Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah Most Gracious Most Merciful..
Nasihat untuk diri sendiri.
Saat kita tertawa, mereka berkata kenapa terlalu suka.
Saat kita menangis, mereka berkata kenapa tidak senyum saja.
Saat kita tersenyum, mereka berkata ini senyuman ikhlas atau buat-buat.
Saat kita runsing, mereka berkata tampaklah apa yang disembunyikan.
Saat kita diam, mereka berkata kenapa tidak bercakap, diam menyombong diri.
Saat kita bicara, mereka berkata banyak sungguh cakapnya, tp semua tidak betul.
Saat kita lembut, mereka berkata kita pengecut, dan mungkin tunjuk baik.
Saat kita kerasa, mereka berkata ego kita tinggi melangit tindak terkawal.
Saat kita menolak, mereka berkata kita tidak 'best', tak 'syok'.
Saat kita setuju, mereka berkata kita suka mengikut-ikut.
Jadi yang mana yang sesuai sebenarnya? Yang mana yang dianggap baik pada semua?
Ketahuilah redha semua manusia mustahil kita raih. Akan ada yang memuji, bahkan akan ada juga yang mencela. Jadi marilah mencari redha Allah cuma dan jangan pernah khuatir dimana redha manusia.
Semoga kita dapat menikmati hidup dengan penuh rasa syukur dan sabar. Penuhkan hati dengan kasih dalam kemaafan dan tutup hati dari hasad dengki.
"Sebaik-baik wanita adalah yang apabila diberi sesuatu dia bersyukur, apabila tidak diberi apa-apa dia bersabar."
-Pengemis redha-
6 comments:
syafa^^
jangan menilai sesuatu mengikut neraca manusia..tapi ikutlah neraca Illahi..kita akan menemui jawapannnya..kadang-kala diamnya kita bukan kerana sombong,tapi kerana berfikir..menangisnya kita bukan kerana sedih, tetapi kerana mensyukuri segala apa yang ada..
gambatte exam:)
:) terima kasih..~ mohon share! sedikit kata-kata :D
subhanallah..ya Rasulullah..
moga kita kuat untuk meneruskan perjuangannya..
jadi hormati curiga dia.. maksudnya?
akh razi..
itu cerita masa perang uhud kalau tak silap kiter..sebab ada seorang nie,Allah kita lupa dh namanya,dia jumpa Rasulullah sblm perang dan meragui ttg islam sblm dia buat kptsn utk join pihak tentera islam...
ada kt tvalhijrah ceritanya..tajuk lupe...afwan jiddan yer
sM>
tak mengapa.
act, dh cr dekat raheeq Makhtum, tapi tak jumpa-jumpa jugak pemuda tu. mungkin peranag yang lain atau baca laju sangat, ^^
Post a Comment