Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah Most Graciou Most Merciful..
Aku malu dengan tasbihnya langit luas
Aku malu dengan dzikirnya laut
Aku malu dengan ketaatan fajar
kerana tasbihku, dzikirku dan ketaatku
pada Allah hanya setitik embun yang penuh dosa.
ingin cari hati baru, mahu ganti dengan yang lama
pesan murobbi raudhah sahabat
"selepas solat, duduklah di sejadah dan fikir, apa yang sudah kita buat? hati siapa yang telah sakiti hari ini? Apa yang kita buat yang salah dan mungkin tidak ikhlas atau timbul riak, ujub. Bila diingat istighfar banyak banyak. Biarlah air mata mengalir dengan kesalahan kita. Lakukan setiap hari insyaAllah kita akan rasa ringan. Allah sentiasa bersama kita. Allah melihat setiap tangisan kita. Orang yang mudah menangis kerana kesalahan yang diperbuat adalah lebih baik."
Ku celupkan jariku ke lautan-Mu. Ku angkat jariku, titisan air yang jatuh itulah mungkin kebaikanku dan seluruh bakinya itulah dosa.
2 comments:
suka ini "Ku celupkan jariku ke lautan-Mu. Ku angkat jariku, titisan air yang jatuh itulah mungkin kebaikanku dan seluruh bakinya itulah bakinya."
betul kebaikan kita sikit saja :) moga yang sedikit itu ikhlas keranaNYA. amin,, may ALLAH bless
ikhlas itu benda paling sukar nak cari..antara hati dgn Tuhan...tp kita jgn berhenti buat kebaikan,moga salah satu darinya akan terselit ikhlas itu sendiri^^
semoga Allah merahmati adik juga;)
Post a Comment