Friday, June 10, 2011

tarbiyah itu manis...rasailah ia wahai hati

In the name of Allah, Most Gracious and Most Merciful


duduk sejenak untuk menulis/membaca
betulkan niat di hati kerana Dia
semoga setiap amal yang elok ini dalam perhintungannya
semoga dibukakan pintu hati 
agar lebih mudah memberi juga menerima ilmu...





______________________________________________________________________


Ms Tarbiyah 

tatkala bibir berbicara tentang tarbiyah
segalanya tampak mudah
tetapi kenikmatan tarbiyah,kemanisan tarbiyah
bukanlah seindah lontaran kata-kata
kerana tarbiyah itu timbul rasanya hanya dari hati...


 ada waktu diri sedih,bertangis dan bersendu
memandang pada lemahnya diri
menghitung pada ibadah yang tak seberapa
melihat pada iman yang sememangnya lemah dan nipis
hatta lebih nipis dari lapisan kulit bawang


ada waktu juga diri sedih dan menangis 
mengenangkan nasib pada diri
*nagoya pilihan sendiri,dont blame others*
melihatkan cara hidup sebegini
memikirkan layanan teman sehari-hari
*melayan mood kwn2 yang ber'variasi' *
*rasa tak disayangi senior= mgkin merepek!*


tapi itu semua salah diri!!!!
kerana lalai untuk selitkan tarbiyah dalam setiap yang terjadi



"wahai diri, segalanya akan lebih indah andai diselitkan kemanisan tarbiyah dalam setiap perkara yang berlaku..."


pesan Ilahi pada hambaNya itu terlalu banyak
tetapi dirilah yang perlu menghuraikan setiap tarbiyah itu
nikmatnya tarbiyah kerana ia mampu 
mengubah musibah menjadi muhibbah
mengubah perit jadi manis
mengubah sedih jadi gembira
mengubah yang lemah jadi kuat
mengubah yang jatuh untuk bangkit


datangnya pena Ilahi membawa tarbiyah buat diri


mengajarkan diri supaya tidak bersedih


"jangan kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.."
*la tahzan,Innallaha ma'ana*
(at-Taubah:40)


dipesan juga supaya tidak berputus asa


"janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sungguh yang berputus asa dari rahmat Allah itu hanya orang-orang kafir"
(Yusuf:87)


kerana tiada apa yang mustahil,segalanya diri mampu lakukan


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
(al-Baqarah:286)


khabar tarbiyah,ujian itu bg orang beriman sbnrnya


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hny dengan mengatakan, 'kami telah beriman' sedangkan mereka tidak diuji?"
(al-Ankabut:2)


diajarkan juga jalan menenangkan hati yang gusar


"orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"
(ar-Rad:28)


katanya bersangka baiklah terhadap segala yang terjadi 


"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui"
(al-Baqarah:216)


lantas menjadikan Dia sebagai tempat mengadu


"Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.."
(Yusuf:86)


soal orang2 sekeliling yg menggangu perasaan dlm diri,bersabarlah


"Kami jadikan sebahagian manusia sebagai cubaan bagi sebahagian yang lain.Maukah kamu bersabar..."
(al-Furqan:20)




"sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
"sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
(al-Insyirah:5/6)




tarbiyah ini beri didikan pada diri untuk berfikir
supaya diri ini mengabaikan perkara remeh
supaya diri sedar bahawa
hidup ini ada perkara yang lebih penting
ada perkara yang lebih besar
ada matlamat yang perlu dilaksana dan dicapai


ingatlah tentang tugasmu wahai diri
kamu adalah hambaNya dan khalifah terpilih
(al-Baqarah:30)/(az-Zariyat:56)


ketahuilah diri bahawa kamu orang yang beruntung dan terpilih


"dan Aku telah memilih engkau, maka dengarkanlah apa yang akan diwahyukan(kepadamu)"
(Taha:13)


"kamu (umat islam adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia...."
(al-Imram:110)


teruskan hidup wahai diri dengan menjalankan kemuslimanmu
usah gundah,usah gusar,usah takut
-Allah sentiasa bersama kamu-






*note*
semoga hari esok, rasa resah dan sedih akan pergi
senyuman yang kembali:)
Alhamdulillah,segala perkongsian dari hati untuk muhasabah diri
yang baik sama-sama kita kongsi
dalam mengejar cinta Ilahi



wallahua'alam

10 comments:

ieyba said...

betul kak...sangat indah berada dalam tarbiah..
Alhamdulillah~
syukran kak...suke sgt entri ni..mengena ngn situasi ieyba skrg ni..huhu
moga Allah kuatkan hati2 kita utk terus istiqamah

puding karamel said...

salam,
entri yg sungguh menyentuh
kemanisan terasa sampai ke sabah ^^
baru tadi 'adik'sy bertanya, kenapa bgtu banyak ujian yg Allah timpakan.sy menjawab semampu boleh
dan 'kebetulan yang bukan kebetukan kerana sesungguhnya tiada kebetulan', post ini datang bergolek,ingin sy kongsikan kemanisan ini dengan 'adik'
jzkk
p/s:sy x penah jejak kaki ke jpn, klo prasan my jap entry sume pakai bahasa budak tadika yg banyak kesalahan grammar n ayat yg diulang2.huhu...

aiman said...

salam.
Well said ukhti!huhu
InsyaAllah (; dpt manfaat dari perkongsian ni...
Jaga diri,Jaga iman ^^

humaira said...

setiap perkara yang datang itu merupakan ujian Allah terhadap hamba-hambaNya, tidak kiralah perkara itu baik atau buruk.... ujian itu tanda Allah sayang hambaNya itu... dan ujian untuk hamba-hambaNya berbeza-beza setiap satu... dan ujian yang dialami itu, ALlah tahu kita mampu utuk melaluinya...
dan sepatutnya kita berasa bersyukur kerana ujian itu juga merupakan peringatn bahawasanya Allah lah tempat kita bergantung dan Dialah Maha Berkuasa terhadap sesuatu....

p/s: tadi kat sc ada cite pasal ni, harap dpt manfaat bersama...^^
Miss S, take care...

Habibah said...

ayat Allah memang best ^^
semoga thabat- teguh hati semua!
semoga Allah basahi hati kita dengan redhaNya...
semoga siapa yg memilih jalan juang ini dapat melihat Allah di akhirat kelak...
y0sh syafa!

Syazwani said...

semoga awak selalu dlm rahmat-NYA ..doakan kejayaan sy di sini..

Syafa Mohamed said...

wani-kiter xkn lupe mentee kita sampai bila2...awk jaga diri baik2 yer...iA,utk berada di negara sendiri,dugaan tak sebesar di negara orang haranya..awk blajar baik2...iA,sama2 mendoakan kejayaan bersama utk dunia dan akhirat..kite syg awk,mentee:)

i_hidayah said...

suke entry ni..jzkk syafa =D

Syafa Mohamed said...

:)

Cahaya gembira said...

Salam.. Mohon share tulisan ukhti diatas ^^.. SubhanALLAH m.. Tarbiyah itu Indah bila ianya disulami dengan pelbagai cabaran n dugaan ^^

cantik entry ni!~ mendalam