In the name of Allah Most Graciou Most Merciful..
Alhamdulillah binikmati islam
Alhamdulillah binikmati iman
hamdan wa syukran lillah...
Syukur sampai sekarang masih bisa menulis.
Tetapi tidak pasti sama ada ini bakal menjadi pena terakhir ishlahul qulub atau masih bisa diteruskan esok hari.
Ya,tidak pasti. sangat tidak pasti!
semalam, jepun telah mengeluarkan amaran "gempa bumi dan tsunami 25 meter". Allah...agaknya bukan syafa seorang saja yang terkejut bukan? Tetapi kenapa baru sekarang nak terkejut dengan peringatan Allah? Bukan sebelum nie Allah dah bagi banyak sangat peringatan sekeliling kita, tak perasan agaknya sebab tak merasanya sendiri. Sekadar melihat di berita dan mendengar dari radio saja.
Semalam...(2011/01/24)
Lelah berperang di medan peperiksaan dengan tiga kertas final. Sanggup bersekang mata, sanggup korbankan tidur untuk 'exam'. (tapi susah sungguh kalau disuruh bangun qiamulail). Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik,mungkin. Sugguh exam itu bukan tanda Allah nak menyusahkan kita tapi Allah itu sedang memudahkan kita sebenarnya. Allah mudahkan pada jiwa kita walaupun hakikatnya soalan-soalan itu susah.
habis saja kelas, syafa terus balik rumah. Usai solat+lain-lain, syafa buka laptop, tengok facebook.
apa yang syafa nampak di facebook kali nie berbeza dengan hari-hari lain.
"gempa bumi dan tsunami 25 meter"/ Tokai earthquake.
Tanpa sebarang kata, syafa berlalu dari depan laptop menuju ke dapur. Bukan tiada rasa, bahkan jauh di sudut hati ada suatu kata yang susah nak dibicara. Berdiri lama didapur, menghadam apa yang dibaca tadi.
"kalau aku mati besok, aku akan ke syurga atau neraka? Allah......"
Itulah tanda soal pertama yang tiba-tiba keluar dari fikiran, yang terdetik di hati sebelum datangnya tanda soal yang lain-lain. Buat hati syafa luruh berkeping-keping, baru dapat menelan sepenuhnya sepotong ayat tadi. Tiada manusia yang bisa berikan janji yang aku akan masuk syurga. Tetapi Allah banyak menjanjikannya bagi orang-orang yang bertakwa, orang yang beriman, orang-orang yang menolong agama Allah tapi adakah aku tergolong dalam golongan yang disebut...........................................?
Allah...Allah...Allah...
disebabkan besoknya=hari ini(2012/01/25) syafa masih punya dua kertas peperiksaan untuk dibereskan, syafa terus saja seperti biasa sambung belajar. Dipendekkan cerita, tengah-tengah belajar (jam11.15 waktu jepun), hati rasa seperti mahu dengar suara mama. Bukan niat mahu buat mama abah risau, cuma mahu mengutip semangat dari kata-kata mereka. Sungguh, kata-kata seorang ibu itu walaupun hanya secubit tapi kuasanya sebesar periuk berkuah.
Assalamualaikum mama...maa...jepun dah keluarkan amaran gempa bumi dan tsunami 25 meter dekat area tempat adik ma...besok!..jadinya sekarang kena berjaga-jaga. sebab 90% possibility ia akan berlaku.
haaa..yeker?tuela mama suruh balik cuti musim bunga, awk xnak balik. balikla..mama belikan tiket nak?
mama...ramalan tue untuk esok ma, bukan minggu depan, bukan bulan depan..(mama tak dengar agaknya tadi).
oh...kalau besok, xpela...doa pada Allah banyak-banyak, ajak pika dan faten solat hajat sama-sama, baca yasin, minta Allah alihkan gempa tue.
*alihkan ke mana?^^
un..okey,insyaAllah. tapi kan maaa.bila dengar pasal berita nie tadi, benda pertama adik fikir, kalau adik mati besok, adik akan ke syurga atau neraka?hmmmmm...
Haaa...tuela..tahupun diri tue boleh masuk neraka tapi awak liat nak buat 'baik' kan. (pedas betul ayat gurau mama)
mama nie.......itu plak...bukan xnak buat 'baik', dah cuba, sedang mencuba dan sentiasa mencuba.
itula..mama selalu pesan kan, "baca yasin, solat hajat, banyakkan baca quran, jaga solat. Buat hubungan 'baik' dengan Allah. Kalau kita banyak buat 'baik', insyaAllah esok kiamat pun, tak jadi kerisauan buat kita."
un..yer mama..adik akan cuba lagi...;')
tapi kan maaa...adik terfikir, kalau tsunami dekat sendai yang 10 meter dah seteruk tue, kalau 25 meter agak-agak macam la ek maaa? Dah nak kiamat ker esok nie?
ishhh...itu kerja Tuhan. Kiamat tue kerja Tuhan jangan nak dipertikai. Dia memang dah bagi banyak peringatan, cuma kita nie jer. sedar ker tidak?
*sedar atau tidak??
Dah cukup tertampar dengan kata-kata mama. Rupanya selama nie tak cukup 'alert' dengan peringatan Allah, tak cukup tertumbuk dengan budi bicara Allah. patutlah liat sangat nak buat 'baik'. Astagfirullah al azhim..
hari nie baca lagi post kawan-kawan nie facebook.
'amaran berkuat kuasa selama 80 jam dari semalam.'
hari nie telefon abang selepas baca 'post' sahabat sahabat di facebook.mana tahu abang akan bagi tamparan lebih dr mama boleh bagi.
Abang-abang, adik kan kat sini kan, ada amaran gempa bumi tahu..tsunami sekali (25meter) tue!
yeker???haaa...pakaila 'life vest' siap-siap sebelum tidur.
*mencari tamparan tapi abang bagi ubat penenang, antibiotic hilangkan kerisauan pulak.
yerla-yerla, nanti adik pakai.
eh,kenapa gelak nie.abang cakap betul-betul la. apa 'life vest' adik?
*okey..diam tak boleh jawab!
"..atau sudah merasa amankah kamu, bahwa Dia yang dilangit tidak akan mengirimkan badai yang berbatu kepadaMu? Namun kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku."
1 comment:
Assalamu'alaikum
Semoga syafa sihat2 selalu..insyaAllah dik..jika ditakdirkan syafa pergi dahulu, ingtalah itu yang terbaik buatmu dik..ALlah kan Maha Mengetahui?? :):) (akak bukan doakan kematian syafa tau..cuma sedikit sebanyak hati akak juga bimbang..ini untuk sedapkan hati sendiri insyaAllah)..sekurang-kurangnya, Allah beri peringatan dulu kan..BEtapa sayangnya Allah dekat syafa dan lain2..ade orang ajal dtg jemput tiba-tiba..tiada warning..huhu..so mari kita bersyukur insyaAllah..doa byk2..jika ajal itu yang terbaik, biarlah kita jumpa Allah dlm keadaan beriman..Allahu a'lam
Post a Comment