Sunday, January 15, 2012

Asiff jiddan ya sahabiah

Bismillahirahmanirahim..
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful.



Malam semakin gelap tanpa bintang
Masih lama untuk menunggu waktu fajar
Dan sedang hati semakin berat dengan sesuatu
Tidak tenang seperti ada yang dikenang,dihitung-hitung.


'mood exam' sudah menunjukkan tanda.


yang pelik rasa ini bukan gelisah takut gagal, bukan resah takut tidak sempat baca semua.
bukan..bukan..bukan..


cuma berfikir tentang dosa, dihitung sisa masa hidup yang tinggal, dikira berapa banyak khilaf yang sudah ada dan yang bakal bertambah, semuanya berterbangan di awangan fikir. Allah..sedang ulangkaji pun masih berfikir benda sebegini rupa? aneh,pelik,ajaib.


dosa...
adakalanya dosa sangat membebankan.
berat nak dipikul ke sana sini, nak dibawa pergi dan kemari.
adakalanya dosa boleh mendatangkan manfaat.
bila dosa ini akhirnya membawa keinsafan taubat pada si pendosa.


#benar-benar berharap akan wujud rasa manis sekali lagi seperti kali pertama pernah merasainya dulu, saat sujud taubat nasuha mencium bumi, jiwa dipeluk Tuhan, hati dipegang erat, ruh seolah-olah dekat pada Dia.


sisa masa hidup yang tinggal..
adakalanya leka, lalai lupa langsung untuk istighfar
gelak bagai dunia kita yang punya, tak ingat mati, tak ingat akhirat.
adakalanya setiap masa ingin Dia,
pergi usrah tak mahu balik, solat tak mahu berhenti, sujud tak mahu bangun.


nak sangat jadi sekuat Nabi Ayyub.
walaupun di timpa sakit kudis yang teruk, tapi tidak pernah lupa Tuhan.
nak sangat jadi setabah Nabi Ayyub.

walaupun tubuh diseliputi dengan ulat yang jijik, tapi masih terus menyebut nama Tuhan.
sehingga pada saat ulat menghampiri mulutnya, Nabi Ayyub berdoa:


"Ya Allah, jangan biarkan ulat ini menghancurkan lidahku, aku ingin menyebut nama-Mu, aku ingin bersolat dan berzikir dan terus menyebut nama-Mu dengan sempurna."


makin derita,makin kuat.
makin diuji, makin bertambah keimanan.


khilaf yang ada dan yang bakal bertambah...
adakalanya salah orang cepat sungguh nampak
adakalanya kekurangan orang cepat sekali perasan
tidak sedar rupanya ada hikmah disebalik penciptaan Tuhan.


rupanya, Allah letakkan kekurangan pada orang lain sebagai ladang pahala buat kita.
supaya kita dapat memaafkan dia, mendoakan kebaikan buat dia, memperbaiki dan memuhasabah diri dan menolong menutup aib dia.
rupanya, kita dihargai dan diperlihat baik selama ini adalah kerana Allah menutup aib kita, menutup kesalahan dan keburukan kita.


Astagfirullah 'al-azhim.


Sempena imtihan yang akan datang, syafa minta maaf dari semua sahabat, akhawat dan ikhwah. Pasti ada sekali dimana-mana sedar atau tidak, syafa menyakiti kalian sedikit sebanyak. Syafa bukan sesiapa tapi syafa harap nama syafa terselit dalam doa kalian. Halalkan semua kata-kata semangat, ilmu yang dipinjam, dan lain-lain.


Sesungguhnya dalam hati ada satu koyakan yang tidak boleh dijahit melainkan bertemu Allah.
Di hati juga ada satu kesunyian yang tidak dapat diubati melainkan bersendirian bersama Allah.
Di hati ada satu kesedihan yang tidak mampu dihapuskan kecuali dengan mengenali Allah.
Di hati ada kegelisahan yang tidak dapat pergi melainkan kita berjalan pergi  kepada Allah.
Di hati juga ada gelodak marah yang hanya dapat dipadamkan dengan redha kepada Allah.
-Ibnu Qayyim-

5 comments:

hawariyyun said...

Assalamu'alaikum wbt..

good luck syafa..semoga dipermudahkan urusan..:)

http://www.youtube.com/watch?v=kVj_zRqVaOQ&feature=related

*sgt suka video ne*

yuyu aziz said...

sgt indah kata2 menusuk ke jiwa..

Syafa, semoga berjaya. :)

salam kenal


-yuyu-

#thelagidanlagi said...

helwah !

نور said...

Allahuakbar..menyentuh hati ini...

Syafa Mohamed said...

kak ain:

waalaikumuslm wbt akak^^
jazakillah,insyaAllah syafa akan cuba yang terbaik...
(link akak kasi syafa tak dapat buka)..nnt akak bagi lagi ea..;)

ukhti yuyu:

syukran ukhti atas doanya;')
salam ukhuwah,fillah dari syafa juga yer..asiff lambat reply komennya.

insyaAllah,once habis exam nnt kita taa'ruf yer ukhti.^^

akhi farhi:

jazakallah kahiran kathiran.

kak pika:

akak....Alhamdulillah..Allah yang menyentuh hati itu, tulisan ini cuma alatnya mungkin.

tulisan akak pun Alhamdulillah banyak menyampaikan rasa pada syafa..walaupun seperti ada benda tersirat di sebalik pena-pena akak tue..:)