Thursday, June 30, 2011

teka teki Imam Ghazali

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:




Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.



'Setiap yang bernyawa akan merasakan mati...'
 (Ali-Imran:185)


Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang


Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi


Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

'Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. '
(Al-A'raf:179)

Soalan Keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah


Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH.

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

'Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit,bumi dan gunung-gunung;tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuawatir tidak dapat melaksanakannya(berat),lalu dipikullah amanat itu oleh manusia.'(al-Ahzab:72)


Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun


Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaalik.

Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang


Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


note:baru selesai usrah,Alhamdulillah...tetapi mood kesedihan setelah melihat video 'detik kematian Rasulullah'.:(
wallahu'alam...

angah degil's birthday^_^

Bismillahirahmanirahim
In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful

buat anak buah tersayang
selamat hari lahir:)
semoga angah sihat walafiat dan berada dalam lindungan Allah
semoga angah makin comel,gemok,tinggi dan gigi makin cantik
semoga angah akan selalu dapat num 1 dalam peperiksaan
semoga angah dah tak ngada-ngada ngan tok ma lagi
*tok ma tue cik su yang punye tau...*

mewarna dalam kelas tadi:)

kita selalu gaduh kan angah^^
cik shu selalu tarik rambut angah sebab nak bagi angah nangis 
cik shu pijak kaki angah sebab angah suka ngadu pada tok ma:P
cik shu jerit-jerit kat angah supaya angah jerit balik kat cik shu
cik shu marah angah sebab sajer jer nak cari pasal:D
cik shu selalu buli angah pergi kedai untuk beli gula-gula
dgn kata mudah,angah sengsara bila cik shu kat rumah:)
*hihi...kena tunggu cik shu balik gak:P*

maaf yer angah,dapat mak saudara mcm nie^^
mungkin sebab angah jer yang ada kat rumah
dah bangun tidur nampak angah
nak tidur semula pun nampak angah
nak makan lagila nampak angah
sekarang,telefon rumah pun hari-hari angah angkat,dengar suara angah-.-''
angah...angah...angah...hihihi

note:tunggu cik shu balik yer kalau nak hadiah...^^

Tuesday, June 28, 2011

with love...♥

bismillahirahmanirahim
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful



thank you kak ili for the picture
honestly,syafa terharu akak bagi gambar nie pada syafa
kak ili

tidur bertemankan senyuman
senyuman segaris^__^
senyuman seindah suria=^_^=
senyuman diri sendiri:)

si orang baru,khaulah:)

bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful

sudah tiba orang baru disini

dulu gelar dia cik K=cik kamera
sekarang dah berubah dah
saya suka dia
saya sayang dia
saya akan jaga dia
saya beri nama baru padanya
jadi no more cik K tp 'khaulah'


testing guna khaulah

suke^^

siapakah khaulah sebenarnya??
(wanita yang aduannya didengari oleh Allah SWT)



Wanita Sahabiyah yang fasih dan pandai ini pernah menghentikan perjalanan Amirul Mukminin Umar bin Khattab r.a. Wanita ini bernama Khaulah binti Tsa’labah, ia berkata, “Wahai Umar aku telah mengenalmu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga memiliki nama Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah perihal rakyatmu, ketahuilah barangsiapa yang takut akan siksa Allah maka yang jauh akan menjadi dekat dengannya dan barangsiapa yang takut mati maka dia kan takut kehilangan dan barangsiapa yang yakin akan adanya hisab maka dia takut terhadap Adzab Allah.” Beliau katakan hal itu sementara Amirul Mukminin berdiri sambil menundukkan kepalanya dan mendengar perkataannya. Akan tetapi Jarud Al Abdi yang menyertai Umar bin Khaththab tidak tahan mengatakan kepada Khaulah, “Engkau telah berbicara banyak kepada Amirul Mukminin wahai wanita.!” Umar kemudian menegurnya, “Biarkan dia…tahukah kamu siapakah dia? Beliau adalah Khaulah yang Allah mendengarkan aduannya dari langit yang ketujuh, maka Umar lebih berhak untuk mendengarkan perkataannya. “ Dalam riwayat lain Umar bin Khaththab berkata, “Demi Allah seandainya beliau tidak menyudahi nasehatnya kepadaku hingga malam hari maka aku tidak akan menyudahinya sehingga beliau selesaikan apa yang dia kehendaki, kecuali jika telah datang waktu shalat maka aku akan mengerjakan shalat kemudian kembali mendengarkannya sehingga selesai keperluannya.” 


gambar kedua dari khaulah after seeking His hidden blessing:)





doakan semoga dapat saya guna khaulah hanya untuk kebaikan
juga dijadikan khaulah sebagai medium dakwah akan datang
disambil mengingatkan diri akan wanita bernama Khaulah itu sendiri^^



p/s:khaulah juga ada 3 lagi sahabat...bakal diberitahu nama sahabat-sahabat khaulah kemudian:)
wallahu'alam

Sunday, June 26, 2011

bismillahi

bismillahirahmanirahim
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful


ingin lupakan kisah-kisah semalam
pejamkan mata,hilangkan segala memori duka dan luka
bangkit dengan kekuatan baru!


yakinlah dengan segalanya
Allah knows best


"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu.'
 Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah...


SENSE OUR SOUL

Thursday, June 23, 2011

mohon diri kuat

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful

sampai bila harus begini...
jatuh tersadung saat diri mula bangun kembali
hati tak mampu menahan sebak,seperti sediakala kembali dalam tangisan

hari ini aku tahu,aku mengerti dan aku mengetahui
untuk belajar mempunyai rasa rendah diri dan zuhud itu bukan mudah
untuk bertoleransi dengan orang yang bakal buat diri riak dan takbur juga payah

terasa seperti bodohnya diri ini
sehinggakan apa yang saya katakan orang tidak ambil peduli
malah diperkecil-kecilkan,diperlekehkan,lagi tidak dipandang
ya,ilmu Allah itu luas dan saya belum mampu mencakupi keseluruhannya
saya tidak memaksa kamu menerima tapi dengarlah sehingga habis
saya tahu mungkin ada salahnya tapi perbetulkanlah
kamu yang bertanya,maka saya menjawab
tetapi itukah tertibnya bagi orang yang bertanya?

saya tak kuat wahai kawan
saya diam tersenyum bisu xterkata-kata dek kamu
sayaberlari keluar sebaik habisnya kelas
takut-takut terlihat oleh kamu merah mata ini
dengan sekilas pandang,saya berjalan meninggalkan kamu
kerana saya perlukan Dia

disitu ya Allah...
aku memanggil-memanggil namaMu
bertanya kenapa hari ini begini aturanNya?
kenapa aku kembali menangis lagi?
kenapa..........ya Allah?

doa Siti Fatimah R.A:
'Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri, dengan rahmat dan kasih sayang Mu, aku memohon pertolongan dan janganlah Engkau biarkan aku bersendirian walaupun hanya sekelip mata dan perbaikilah setiap urusanku...'






-note-
maaf kerana pena ini bakal tidak memanfaatkan sesiapa:(
mohon diri kembali kuat



Tuesday, June 21, 2011

kita^^

In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful
Bismillahirahmanirahim...

Akhirnya...setelah lama pena ini disimpan
Alhamdulillah...hari ini Allah beri kesempatan masa untuk berkongsi sesuatu
yang mana antara kurniaanNya yang tak dapat dinafikan
kurniaan yang hanya dapat dirasa melalui hati
namun tidak dapat diulas dengan lontaran kata-kata
tapi masih mampu disempurnakan melalui pena buruk

kerana hati ini mula rindu
rindu pada suasana yang pernah ada
rindu pada suasana tarbiyah 
rindu berada dalam linkungan bulatan katibah
rindu pada sahabat-sahabat istimewa
rindu suasana mencari liqa'
rindu akan segala kesusahan dan kemanisan itu...

girlemoticon

suatu ketika
teringat lagi task yang diberi oleh seorang kakak
katanya carilah 7 golongan yang akan mendapat naungan ALLAH di akhirat
rupanya ada sebab kenapa disuruh kami berbuat begitu

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


ya,benar sekali...
atas satu cinta kami bertemu
atas ketaatan kami bertemu
di atas satu jalan dakwah kami bersatu
atas alasan demi jihad fisabilillah kami berjanji
kerana cinta berpaksikan Allah kami semua berkumpul

Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, di antara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya."
(HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim )


wahai sahabat,demi Allah saya menyayangi kalian...
girlemoticon名古屋大学
Faten Hakim Mohd Zaini
girlemoticon岐阜大学
Nur Syazwana Abdul Rahman
girlemoticon岩手大学
Amirah Che Amat
Fadhilah Mohamad
Nor Saidatul Ain Afifah Othman
girlemoticon東北大学
Syarifah Ruqayyah Syed Ahmad Al-Junid
Siti Alya Mohsin 
Nur Illany Mohd Siran
girlemoticon富山大学
Dayang Habibah Abang Mohamadin
girlemoticon岡山大学
Fatin Syahirah Mat Ibrahim
girlemoticon広島大学
Izzah syazwani Ishak
girlemoticonJAD
Qatrunnada Mohammed Hassanuddin
Faiezah Mohd Nor
Lulatulnasihah Salleh
Norliana Akiko Zulkefly
Nor Imanina Noor Hasnan
Nor Erliza Lydia Mohd Safri
Halilah

jarak memisahkan kita tapi bukan itu menjadi penghalang
untuk kita terus menjadi waris perjuangan Rasulullah
tidak layak rasanya diri ini untuk mengatakan tentang perjuangan
namun hati akan sentiasa mencuba untuk menyampaikan selagi ada nafas

semoga Allah redha dengan segalanya
“ Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan 
menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu..”


-special dedication buat aten-
mungkin menyusahkan,tapi bantulah syafa untuk kuat
kadang-kadang hati ini meraung-raung
didalamnya menangis teresak-esak
teringin untuk peluk aten dgn erat saat selesai solat jemaah
untuk menangis dibahu aten
untuk diadukan setengah dari beban agar ringan jadinya
tapi kadang-kadang malu lebih bermaharajalela...:(

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
( At Taubah:71)



buat teman-teman lain,anda juga istimewa di hati saya:)
buat ukhti-ukhti blogger
komen dan shoutout anda banyak beri saya semangat dan dorongan baru
ya,Allah juga sampaikan tarbiyahNya melalui kalian:)

‘Sesungguhnya di antara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutup dari kejahatan. Dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutup kebaikan. Maka sungguh beruntung bagi orang yang dijadikan ALLAH sebagai pembuka kebaikkan, dan binasa orang yang dijadikan ALLAH pembuka kejahatan di tangannya..’




Sunday, June 19, 2011

maafkan aku Ya Allah

In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful
Bismillahirahmanirahim...

Saat kau bangun di pagi hari
AKU memandangmu dan berharap engkau berbicara kepadaKU
walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU
atau bersyukur keatas KU atas sesuatu hal yang indah
yang terjadi hari ini atau kelmarin

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk
mempersiapkan diri untuk ke sekolah
AKU kembali menanti saat kau sedang bersiap
AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu
untuk berhenti dan menyapaKU...
Tetapi engkau terlalu sibuk

Disatu tempat,
engkau duduk di sebuah kerusi tanpa melakukan apapun
Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan tanganmu
AKU fikir engkau akan berbiacara kepadaKU
tetapi engkau menelefon seorang teman untuk mendengar gosip baru

AKU melihat ketika engkau pergi ke sekolah
dan AKU menantimu dengan sabar sepanjang hari
Dengan semua kegiatanmu
AKU sangka engkau terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu padaKU

Sebelum sarapan AKu melihatmu memandang ke sekeliling
mungkin engkau merasa malu untuk berbicara padaKU
itulah sebabnya engkau tidak menundukkan kepalamu

Ya,tidak mengapa
masih ada waktu yang tersisa
dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU
meskipun saat kau pulang seperti banyak perkara yang perlu diselesaikan

Namun setelah tugasmu selesai
kau pergi menghadap laptop dan menghabiskan banyak waktu didepannya
tanpa memikirkan apapun kau seronok berchatting dengan teman

Kembali AKU menanti dengan sabar
tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU 


Saat tidur AKU fikir kau terlalu penat
Setelah mengucapkan selamat malam kepada teman
kau melompat ke dalam selimut
dan tertidur tanpa sepatahpun namaKU disebut
mungkin kerana engkau terlupa hari ini


Tidak apa-apa
kerana mungkin engkau tidak menyedari 
bahawa AKU selalu hadir untukmu


percayalah AKU selalu mengasihimu
dan AKU tetap berharap suatu saat
engkau akan menyapaKU
mohon perlindunganKU
dan bersujud menghadapKU


Yang selalu meyertaimu setiap saat
-ALLAH SWT-




pinjamkan aku kekuatan untuk terus sujud mengingatiMU
-syafa mohamed-

Saturday, June 18, 2011

monolog hati...

In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful
Bismillahirahmanirahim...

Astaghfirullahalazim...Astagfirullahalazim...Astagfirullahalazim...
adakah sekecil-sekecil perkara ini patut aku rungkai
adakah seremeh-remeh perkara ini patut aku beri perhatian
sehinggakan kekuatan aku luluh kecai berkeping-keping

sememangnya dari awal lagi sepatutnya diendahkan rasa ini
kenapa hanya kerana seorang insan hati terkesan sebegini sekali
siapa yang patut aku salahkan?
tapi mana mungkin aku boleh menyalahkan orang lain
kerana yang bersangka buruk itu adalah aku
yang memiliki hati dan rasa ini juga adalah aku

diam...tunduk memirkirkan rasa hati...kenapa hati,kenapa mesti begini?

hanya kerana
aku tidak mendapat mesej dari seorang senior utk jemputan makan bersama
hatiku bersedih...

hanya kerana
aku tidak directly dijemput oleh seorang senior utk keluar jalan-jalan bersama
hatiku lesu pucat...

hanya kerana 
aku kadang-kadang ditinggalkan berjalan dibelakang berseorangan
hatiku menangis...

hanya kerana
aku terkeluar saat mereka-mereka berceloteh tentang sesuatu
hatiku muram...

kenapa hati sering membuat keluhan rasa seperti diabaikan?
kenapa hati sentiasa membuahkan rasa tidak diperlukan?
kenapa hati selalu berfikiran sebegini seakan-seakan semuanya tidak kena?


Abu Hurairah r.a. berkata: 
"Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

seribu kali aku cuba bersangka baik
bukan tidak pernah untuk aku abaikan perkara-perkara ini
namun tatkala saat itu berulang lagi,hati kembali begini...

terima kasih buat seorang teman untuk 'quote' ini:
-'to love someone is nothing, to be love by someone is something, to be love by someone you love is exciting and to be love by Allah is everything'-

buat sahabat-sahabat,bertuah saya memiliki kamu...
tapi tamakkah saya untuk memiliki cinta dari seorang lagi sahabat?
maaf jika diri ini belum matang untuk berfikir dengan waras
jika saya sudah matang sekalipun,mungkin masalah timbul dari hati...
tapi janganlah sehingga tertitiknya walau satu tompok hitam di hati ini

-note-
perlu muhasabah amal,perlu muhasabah berapa byk masa diluang bersamaNya
perlu muhasabah berapa jumlah kali hati berzikrullah
perlu muhasabah sekerap mana diri cuba mendekatinya:(




Thursday, June 16, 2011

kesedihan Saidatina Aisyah R.A

In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful
Bismillahirahmanirahim...

Daripada Aisyah r.a., beliau berkata (menceritakan) bahawa Rasulullah s.a.w. apabila ingin keluar (bermusafir), baginda akan membuat undian di kalangan isteri-isterinya. Maka sesiapa yang keluar undiannya, maka dialah yang akan keluar bersama dengan Rasulullah s.a.w.. Satu kali, ketika baginda ingin keluar dalam satu peperangan[2], aku berjaya mencabut undian, (dan akulah yang boleh pergi bersama Rasulullah s.a.w.). Lalu aku pun keluar bersama baginda dan musafir ini berlaku setelah turunnya ayat hijab (larangan lelaki daripada melihat kepada perempuan, kerana sebelum ini tidaklah dilarang). Aku dibawa dengan haudaj ( tempat yang biasanya diletakkan perempuan di dalamnya dan ia diikat di atas belakang unta) dan aku diletakan di situ. Lalu kami keluar (bersama Rasulullah s.a.w. dan para sahabat panglima perang baginda) sehinggalah apabila selesai peperangan, dan kami pun balik ke Madinah.
Clipboard01
Perjalanan Pulang
Dan pada satu malam, setelah hampir dengan Madinah, ( kami berhenti rehat), dimaklumkan bahawa (rombongan) kita akan bergerak (pulang). Tatkala mereka sibuk saling memberitahu untuk bergerak, aku pula berjalan (berseorangan) pergi berjauhan dengan para tentera (untuk qada hajat). Setelah aku selesai, aku pun kembali, tiba-tiba aku dapati manik-manik Azfar[3] rantai leherku telah putus (dan hilang). Lalu aku pun pergi sekali lagi ke situ untuk mencari rantaiku itu. Dan kumpulan yang berjalan bersamaku pun mula mengangkat haudajku, dan mereka pun mula mengenderai unta yang ku naiki. Mereka menyangka aku sudahpun berada di dalamnya. Dan kaum wanita pada masa itu (biasanya) kurus-kurus, tidaklah berat dengan lemak, kerana mereka sentiasa makan sedikit sahaja. Kerana itulah mereka tidak perasan (ketiadaanku) semasa mereka mengangkatkan haudaj tersebut. (Tambahan lagi) aku hanyalah seorang budak. Mereka pun menggerakkan unta dan mula berjalan. Setelah para tentera meneruskan perjalanan, aku pun jumpai rantaiku itu. Setelah aku menjumpainya, aku pun kembali pergi ke tempat tentera tadi, dan aku dapati mereka semua sudah berangkat. Tidak ada seorangpun yang memanggilku dan tidak ada seorang pun yang akan menyahut panggilanku. Lalu aku pun duduk berada di kawasanku tadi (tempat untaku dan haudaj) dengan harapan bahawa mereka akan perasan ketiadaanku dan mereka akan kembali menemuiku. Tatkala aku berada di situ keseorangan, aku terasa terlalu mengantuk, lalu aku pun tertidur.

A_Dark_Starry_Night_Wallpap
Safwan bin Muattal Mengambil Aisyah Dan Bermulanya Fitnah
Safwan bin Muattal as-Sulami az-Zakwani[4] pula merupakan askar yang terlewat dan berjalan di belakang para tentera. Dan tatkala beliau sampai di kawasanku, beliau nampak bayangan orang yang sedang tidur, lalu dia pun datang, dan setelah melihatku dia mengenaliku. Ini kerana dia pernah melihatku sebelum turunnya suruhan berhijab. Setelah beliau cam diriku, beliau (terkejut seraya) mengucapkan istirja’ (Inna lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un) dan aku terjaga (dari tidurku) kerana mendengar istirja’nya itu. Lalu aku segera menutup mukaku dengan kain penutup mukaku. Demi Allah, dia tidak bercakap denganku walau sepatah dan aku pula tidak mendengar satu kalimah pun (dari mulutnya), kecuali kata-kata istirja’nya sahaja. Lalu beliaupun menarik untanya mendekatiku dan mendudukkannya (untuk menyenangku naik tanpa perlu menyentuhku), dan aku pun naik (menunggangnya). Safwan pun mula berjalan (kaki) mengheret untanya sehinggalah kami sampai di kawasan perhentian tentera di waktu panas terik matahari.
(Aisyah meneruskan ceritanya lagi dengan katanya): Lalu dengan sebab itu binasalah orang yang binasa (dengan menyebarkan fitnah bahawa aku berzina dengan Safwan) dan orang yang mengepalai fitnah besar ini ialah Abdullah bin Ubai bin Salul.
Aisyah Ditimpa Demam Setelah Sampai Di Madinah
Setelah aku sampai di Madinah, aku ditimpa demam selama sebulan, dan orang ramai pula heboh dengan cerita yang dibawa oleh pendusta-pendusta itu, dan aku pula sedikitpun tidak mengetahui fitnah tersebut. (Semasa demam itu, Aisyah berada di rumah Rasulullah s.a.w. dan dijaga oleh emaknya). Cuma yang menghairankan aku ialah semasa demamku ini, aku tidak melihat lemah lembut Rasulullah s.a.w. (sikap kebiasaan baginda). Baginda hanya masuk menjengokku, memberi salam dan bertanya khabar sahaja, dan kemudian baginda akan beredar. Itu sahaja yang menghairankanku.
Aisyah Mula Mengetahui Fitnah
Dan aku sedikit pun tidak mengetahui fitnah tersebut, sehingalah aku beransur sembuh (belum sembuh sepenuhnya) aku keluar bersama Ummu Mistah menuju ke Manasi’ iaitu (tempat yang biasa digunakan untuk qada hajat). Dan biasanya (orang pada masa itu) tidak datang ke situ kecuali pada sebelah malam, dan cerita ini sebelum adanya tandas berdekatan dengan rumah. Kami pada masa itu samalah seperti orang arab kuno dulu yang keluar qada hajat jauh dari kawasan rumah dan tidak suka disediakan tandas di kawasan rumah. Lalu aku keluar bersama Ummu Mistah dan dia ialah anak perempuan Abu Ruham bin Abd Manaf, dan emaknya pula ialah anak perempuan Sohkr bin Amir iaitu (emaknya adalah) emak saudara Abu Bakar. Anaknya pula ialah Mistah bin Usasah. Setelah sampai ke situ, Ummu Mistah terjatuh dan dia berkata: Celaka Mistah. Lalu aku berkata: Alangkah buruknya perkataanmu. Adakah kamu ingin mencela orang yang pernah masuk perang Badar? Dia menjawab: Aduhai Aisyah! Adakah kamu tidak mengetahui apa yang dia telah katakan? Aku menjawab: apa pula yang dia sudah katakana? Lalu dia mula menceritakan fitnah yang dilemparkan kepadaku oleh para pendusta itu. Dan bertambah buruk pula demamku dengan sebab cerita yang aku baru dengar itu.
Aisyah Meminta Keizinan Untuk Kembali Ke Rumah Orang Tuanya
Setelah aku pulang ke rumah, dan Rasulullah s.a.w. masuk menjengukku. Baginda memberi salam dan bertanya khabar, aku berkata: Adakah kamu izinkan aku kalau aku ingin pulang ke rumah kedua ibu bapaku? Sebenarnya aku meminta demikian untuk mencari kepastian daripada kedua ibu bapaku mengenai fitnah tersebut. Lalu Rasulullah s.a.w. izinkanku. Setelah aku sampai ke rumah orang tuaku, aku bertanya ibuku: Wahai ibu, apakah yang orang ramai sedang perkatakan? Ibuku menjawab: (dia sudahpun mengetahui tentang fitnah tersebut) Wahai anak kesayanganu, sabarlah dan janganlah benda ini menyusahkanmu. Mana-mana perempuan cantik yang bermadu, dan dia pula disukai oleh suaminya, sudah tentu ramai orang akan mengatanya. Aku menjawab: Subhanallah. Adakah orang ramai sudah bercakap tentangnya? Air mataku pada malam itu tidak putus-putus dan aku tidak mampu tidur kerana menangis sampai ke pagi.
Rasulullah s.a.w. Berbincang Dengan Para Sahabat Mengenai Aisyah
Rasulullah s.a.w. pula memanggil Ali bin Abu Talib dan Usamah bin Zaid untuk membincangkan mengenai (buruk baik jika baginda) menceraikan isteri baginda. Ini kerana lambatnya turun wahyu dalam masalah ini. Usamah bin Zaid menyatakan pendapatnya berdasarkan apa yang beliau tahu mengenai kebaikan ahli keluarga Rasulullah dan beliau menganggap bahawa sebenarnya keluarga baginda bebas daripada tuduhan tersebut. Beliau berkata: Kami tdak mengetahui tentang keluargamu wahai Rasulullah melainkan yang baik sahaja. Ali pula (untuk menghilangkan keresahan baginda dengan fitnah tersebut) berkata: Wahai Rasulullah, Allah sesekali tidak akan menyempitkanmu, ramai lagi wanita selain Aisyah. Dan jika kamu bertanya jariahnya (khadam perempuan Aisyah) nescaya dia akan bercakap benar denganmu. Rasulullah s.a.w. pun memanggil Barirah (khadam Aisyah) dan baginda bersabda bertanya: Wahai Barirah, adakah sesuatu yang kamu ragui mengenai Aisyah? Barirah menjawab: Tidak. Demi Allah yang mengutuskanmu dengan kebenaran, aku tidak pernah melihat pada Aisyah satu perkara pun yang meragukanku. Cumanya aku menganggap beliau adalah seorang budak yang masih mentah yang boleh tertidur ketika menjaga tepung keluarganya, lalu datanglah binatang yang memakannya[5]. (Maksud Barirah ialah Aisyah sedikit pun tak terlintas melakukan perkara seperti yang disebut oleh para penyebar fitnah itu).
Rasulullah s.a.w. Terasa Dengan Fitnah Tersebut
Lalu Rasulullah s.a.w. bangun pada masa itu menuntut bela untukku terhadap Abdullah bin Ubai bin Salul. Baginda bersabda: siapakah di kalangan kamu yang ingin menolong menuntut bela bagiku terhadap seorang lelaki yang telah sampai kepadaku kejahatannya terhadap isteriku? Demi Allah, aku tidak mengetahui tentang isteriku kecuali perkara yang baik. Dan mereka juga (para pendusta) menyebut seorang lelaki yang aku tidak mengetahui mengenainya melainkan kebaikan sahaja[6]. Dan dia tidak pernah masuk kepada isteriku melainkan dengan bersamaku.
Aus Dan Khazraj Bertengkar Di Hadapan Rasulullah s.a.w.
Lalu bangunlah Saad bin Muaz, iaitu seorang Ansar dan berkata: Wahai Rasulullah, aku sanggup menuntut bela untukmu. Kalaulah dia di kalangan orang Aus, aku akan penggal lehernya, dan jika di kalangan saudara kami orang Khazraj, kamu suruh saja kami, nescaya kami akan laksanakannya. Lalu bangunlah Saad bin Ubadah, dan beliau merupakan ketua kaum Khazraj, dan beliau sebelumnya merupakan seorang yang soleh, tetapi semangat perkaumannya menyebabkan dia berkata kepada Saad: kamu berdusta, Demi Allah. kamu tidak akan membunuhnya (kaummu) dan kamu tidak akan mampu membunuhnya. Lalu anak saudara Saad bin Muaz, iaitu Usaid bin Khudair bangun dan berkata kepada Saad bin Ubadah: Demi Allah, kamulah sebenarnya yang berdusta. Kami pasti akan membunuhnya. Sesungguhnya kamu adalah orang munafiq yang berhujah untuk kaum munafiqin (ini kerana Abdullah bin Ubai adalah dari kalangan kaum Khaazraj). Lalu kaum Aus dan Khazraj saling bangun membantu kaum masing sehingga hampir berlaku peperangan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. pada masa itu berdiri di atas minbar. Dan baginda pun mula menenangkan mereka sehinggalah mereka semua diam, barulah baginda berhenti.
Kesedihan Aisyah
Aisyah berkata: sejak daripada hari itu, air mataku mencurah-curah tidak putus dan aku berjaga sepanjang malam. Akhirnya kedua ibu bapaku berada bersamaku sentiasa. Dan sememangnya aku telah mengangis selama sehari dua malam tak putus dengan air mata dan berjaga sepanjang malam, sehingga mereka berdua menyangka bahawa ia akan merosakkan jantungku. Tatkala mereka berdua berada bersamaku, dan aku pula masih lagi menagis, tiba-tiba datanglah seorang perempuan Ansar meminta izin untuk berjumpaku, lalu aku benarkan dia masuk berjumpaku. Lalu dia masuk dan duduk menangis bersamaku.
Rasulullah s.a.w. Bertanya Aisyah Tentang Cerita Orang Ramai
Ketika itu, tiba-tiba Rasulullah s.a.w. masuk dan baginda memberi salam dan duduk. Sebelum ini, baginda tidak pernah duduk di sisiku sejak tersebarnya fitnah tersebut. Dan sudah berlalu sebulan, tidak ada satu wahyu pun yang turun mengenaiku. Kemudian Rasulullah s.a.w. memulakan kata-katanya dengan pujian kepada Allah dan ucapan syahadah, lalu baginda bersabda: Wahai Aisyah, telah sampai kepadaku berita tentangmu begini-begini. Kalaulah kamu memang tidak melakukannya, nescaya Allah akan membebaskan kamu, dan jika kamu telah melakukan dosa, istighfarlah kepada Allah dan bertaubatlah kepadaNya. Sesungguhnya seorang hamba bila dia mengakui dengan dosanya, dan bertaubat memohon keampunan daripada Allah, nescaya Allah akan mengampunkannya.
Jawapan Aisyah Terhadap Soalan Rasulullah s.a.w.
Setelah Rasulullah s.a.w. selesai kata-katanya, air mataku terhenti, dan aku tidak merasakannya walaupun setitik. Aku berkata kepada ayahku (Abu Bakar): jawablah apa yang dikatakan oleh Rasulullah. Dia menjawab: Demi Allah, aku tidak mengetahui apakah yang boleh aku katakan kepada Rasulullah s.a.w. Lalu aku berkata kepada ibuku: Jawablah kata-kata Rasulullah s.a.w. Dia juga menjawab perkataan yang sama: Demi Allah, aku tidak mengetahui apakah yang boleh aku katakana kepada Rasulullah s.a.w. Lalu aku sendiri bercakap, sedangkan aku masih lagi seorang pemudi yang mentah dan aku tidaklah mengahafal banyak ayat suci al-Qur’an. Aku berkata: sesungguhnya demi Allah, aku memang dah mengetahui bahawa kamu semua telah mendengar cerita ini, dan cerita ini dah pun berada di jiwa kamu semua, dan kamu semua mempercayainya. Kalaulah aku berkata yang aku ini tidak bersalah –Dan Allah sahaja yang mengetahui bahwa aku tidaklah bersalah- kamu semua tidak akan mempercayaiku. Dan jika aku mengakui -sedangkan Allah mengetahui bahawa aku tidaklah bersalah- tentulah kamu semua mempercayainya. Demi Allah, tidak ada umpama bagiku melainkan seperti perkataan ayah Nabi Yusuf (dalam riwayat yang lain, Aisyah tercari-cari nama ayah Nabi Yusof, iaitu Nabi Yaaqub, tetapi kerana kesedihan yang menimpanya menyebabkan beliau terlupa), iaitu: ( Sabar adalah lebih baik, dan Allah sahaja tempat aku memohon pertolongan daripada apa yang mereka katakan). Lalu aku pun memalingkan mukaku dan aku berbaring di tilamku.
Impian Aisyah
Pada ketika itu, aku yakin bahawa aku tidak bersalah, dan Allah sendiri yang akan menyataka bahawa aku tidak bersalah (sebab tiada siapa lagi selain Allah yang mampu membebaskanku). Tetapi, demi Allah, aku tidak pernah menyangka bahawa Allah akan menurunkan ayat suci al-Qur’an yang akan sentiasa dibaca (sehingga kiamat) dalam urusanku ini. Dan urusanku ini pada diriku adalah sangat kecil (dan tidak perlulah) Allah bercakap dengan wahyu yang akan sentiasa dibaca. Tetapi aku cuma berharap bahawa Rasullah s.a.w. bermimpi dalam tidurnya bahawa Allah menyatakan bahawa aku ini tidak bersalah.
Turunnya Wahyu Membenarkan Aisyah
Aisyah meneruskan lagi ceritanya. Demi Allah pada masa itu, Rasulllah s.a.w masih belum berganjak, dan tidak ada seorang pun yang beredar sehinggalah turunnya wahyu kepada baginda. Lalu nampaklah pada baginda seperti orang yang sangat kuat demamnya sehinggalah keluarlah peluh seperti permata walaupun pada hari yang sangat sejuk, kerana beratnya perkataan yang diwahyukan kepadanya. Setelah hilang keadannya itu, baginda kelihatan terlalu gembira. Dan kalimah pertama yang ducapkannya ialah, wahai Aisyah, bergembiralah, sesungguhnya Allah SWT telahpun membebaskanmu. Lalu ibuku berkata kepadaku: bangunlah kepada Rasulullah (untuk ucapkan terima kasih kepada baginda). Aku menjawab: Demi Allah, aku tidak akan bangun kepadanya (pergi memeluknya), dan aku tidak akan memuji kecuali Allah sahaja (yang telah membebaskanku). Dan Allah telah turunkan ayat “Sesungguhnya segolongan di kalangan kamu yang membawa berita dusta itu[7]…sepuluh ayat semuanya.
Sikap Abu Bakar SetelahTurunnya Wahyu Tentang Kesucian Aisyah
Setelah Allah SWT turunkan ayat yang membebaskanku, Abu Bakar as-Siddiq yang sentiasa memberikan sedekah kepada Mistah kerana dia adalah kerabatnya, dan dia pula seorang yang miskin, berkata: Demi Allah, aku tidak akan memberikan sesuatu pun kepada Mistah setelah apa yang dia katakan kepada Aisyah. Lalu Allah SWT turunkan ayat : “Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka mema'afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. Lalu Abu Bakar berkata: Bahkan. Demi Allah, aku sangat suka kalau Allah mengampunkaku. Lalu dia pun meneruskan sedekah yang menjadi kebiasaanya kepada Mistah, dan berkata: Demi Allah, aku tidak akan menghentikan lagi sedekahku ini.
Pandangan Zainab Terhadap Aisyah
Aisyah berkata lagi: Rasulullah s.a.w. juga pernah bertanya Zainab binti Jahsy tentangku. Baginda bersabda: Wahai Zainab, apakah yang kamu tahu atau nampak tentang Aisyah? Zainab menjawab: wahai Rasulullah, aku menjaga telinga dan mataku. Aku tidaklah mengetahui tentang Aisyah melainkan kebaikan sahaja. Padahal dialah yang sentiasa menyaingi aku di kalangan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. , tetapi beliau (tidak memburukkanku kerana) Allah menjaganya dengan sebab kewarakan yang ada padanya. Tetapi saudarinya iaitu Hamnah tidak menyetujui Zainab (kerana ingin merendahkanku dan menaikkan saudarinya iaitu Zainab), lalu dia binasa (berdosa) bersama-sama dengan orang binasa di kalangan para pendusta itu.
Hadis riwayat Imam Bukhari (4750) daripada Urwah dalam Kitab Tafsir, bab ke 60.
[1] Hadis Ifki adalah satu istilah yang digunakan untuk kisah fitnah terhadap Ummul Mukminin, Saiditina Aisyah r.a. Dan ifki bererti pembohongan yang melampau. Cerita yang saya kemukakan ini adalah terjemahan hadis riwayat Imam Bukhari, dalam Kitab at-Tafsir, bab 60 dalam kitab Sohih Bukhari. Saya cuma meletakkan tajuk-tajuk dan nota kaki (untuk menyenangkan pembacaan). Segala kesilapan penterjemahan (jika ada) adalah tidak disengajakan dan harap diperbetulkan.
[2] Peperangan Bani Mustoaliq, mengikut penerangan Ibnu Hajar al-Asqalani, dan ia terdapat keterangan yang sorih dalam riwayat Ibnu Ishaq. Rujuk, Fathul Bari, jilid 8, m/s585. Peperangan ini berlaku pada bulan syakban tahun kelima atau keenam Hijrah. Rujuk ar-Rahiqul Makhtum.
[3] Para ulamak juga kurang pasti tentang daripada apakah rantai itu dibuat. Ada yang menganggap bahawa ia adalah daripada manik batu Zafari, satu Bandar di Yaman. Ada juga yang menganggap bahawa ia mungkin diperbuat daripada sejenis kayu wangi yang boleh dijadikan kemenyan. Kayu tersebut dijadikan manik-manik rantai mungkin kerana kecantikan warnanya atau kerana kewangiannya. Ada juga riwayat yang mengatakan harga rantai leher itu hanyalah dua belas dirham. Ini menunjukkan bahawa ia bukan manik batu Zafari, kerana kalaulah manik batu Zafari, sudah tentu harganya lebih mahal. Fathul Bari.
[4] Safwan bin Muattal merupakan seorang sahabat yang terbilang, dan antara yang awal memeluk Islam, kerana dia juga pernah menyertai peperangan Khandak. Dia adalah sahabat yang dipuji oleh Rasulullah s.a.w. (sebagaimana yang akan datang dalam hadis ini. Sebab beliau terlewat ialah kerana beliau meminta untuk ditugaskan sebagai orang yang akan memastikan barangan yang tercicir oleh para tentera dipungut oleh beliau. Beliau mati syahid sebagaimaana yang diceritakan oleh Aisyah. Beliau syahid dalam peperangan Armania, pada tahun ke 9 Hijrah, semasa zaman pemerintahan Umar.
[5] Ini kerana Barirah pernah mengisarkan tepung untuk dijadikan roti, dan dia menyuruh Aisyah menjaganya sebentar. Tetapi Aisyah boleh tertidur dan lalai untuk menjaganya, sehingga tepung itu dimakan oleh bebiri. Maksud Barirah ialah, kalaulah Aisyah boleh lalai dalam menjaga tepung tadi, maka lebih-lebih lagilah Aisyah tak terlintas untuk melakukan perzinaan sebagaimana yang dituduh oleh para pendusta itu.
[6] Pujian Rasulullah s.a.w. terhadap Safwan bin al-Muattal. Sudah ditakdirkan bahawa yang dituduh bersekedudukan dengan Aisyah adalah seorang yang terlalu menjauhkan diri daripada perempuan. Beliau pernah berkata bahawa beliau tidak pernah membuka kain yang menutup auarat perempuan samada secara halal atau pun haram. Kerana inilah beliau telah menetak Hassan bin Thabit (penyair Rasulullah) dengan pedangnya kerana beliau juga antara yang termakan dengan fitnah tersebut dan menyebarkannya. Dan Rasulullah meminta supaya Hassan memaafkannya, lalu dia (Sofwan) dilepaskan.
lastly,dikaitkan dengan ayat 11-20 surah an-Nur.

semoga sama-sama dapat sucikan hati melalui kisah ini
agar hati tidak lagi mudah lemah
sekadar perkongsian
-syafa mohamed-