In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..
Kampung tarbiyyah!
Itulah satu kampung yang penuh dengan biah solehah
Itulah satu kampung yang membentuk qudwah hasanah
Itulah satu kampung yang meyatukan jiwa berukhuwahfillah.
Disinilah kami bertemu dan berpisah
diangkut bersama akal, jasad dan ruh
melabuhkan tirai hujung tahun 2011.
Belum sampai seminggu hari berlalu
sehari sudah cukup untuk bercambah rindu
setiap saat dan detik seperti di'slide' satu persatu
mengingatkan aku pada telatah comel kamu,kamu dan kamu.
Allah...namun terfikir aku
layakkah aku dirindui oleh akhwat sekelilingku
sehingga sampai serangkap kata ke pandanganku.
"Jika tak ada harta yang bisa kau beri, berilah ilmumu, jika belum banyak ilmu yang boleh kau berikan, berilah tenagamu, jika tak cukup banyak tenaga yang boleh diberi, berilah kata-kata indahmu untuk menghibur dan menyemangatkan, jika kata-kata pun kau tak mampu, berilah senyum dan doa tulusmu. Dan berikan semua itu dengan cinta dan keikhlasanmu, kerana hanya dengan cara itulah kau layak dirindui.."
Ukhti..
masih ingat malam itu
malam aku memanggil kamu semua ukhti
malam aku melontar suatu rasa untuk dikongsi
malam yang orang kata aku berjaya buat kamu menangis
malam itu sebenarnya aku masih gagal ukhti...
tapi sungguh tarbiyyah Allah
datang melompat-lompat ke arah ku
datang membawa banyak pengajaran buatku
mereka memberitahuku
andai seluruh bicara ak yang gugur hanya mampu ditangisi kamu
tapi semuanya lari berkeliaran tidak meninggalkan semangat buat kamu
andai bait yang luruh, semuannya tidak bertapak lama dalam hati aku dan kamu lagi ukhti
maka sia-sialah malam jika kita masih dititik sama tidak 'reflect', 'refresh' dan 'renew'.
Allah itu menguji keikhlasan hati kita saat bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masalah, Allah melatih kita dengan kesabaran, Allah pasti tidak mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.
Semoga tangisan malam itu membuahkan kerinduan kamu pada Ilahi
Semoga air mata malam itu melahirkan kecintaan kamu pada Tuhan
Semoga suka duka malam itu membawa jiwa-jiwa kamu bertemu Allah.
Doaku sentiasa bersama kalian sehingga ke pertemuan seterusnya...insyaAllah wa biiznillah.
Innamal mukminun ikhwatun..
"Sebenarnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
(Al-Hujurat:10)
Allah yang mentautkan hati-hati kita, Allah jualah yang memegang hati-hati kita.
Ya Allah, Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihaniMu, bertemu untutk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMU, hati-hati ini telah mengikatjanji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya...kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar...amin.
No comments:
Post a Comment