Monday, January 30, 2012

senyumlah buat Tuhan


Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah Most Graciou Most Merciful..


TERUSLAH BERBUAT TANPA SYARAT DAN MENGHITUNG


Biarkanlah waktu berjalan sebagaimana alur lakonan kehidupan,
Namun, berlapang dadalah kala takdir menimpa.
Tidak ada kesedihan yang kekal, bukalah peluang pada kebahagiaan.
Lepaskanlah kegelisahan dan kesedihan kerana hati dan perasaanmu layak berbahagia.


Bentuklah peribadi yang cantik, indah dan penuh kemaafan.
Kerana hidup ini tak selamanya mendatar.
Kadang-kadang pasang ada ketika surut.


Didiklah jiwa untuk sentiasa berlapang dada,
dan merasa damai baik ketika mudah atau ketika sulit.
Kehidupan abadi yang indah hanya akan didapati
pada orang-orang yang selalu merasa yakin
bahawa segala sesuatu yang terjadi punya alasan yang baik
meskipun sulit dan merugikan dirinya.


Allah sentiasa meletakkan hikmah disebalik sesuatu perancangan
dan hikmah yang tersingkap itu akan kita fahami bila sampai waktunya.


#senyumlah.

4 comments:

Anonymous said...

yupz terus tersenyum,, jom senyum :):)may ALLAH bless kak :)

Syafa Mohamed said...

minggu exam lagiiiii susah nak ukir senyuman tp cuba..yosh2....hehe...

doakan akak juga yer dik..Minta Allah permudahkan segala..kalau Dia tak permudahkan sekalipun,semoga Dia mengganjari seusatu daripada setiap satu...;')

Anonymous said...

yeah,, insyaALLAH..tatkala hilang patah bicara dengan manusia bicaralah pada DIA yeah!! itu yang terbaik mungkin,..More prayers, less worries. So pray, ALLAH wants you to share ^_^
~belajarlah untuk senyum dalam payah~walau payah tapi terkadang senyuman itu memberi kita rasa yakin.. ^_^ dulu ayat ni terkeluar saat saya rasa dah tak mampu.

sekadar berkongsi.. keep fighting,,

"hasbunallah wa ni'mal wakiil [cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung]". "
(Ali-imran: 173)

Anonymous said...

senyum seindah suria ye syafa..rindu syafa..

semoga kita sentiasa diberi kekuatan ye sahabat,insyaAllah..Alhamdulillah, sy kembali menulis di tinta stlh dah lame senyap ber'blog'..
mohon doa sahabat moga sy terus istiqamah ye,insyaALLAH.. ^_^
-amirah othman-