AllahuRabbi..
Lagi di kl sentral.
kali ke sepuluh atau lebih aku kira.
Ada yang tidak kena pada pakaian aku
atau mungkin juga
ada yang tidak kena pada mimik muka aku?
Ingatku,
kalau pakaian dilonggarkan,
kalau bidang jilbab dilabuhkan,
kalau jalannya lurus seperti kader,
boleh mengelakkan si lelaki ajnabi menjaga mata dari memandang kali kedua.
Ikutkan hati nakal dan kebudak-budakkan aku,
mahu saja aku jelir atau jeling '360 degree' pada mata-mata liar itu!
Harus bagaimana? Apa perlu berniqab menutup muka?
Aku tidak mahu dipandang.
kerana perempuan yang baik itu ialah perempuan yang tidak memandang dan tidak dipandang.
Aku masih dalam proses merawat hati.
Jangan kerana ini, semuanya tergantung di tengah-tengah. Mahu bersih semua!
Rabbi, kalaulah nanti di hari kiamat Engkau menanyakan dosa-dosaku, aku akan bertanya akan rahmat-Mu. Kalaulah Engkau, Rabbi, menanyakan kekurangan dan kesalahanku, aku akan bertanya keampunan-Mu. Kalaulah Engkau, Rabbi, menanyakan kelalaianku, aku akan bertanya pintu maaf-Mu. Dan kalaulah Engkau melemparku ke dalam api neraka, aku akan memberitahu penduduknya bahwa aku mencintai-Mu.
Aku minta hati baru yang bisa bermunajat kepada-Mu di tengah kegelapan malam seperti mana Sulaiman al-Dardani datang kepada-Mu dengan cucuran air mata.
Allah..kuatkan aku beserta hati.
Kalau Tuhan sudi turun ke langit dunia, apa kita tidak sudi memutuskan masa tidur untuk bertemu dengan Dia.
Kita sudah tidak punya banyak masa kan?
6 comments:
SALAM ALAYK~ kak syafa nak komen buleh tak??
kalo akak tak bagi pun saya nak juga komen ,, kih3.. kak terus kuat kak .. yosh !! kalo saya nak je p cucuk mata2 tuh dengan garpu ,,kuang3 ,, tak pun kasi je fying kick sekali..
yeah. amin. moga dengan segala yang baru akak terus menapak!!
selamat menapak,, bertatih atau merangkak ,, biar ia terus bergerak!! takbir!! ALLAHUAKBAR!!
P/S: harap maaf komen saya macam merapu. kuang3. (= salam sayang & miss tok kak syafa chantik (=
waalaikumusalam sayang:D
kalau jawab boleh pun, dah ditulis pun komennya comel^^
hehe..comel betul nadiah nie siap dgn flying kick dan garpu sekali yer.
akak tak ada skill sebegitu dik..hehe
selalu gaduh dgn abang pun akak jelir dan jeling jer tapi tak mahu buat pada lelaki lain takut-takut timbul fitnah hati pula. Siapa tahu, hati nakal manusia kan bisa menunbuhkan pelbagai rasa.
jazaki,jazakillah dik atas doanya yg terus menerus. kamu pun yer.
yosh,yosh! isshouni ganbaroune.luv you!
akak balik jepun dulu;) jumpa besok InsyaAllah:D (dekat alam maya la tapinya)
hahaha.. baik.. insyaALLAH.. have a safe journey kak (= dah sampai jerit nama saya nanti saya dengar,,, hahah ,, kidding,, dah sampai cakap alhamdulillah . bila akak baca ni confirm dah sampai kan?? kih3.. . maka alhamdulillah (=
p/s:kak maksud ni apa?? kuang3 isshouni ganbaroune ( sy orang malaysia,, hahah) luv u jugak lah!! (=
salam sayang ya ukhti,
subhanallah :)
yang penting pandangan kita sendiri terjaga dan dengan pakaian syarie itu mampu menundukkan pandangan lelaki biarpun tidak sepenuhnya.
ALLAH tahu apa yang kita kerjakan.
moga terus kuat akak..doakan ieyba jgak ye..huhu :(
moga amalmu , moga2 Allah kaseh .
Post a Comment