Bismillah...
Kadang-kadang sepatah kata yang 'tak kena' membuat kita
sakit hati bertahun-tahun
kegembiraan dan keceriaan yang dihimpun terhapus habis oleh sepatah kata.
kalau orang bertanya kenapa?
kita akan menjawab ''kata-kata itu sungguh menyakitkan"
atau mungkin juga "cara dia bercakap itu menyakitkan"
Benarkah kata-kata itu begitu menyakitkan?
Atau mungkin kita yang terlalu lemah?
Bukan...
kita tidak lemah
dan kata yang 'tidak kena' itu pun bukan apa-apa.
cuma HATI kita yang terlalu tinggi.
tinggi hati membuatkan harga diri, ego, keinginan dihormati,
semua ikut sama menjadi tinggi.
tinggi hati membuat kita rasa diri
terhormat, mulia, sempurna dan tak layak disakiti.
sikap ini sebenarnya membuat kita
sombong, tersinggung, mudah sakit hati dan berprasangka buruk.
tinggi hati
buatkan kita lemah
jiwa kita mudah rapuh.
Jika mahu jadi kuat,
belajarlah banyakkan istigfar
belajarlah rendahkan hati untuk syukur.
Kerendahan hati sangat hebat
bisa buatkan kita tenang,
hening namun tegar sehingga apa-apa kata yang 'tidak kena' jadi tak beerti.
''Julangkan syukur tinggi melangit agar ego terbenam ke bumi."
#kak gja.
3 comments:
menarik entri ,
kadang2 saye pun lemah.
ego tinggi sgt, kita rasa kita lah paling baik,,, :)
how i wished i was there.. being with u guys in KT..but its okay.. HE knows best.. sindrom ana khairun minhu memang mudah terlekat kat diri andai kita sedikit leka dan mula terjauh dr tali Allah..mungkin terkadang pegangan pada tali yang Satu itu belum cukup kukuh membuatkan kader2 setan dgn mudah melonggarkan cengkaman kita.. jum sama2 menjadi kuat insyaAllah <3
akhi farhi..
jazakallah khayr. manusia,mungkin lumrah ingin diletak pada tempat yang tinggi kan..insyaAllah,dengan perbanyakkan istighfar moga hati mudah tunduk ke bumi.
kak ain sayang..
same goes to your little sister here^^ i wish to be with u right here and there. i dream of having jaulah to germany someday...do doa' for me;')
sentiasa cuba berkuat dan bertahan disini..rindu akak..*serius!
Post a Comment