kamu pendamkan segalanya saat aku bercerita
terima kasih kerana sudi meminjamkan masa untuk mendengar luahan hati ku
terima kasih kerana masih sudi untuk berkongsi isi hati ini...

kata kamu...
wa lirobbika fasbir
"dan kerana Tuhanmu bersabarlah"

manisnya cara kamu menasihati ku
manisnya cara kamu membangkitkan semangatku
manisnya cara mu menegur ku
manisnya cara mu memberi kekuatan kepadaku

hanya dengan sepotong ayat pendek
tarbiyah dari Allah itu datang menyentuh hatiku
ya Allah...
kenapa lembutnya sentuhan buat seorang hamba
kenapa halusnya caraMu menyapa hati
sehingga aku air mata jatuh menitis bergolek-golek

lalu aku mula malu dengan kelemahan diri ini
malu ya Allah untuk aku mengangkat wajah menghadapmu
malu sehinggakan aku terasa untuk tidak bangun dari sujud
malu untuk kamu tahu bahawa inilah hambaMu yang mudah jatuh saat diuji
lemah dengan dugaan....

kamu...
aku sentiasa tahu
kamu disana untuk aku dan aku disini untuk kamu
kamu ada aku dan aku ada kamu
kita bukan berseorangan dalam perjuangan ini
kita ada Allah
maka,kuatlah!



-note-
mira...jgn lemah mcm syafa
mira lebih kuat,teruslah bangkit...sebab syafa tahu mira boleh!




7 comments:

Anonymous said...

sesungguhnya diri ini amat merinduimu syg...smoga Allah sntiasa kuatkan hati2 ini, smoga mutiara jrnih tidak xlg mudah gugur krana prkara remeh... smoga Dia sntiasa ada utk mndengar isi2 hati x dpt terucap dbibir.. smoga Dia xakn pernah lupakn kita walaupun kita srg sja mlupaknNya, seringkali lalai dlm mlaksanakn ibadah n t/jwb y d amanahkanNya..smoga Dia terus mmlihara dan thabatkn hati2 ini dats jlnNya.. :)

Syafa Mohamed said...

un,sou2...terima kasih sahabat untuk kata-kata semangat...kerana sahabat seperti kamu,syafa sedar Allah itu tidak zalim untuk tinggalkan hambaNya di bumi sendirian...Allah sebtiasa memerhati silmutaneously di beri sahabat seperti kamu pada syafa sebagai teman...nikmat mana lagi yang perlu syafa sangkal...doakan diri ini kuat...kerana saat ini sya mudah untuk jatuh dan payah utk bangkit...:(

Anonymous said...

insyaAllah... syafa..kita kuat..Allah pcaya kita mmpu hdapi ujian ini sbb tu Dia uji kita deshou (2:216)..hari ini kita xlg selemah semlm y dgn mudah mnitiskan mutiara jrnih itu krna kta prcaya Allah mndengar rntihan hati ini..
"dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah,Dia maha mngetahui sgala isi hati.."(67:13) :)

Anonymous said...

insyaAllah... syafa..kita kuat..Allah pcaya kita mmpu hdapi ujian ini sbb tu Dia uji kita deshou (2:286)..hari ini kita xlg selemah semlm y dgn mudah mnitiskan mutiara jrnih itu krna kta prcaya Allah mndengar rntihan hati ini..
"dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah,Dia maha mngetahui sgala isi hati.."(67:13) :)

Syafa Mohamed said...

boleh syafa tahu,nie siapa??terima kasih sebab concern..:)

Anonymous said...

sama2 hehe :)
はじめまして、アミラ です。
よろしく(^_^)
syafa nii...xknal org!! sekeh kang :P
hehe

Syafa Mohamed said...

waaaaaaaaaaaa...mira...terharu...:(