Tuesday, March 13, 2012

save Syria!

Bismillahirahmanirahim...


Allah...Allah...


aku berlembut bukan beerti tidak tegas
aku sedang ajarkan hati cara tidak gugup bila diugut musuh
aku sedang ajarkan diri supaya garang berjumpa pengganas
aku sedang kumpulkan semangat yang tidak roboh bila dirempuh  
dan aku juga sedang mengumpul rijal yang berani untuk dibawa ke medan.


Jika musuh sudah menyerang,
bukan berdiam penyelesaian,
Rasulullah ajarkan dua pilihan,
berdamai atau berperang!!!


Imbau kisah air mata Raji'. Musuh menggunakan tipu muslihat dengan menyatakan mereka Bani Qarah dan Bani Udhal sudah memeluk islam dam meminta Rasulullah mengirimkan pendakwah ke kampung mereka untuk mengajarkan islam dan membaca al-Quran.  Dihantar 6 pendakwah oleh Rasulullah yang bukan calang-calang orang tetapi yang berani dan setia dalam Badar dan Uhud. Dalam perjalanan, mereka curiga pada musuh kerana musuh tidak solat. Tetapi mereka tidak menyerang musuh terlebih dahulu kerana pesan Rasulullah, kita melawan hanya apabila kita diserang. Mereka di tawar untuk menyerah tetapi langsung itu bukan tawaran terbaik bagi jiwa-jiwa yang dipenuhi cinta Rasul dan Tuhan-nya. Dengan izin Allah, mereka gugur syahid semuanya.


Tidak ada alasan untuk menyerah 
Aku ini panah beripuh
Aku adalah busur sakti
Yang bertalikan benang keramat.


Kita adalah lembing-lembing bermata dua
Meluncur dari pelepasannya
Kematian adalah hakikat kebenaran
Sedangkan kehidupan hanyalah bayang-bayang.


Segala yang ditakdir Ilahi
kepada manusia pasti berlaku
Dan semua makhluk ini
kepada-Nya akan kembali.
-Asyim Bin Thabit-


Ingat tragedi di Bir Ma'unah. Datang Abu Barra' bertemu Rasulullah kerana ingin menjalin persahabatan katanya juga kerana ingin Rasulullah menyatupadukan kabilah-kabilah di kampungnya yang sering bertelingkah. Lalu dihantar 70 orang pendakwah kepada penduduk Nejd dengan jaminan perlindungan oleh Abu Barra' dan disuruh Ali bin Abi Talib menulis surat kepada semua kabilah supaya mengakui syahadah, Allah yang layak disembah, Muhammad rasulullah. Tetapi akhirnya mereka ditombak, dijadikan sasaran panah sehingga 68 orang menemui syahid dan tinggallah Kaab bin Zaid dan Amru bin Umaiyah berdua saja. Mereka dikhianati, jaminan perlindungan ditarik tetapi itu tidak dijadikan alasan untuk mereka berpatah balik. Kerana ada tanggungjawab dan amanat dari Rasulullah yang perlu diselesai walaupun diserbu musuh, bukan beralah pilihannya. Subhanallah.


Ketika di Badar 313 tentera islam turun
dan 14 orang yang gugur syahid.
Ketika di Uhud 700 tentera islam dihantar
dan 71 orang pulang sebagai syahidin.
Ketika di Khandaq 3000 tentera islam keluar
dan 6 orang kembali menemui syahid.
Sekarang, dengan bilangan umat islam yang ramai
berapa yang berani keluar sebagai mujahid/mujahidah?
berapa yang berani keluar berperang di jalan Allah?
bahkan berapa pula jika dihitung bakal gugur syahid?


Allah huakhbar..(jerit pada diri sendiri)


Kita kalah bukan kerana luaran kita bermasalah tetapi dalaman kita lemah.


Perang Zatur Riqa' buat musuh kagum pada kita suatu masa. Bagaimana hebatnya tentera islam yang diintip oleh musuh yang menyorok di sekeliling bukit berhenti dan solat secara berjemaah. Kali pertama Rasulullah mengajar mereka menunaikan sembahyang khauf. Separuh di saf hadapan rukuk dan sujud tetapi dikawal oleh separuh lagi saf belakang yang berdiri siap sedia sekiranya musuh menyerang. Kelebihan pada solat itu menyatukan hati-hati mereka lebih kuat.


Saudara kita di syria dan gaza berteriak memanggil-manggil tetapi kita tidak menyahut.


Jarak memisahkan, jasad kita jauh dari mereka,
tetapi mutabaah amal yang konsisten dan doa yang berterusan bakal menghubungkan kita dengan mereka.
Usahakan apa yang kita bisa dari kejauhan. InsyaAllah, akan Allah sampaikan kepada mereka.


Musuh menyerang kerana gilakan kesenangan,
dan kita bertahan InsyaAllah syurga sebagai ganjaran.


note: hati marah pada diri sendiri walau wajah tidak ukir kegarangan.



O Allah, no one to turn but to You.
يا الله مالنا غيرك يا الله

13 comments:

Iznie said...

Allah... :'(
syukran atas ingatan buat insan yg sering alpa dgn kegembiraan di tempat sendiri...

#thelagidanlagi said...

allahuakbar. ni lah sebenarnya masalah umat , masalah iman... apabila umat tinggal usaha amar ma'ruf nahi mungkar , cam nie la peringatan yg Allah swt turunkan..
sekarang nie beratus2 jemaah telah dihantar ke syira' , moga Allah kaseh dan bantu kita semua seluruh umat , khususnya umat di syira' :)

Yildirim Fateh said...

alhamdllah. Penat mencari nama perang ini , terjumpa jugak Zatur Riqo akhirnya disini..

.:naqib saad:. said...

terima kasih ingatkan kak..

kat sini gelak tawa
kat sana meraung merana..

malunya pada mereka..

Syafa Mohamed said...

ukht iznie

tak apa-apa ukhti..peringatan lebih buat diri sendiri, tetapi lebih baik juga jika dapat dijadikan peringatan bersama^^

syafa sendiri pun tak lari dari kealpaan,tapi sekurangnya kita sentiasa disedarkan untuk kembali pada Tuhan kan;)

#senyum-senyum...^^

Syafa Mohamed said...

akh farhi

jazakallah atas ingatan juga disitu..saya sendiri pun masih terumbang ambing, saya kemana, amar makruf nahi mungkar pun kemana...

Alhamdulillah, gembira mendengar sudah banyak bantuan ke syria, cuma belum gembira sbb diri sendiri pun xdapat menyertai, bahkan kalau dipilih sekalipun, mahu ker?

Syafa Mohamed said...

akh shairazi...

Alhamdulillah...perang zatur riqa' seperti panjang penceritaannya. saya belum habis lagi membedah jalan ceritanya mungkin...sbb dari post yg akh razi tulis, saya tak pernah tahu pun tentang bahagian tue.

Syafa Mohamed said...

afwan dik...

malu juga>.<"

Anonymous said...

takbir!! ALLAHUAKBAR!! jom berjuang!! (= moga ALLAH redha !

Yildirim Fateh said...

oh, yang bahagian tu, kat sekolah menengah dulu memamng sentiasa diceritakan. itu yang ingat sirah tu.


boleh rujuk dekat raheq makhtum atau karangan al-buthi..

Syafa Mohamed said...

Allah..(jerit lagi sekali pada diri sendiri)

banyak dah lupa raheeq makhtum,kena refresh blk...*malu digelar dai'e tapi semua lupa.

al-butti: fiqh sirah1,2,3....belum khatam semua.

ok tunduk..khatam semua blm lagi..

sugoinya akh razi..kagum3

Yildirim Fateh said...

Bukan semua maklumat ana ingat jugak, selalu jugak lupa.

sama-sama lupa.

sugoi?

Syafa Mohamed said...

sugoi-hebat/terer/bagus..