Saturday, March 10, 2012

jika kamu tahu kamu siapa;)

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.


"Sungguh, engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkai kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki dan Dia lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk."
(Al-Qasas,28 : 56)


jika aku lelaki, mahu saja aku nikahi kamu
(kepala sewel)
aku intai kamu dalam diam, dari kejauhan
buat cinta aku pada kamu makin dalam, rindu ditahan-tahan.

kamu tahu kenapa?
aku suka melihat kamu, aku suka gelodek gambar-gambar kamu
aku suka seluruh perubahan kamu yang kamu kata kamu sudah melalui semua fasa.

aku juga seperti kamu.

kronologi hidup kita hampir sama
walau ada beza usia dua tahun antara kita.

aku juga pernah tidak bertudung langsung
kemudian beralih kepada bawal berbunga-bunga kecil
terus aku lompat pada jilbab labuh, tidak sempat jamah rasa shawl cuma.

apa yang cuba kamu lakukan sekarang
semuanya apa yang aku cuba lakukan dulu tahu.
Bila hati berkehendakan sesuatu yang baik, Allah pasti akan buka jalan.

biar saja hati kamu terus menerus disentuh cinta Tuhan.

siapa kata kamu tidak cantik
biar saja!

tudung kamu, baju kamu, perilaku kamu
sebenarnya sudah buat Tuhan beri banyak cinta yang tidak dapat dibilang.
sebenarnya sudah buat aku dan orang yang tidak buta tersenyum tenang.

wajah orang-orang yang Allah sayang itu luarbiasa
mungkin wajah seperti itu juga bakal penghuni syurga
aku punya suatu perasaan suka bila melihat pada mereka-mereka
jika hendak ditulis nama, tidak habis kerana mereka ada saja dimana-mana
malaysia, beijing, jepun, korea, mesir, france, new zealand, indonesia seantaro dunia
dan jika kamu tahu kamu juga sudah punya benda yang sama seperti mereka
wajah penyejuk dunia, wajah yang di'gila' semua;)

note: aku bukan lelaki^^


'Lakukan sesuatu kerana Allah, maka kamu tidak akan kehilangan apa-apa.'

6 comments:

Hanisah Hamid said...

Cinta Allah tu indah kan kak?bnyk ilmu Allah yg Nisa tak tahu dan skrg Nisa dlm proses..insyaAllah Nisa harap perubahan ni istiqamah :)

Anonymous said...

subhanallah.. ALHAMDULILLAH..

Yildirim Fateh said...

mendalam sungguh maksudnya ^^

Syafa Mohamed said...

adik nisa

sangat dik...sekali dapat,rasa nak pengsan golek2^^ terlalu indah untuk digambar,cukup hati yang rasa...

jangan serik mencari kerana hanya pada Tuhan ada cinta yang luarbiasa rasanya..

‎"Khairul a'maal, adwaamuha wa inqalla"
Sebaik2 amal adalah yg sederhana tetapi berterusan.

いつまでも頑張利なさいねえ。

Syafa Mohamed said...

adik nadiah

Alhamdulillah...

there's also something precious in you dear...syukur with all His gives then you will be the richest person;)

syg lebih utk adik la♥

Syafa Mohamed said...

akh yildrim fateh

ana tak banyak berkias pun jadi maksud semuanya seperti sudah tersurat..;D

cuma dengan seciput kosa kata nie sajalah yang mampu sampaikan rasa...Alhamdulillah.