Monday, January 30, 2012

senyumlah buat Tuhan


Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah Most Graciou Most Merciful..


TERUSLAH BERBUAT TANPA SYARAT DAN MENGHITUNG


Biarkanlah waktu berjalan sebagaimana alur lakonan kehidupan,
Namun, berlapang dadalah kala takdir menimpa.
Tidak ada kesedihan yang kekal, bukalah peluang pada kebahagiaan.
Lepaskanlah kegelisahan dan kesedihan kerana hati dan perasaanmu layak berbahagia.


Bentuklah peribadi yang cantik, indah dan penuh kemaafan.
Kerana hidup ini tak selamanya mendatar.
Kadang-kadang pasang ada ketika surut.


Didiklah jiwa untuk sentiasa berlapang dada,
dan merasa damai baik ketika mudah atau ketika sulit.
Kehidupan abadi yang indah hanya akan didapati
pada orang-orang yang selalu merasa yakin
bahawa segala sesuatu yang terjadi punya alasan yang baik
meskipun sulit dan merugikan dirinya.


Allah sentiasa meletakkan hikmah disebalik sesuatu perancangan
dan hikmah yang tersingkap itu akan kita fahami bila sampai waktunya.


#senyumlah.

Thursday, January 26, 2012

hati baru


Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah Most Graciou Most Merciful..


Aku malu dengan tasbihnya langit luas
Aku malu dengan dzikirnya laut
Aku malu dengan ketaatan fajar
kerana tasbihku, dzikirku dan ketaatku
pada Allah hanya setitik embun yang penuh dosa.


ingin cari hati baru, mahu ganti dengan yang lama
pesan murobbi raudhah sahabat
"selepas solat, duduklah di sejadah dan fikir, apa yang sudah kita buat? hati siapa yang telah sakiti hari ini? Apa yang kita buat yang salah dan mungkin tidak ikhlas atau timbul riak, ujub. Bila diingat istighfar banyak banyak. Biarlah air mata mengalir dengan kesalahan kita. Lakukan setiap hari insyaAllah kita akan rasa ringan. Allah sentiasa bersama kita. Allah melihat setiap tangisan kita. Orang yang mudah menangis kerana kesalahan yang diperbuat adalah lebih baik."

Ku celupkan jariku ke lautan-Mu. Ku angkat jariku, titisan air yang jatuh itulah mungkin kebaikanku dan seluruh bakinya itulah dosa.

Wednesday, January 25, 2012

Syurga atau Neraka

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah Most Graciou Most Merciful..


Alhamdulillah binikmati islam
Alhamdulillah binikmati iman
hamdan wa syukran lillah...


Syukur sampai sekarang masih bisa menulis. 
Tetapi tidak pasti sama ada ini bakal menjadi pena terakhir ishlahul qulub atau masih bisa diteruskan esok hari.
Ya,tidak pasti. sangat tidak pasti!


semalam, jepun telah mengeluarkan amaran "gempa bumi dan tsunami 25 meter". Allah...agaknya bukan syafa seorang saja yang terkejut bukan? Tetapi kenapa baru sekarang nak terkejut dengan peringatan Allah? Bukan sebelum nie Allah dah bagi banyak sangat peringatan sekeliling kita, tak perasan agaknya sebab tak merasanya sendiri. Sekadar melihat di berita dan mendengar dari radio saja.


Semalam...(2011/01/24)
Lelah berperang di medan peperiksaan dengan tiga kertas final. Sanggup bersekang mata, sanggup korbankan tidur untuk 'exam'. (tapi susah sungguh kalau disuruh bangun qiamulail). Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik,mungkin. Sugguh exam itu bukan tanda Allah nak menyusahkan kita tapi Allah itu sedang memudahkan kita sebenarnya. Allah mudahkan pada jiwa kita walaupun hakikatnya soalan-soalan itu susah.


habis saja kelas, syafa terus balik rumah. Usai solat+lain-lain, syafa buka laptop, tengok facebook.
apa yang syafa nampak di facebook kali nie berbeza dengan hari-hari lain.
"gempa bumi dan tsunami 25 meter"/ Tokai earthquake. 
Tanpa sebarang kata, syafa berlalu dari depan laptop menuju ke dapur. Bukan tiada rasa, bahkan jauh di sudut hati ada suatu kata yang susah nak dibicara. Berdiri lama didapur, menghadam apa yang dibaca tadi.


"kalau aku mati besok, aku akan ke syurga atau neraka? Allah......"


Itulah tanda soal pertama yang tiba-tiba keluar dari fikiran, yang terdetik di hati sebelum datangnya tanda soal yang lain-lain. Buat hati syafa luruh berkeping-keping, baru dapat menelan sepenuhnya sepotong ayat tadi. Tiada manusia yang bisa berikan janji yang aku akan masuk syurga. Tetapi Allah banyak menjanjikannya bagi orang-orang yang bertakwa, orang yang beriman, orang-orang yang menolong agama Allah tapi adakah aku tergolong dalam golongan yang disebut...........................................?


Allah...Allah...Allah...


disebabkan besoknya=hari ini(2012/01/25) syafa masih punya dua kertas peperiksaan untuk dibereskan, syafa terus saja seperti biasa sambung belajar. Dipendekkan cerita, tengah-tengah belajar (jam11.15 waktu jepun), hati rasa seperti mahu dengar suara mama. Bukan niat mahu buat mama abah risau, cuma mahu mengutip semangat dari kata-kata mereka. Sungguh, kata-kata seorang ibu itu walaupun hanya secubit tapi kuasanya sebesar periuk berkuah. 


Assalamualaikum mama...maa...jepun dah keluarkan amaran gempa bumi dan tsunami 25 meter dekat area tempat adik ma...besok!..jadinya sekarang kena berjaga-jaga. sebab 90% possibility ia akan berlaku.


haaa..yeker?tuela mama suruh balik cuti musim bunga, awk xnak balik. balikla..mama belikan tiket nak?


mama...ramalan tue untuk esok ma, bukan minggu depan, bukan bulan depan..(mama tak dengar agaknya tadi).


oh...kalau besok, xpela...doa pada Allah banyak-banyak, ajak pika dan faten solat hajat sama-sama, baca yasin, minta Allah alihkan gempa tue.


*alihkan ke mana?^^


un..okey,insyaAllah. tapi kan maaa.bila dengar pasal berita nie tadi, benda pertama adik fikir, kalau adik mati besok,  adik akan ke syurga atau neraka?hmmmmm...


Haaa...tuela..tahupun diri tue boleh masuk neraka tapi awak liat nak buat 'baik' kan. (pedas betul ayat gurau mama)


mama nie.......itu plak...bukan xnak buat 'baik', dah cuba, sedang mencuba dan sentiasa mencuba.


itula..mama selalu pesan kan, "baca yasin, solat hajat, banyakkan baca quran, jaga solat. Buat hubungan 'baik' dengan Allah. Kalau kita banyak buat 'baik', insyaAllah esok kiamat pun, tak jadi kerisauan buat kita."


un..yer mama..adik akan cuba lagi...;')


tapi kan maaa...adik terfikir, kalau tsunami dekat sendai yang 10 meter dah seteruk tue, kalau 25 meter agak-agak macam la ek maaa? Dah nak kiamat ker esok nie?


ishhh...itu kerja Tuhan. Kiamat tue kerja Tuhan jangan nak dipertikai. Dia memang dah bagi banyak peringatan, cuma kita nie jer. sedar ker tidak? 


*sedar atau tidak??


Dah cukup tertampar dengan kata-kata mama. Rupanya selama nie tak cukup 'alert' dengan peringatan Allah, tak cukup tertumbuk dengan budi bicara Allah. patutlah liat sangat nak buat 'baik'. Astagfirullah al azhim..


hari nie baca lagi post kawan-kawan nie facebook.


'amaran berkuat kuasa selama 80 jam dari semalam.'


hari nie telefon abang selepas baca 'post' sahabat sahabat di facebook.mana tahu abang akan bagi tamparan lebih dr mama boleh bagi.


Abang-abang, adik kan kat sini kan, ada amaran gempa bumi tahu..tsunami sekali (25meter) tue!


yeker???haaa...pakaila 'life vest' siap-siap sebelum tidur.


*mencari tamparan tapi abang bagi ubat penenang, antibiotic hilangkan kerisauan pulak.


yerla-yerla, nanti adik pakai. 


eh,kenapa gelak nie.abang cakap betul-betul la. apa 'life vest' adik?


*okey..diam tak boleh jawab!


"..atau sudah merasa amankah kamu, bahwa Dia yang dilangit tidak akan mengirimkan badai yang berbatu kepadaMu? Namun kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku."




Sunday, January 22, 2012

The Climb

Bismillah...


syafa tujukan lagu nie untuk semua
yang sedang berjuang untuk peperiksaan
yang sedang berjalan dengan dakwah dan tarbiyah
yang sedang bersedih, bingung dan risau masa depan


The Climb:
http://www.youtube.com/watch?v=4B4RcUQTTjg


Semoga Allah tuangkan jiwa kita yang sedang bergolak ini dengan kedamaian dan ganjaran dengan kemenangan yang nyata.
Semoga Allah tunjukkan pandangan kebingungan kita ini kepada cahaya-Nya, dan membimbing kita ke arah jalan-Nya merapati hidayah.


"When you have Allah, you have everything. When you have everything, you should not worry about anything."
-ayah wana-
がんばれ皆. 一度もあきらめないで、 Allah に信じなさい.

Friday, January 20, 2012

Nota ringkas hati

Bismillah...


Hidup ini hanyalah persinggahan
Tak selamanya mata memandang dengan ramah
Hati tak selalu menilai dengan bersih 
Lisan juga tidak selalu berbicara dengan santun.

maka Ya Allah 
jadikanlah titian usia ini dalam keredhaan-Mu
hari esok dalam rancangan-Mu
setiap nafas dalam barakah-Mu.

Tiap kesedihan dihilangkan 
Tiap kekurangan dicukupkan
tiada harapan dan doa yang dikabulkan sesuai dengan kebaikan-Mu.

buku menunggu giliran untuk dibelek. 
Allah,semoga dipermudahkan hafalan dan ingatan.

Sunday, January 15, 2012

Asiff jiddan ya sahabiah

Bismillahirahmanirahim..
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful.



Malam semakin gelap tanpa bintang
Masih lama untuk menunggu waktu fajar
Dan sedang hati semakin berat dengan sesuatu
Tidak tenang seperti ada yang dikenang,dihitung-hitung.


'mood exam' sudah menunjukkan tanda.


yang pelik rasa ini bukan gelisah takut gagal, bukan resah takut tidak sempat baca semua.
bukan..bukan..bukan..


cuma berfikir tentang dosa, dihitung sisa masa hidup yang tinggal, dikira berapa banyak khilaf yang sudah ada dan yang bakal bertambah, semuanya berterbangan di awangan fikir. Allah..sedang ulangkaji pun masih berfikir benda sebegini rupa? aneh,pelik,ajaib.


dosa...
adakalanya dosa sangat membebankan.
berat nak dipikul ke sana sini, nak dibawa pergi dan kemari.
adakalanya dosa boleh mendatangkan manfaat.
bila dosa ini akhirnya membawa keinsafan taubat pada si pendosa.


#benar-benar berharap akan wujud rasa manis sekali lagi seperti kali pertama pernah merasainya dulu, saat sujud taubat nasuha mencium bumi, jiwa dipeluk Tuhan, hati dipegang erat, ruh seolah-olah dekat pada Dia.


sisa masa hidup yang tinggal..
adakalanya leka, lalai lupa langsung untuk istighfar
gelak bagai dunia kita yang punya, tak ingat mati, tak ingat akhirat.
adakalanya setiap masa ingin Dia,
pergi usrah tak mahu balik, solat tak mahu berhenti, sujud tak mahu bangun.


nak sangat jadi sekuat Nabi Ayyub.
walaupun di timpa sakit kudis yang teruk, tapi tidak pernah lupa Tuhan.
nak sangat jadi setabah Nabi Ayyub.

walaupun tubuh diseliputi dengan ulat yang jijik, tapi masih terus menyebut nama Tuhan.
sehingga pada saat ulat menghampiri mulutnya, Nabi Ayyub berdoa:


"Ya Allah, jangan biarkan ulat ini menghancurkan lidahku, aku ingin menyebut nama-Mu, aku ingin bersolat dan berzikir dan terus menyebut nama-Mu dengan sempurna."


makin derita,makin kuat.
makin diuji, makin bertambah keimanan.


khilaf yang ada dan yang bakal bertambah...
adakalanya salah orang cepat sungguh nampak
adakalanya kekurangan orang cepat sekali perasan
tidak sedar rupanya ada hikmah disebalik penciptaan Tuhan.


rupanya, Allah letakkan kekurangan pada orang lain sebagai ladang pahala buat kita.
supaya kita dapat memaafkan dia, mendoakan kebaikan buat dia, memperbaiki dan memuhasabah diri dan menolong menutup aib dia.
rupanya, kita dihargai dan diperlihat baik selama ini adalah kerana Allah menutup aib kita, menutup kesalahan dan keburukan kita.


Astagfirullah 'al-azhim.


Sempena imtihan yang akan datang, syafa minta maaf dari semua sahabat, akhawat dan ikhwah. Pasti ada sekali dimana-mana sedar atau tidak, syafa menyakiti kalian sedikit sebanyak. Syafa bukan sesiapa tapi syafa harap nama syafa terselit dalam doa kalian. Halalkan semua kata-kata semangat, ilmu yang dipinjam, dan lain-lain.


Sesungguhnya dalam hati ada satu koyakan yang tidak boleh dijahit melainkan bertemu Allah.
Di hati juga ada satu kesunyian yang tidak dapat diubati melainkan bersendirian bersama Allah.
Di hati ada satu kesedihan yang tidak mampu dihapuskan kecuali dengan mengenali Allah.
Di hati ada kegelisahan yang tidak dapat pergi melainkan kita berjalan pergi  kepada Allah.
Di hati juga ada gelodak marah yang hanya dapat dipadamkan dengan redha kepada Allah.
-Ibnu Qayyim-

Sunday, January 8, 2012

rendah hati;)

Bismillah...


Kadang-kadang sepatah kata yang 'tak kena' membuat kita
sakit hati bertahun-tahun
kegembiraan dan keceriaan yang dihimpun terhapus habis oleh sepatah kata.


kalau orang bertanya kenapa?


kita akan menjawab ''kata-kata itu sungguh menyakitkan"
atau mungkin juga "cara dia bercakap itu menyakitkan"
Benarkah kata-kata itu begitu menyakitkan?
Atau mungkin kita yang terlalu lemah?


Bukan...
kita tidak lemah
dan kata yang 'tidak kena' itu pun bukan apa-apa.


cuma HATI kita yang terlalu tinggi.


tinggi hati membuatkan harga diri, ego, keinginan dihormati, 
semua ikut sama menjadi tinggi.


tinggi hati membuat kita rasa diri 
terhormat, mulia, sempurna dan tak layak disakiti.


sikap ini sebenarnya membuat kita 
sombong, tersinggung, mudah sakit hati dan berprasangka buruk.


tinggi hati
buatkan kita lemah
jiwa kita mudah rapuh.


Jika mahu jadi kuat,
belajarlah banyakkan istigfar
belajarlah rendahkan hati untuk syukur.


Kerendahan hati sangat hebat
bisa buatkan kita tenang, 
hening namun tegar sehingga apa-apa kata yang 'tidak kena' jadi tak beerti.


''Julangkan syukur tinggi melangit agar ego terbenam ke bumi."
#kak gja.





Thursday, January 5, 2012

Bismillah...


Semalam dia masih bisa berbisik indah
tapi hari ini dia cuba-cuba berlagu syahdu
mengusik sekeping hati yang belum tentu kukuhnya seperti kertas atau batu.


menitis kembali air dari kelopak ini.
lemah!barangkali.


jangan bermimpi yang tinggi-tinggi kalau tidak seiringkan amal dengan mimpi-mimpi tadi.


kadang kala lebih baik membiarkan kesedihan bertandang
andai itu yang dapat membawa pulang hati kita pada-Nya
daripada kegembiraan yang melarikan kita jauh dari-Nya
mungkin kesedihan itulah yang menjadi magnet yang mendekatkan kita pada Allah
dan mungkin kesedihan itulah yang menjadi parut mengingatkan kita bahawa Allah sentiasa ada.


note:menulis lagi...-.-'' kalau byk menulis dalam satu hari,seperti ada yang tak kena dimana-mana nie syafa mohamed..hmmmmm....




memang sukar!

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


Bila mana syurga menjadi thumuhat, harapnya kita akan lupa pada kesusahan dan kepayahan jalan ini.


hakikat jalan yang menuju syurga ini hanya satu
syaqqah wa towilah
 jalan ini sukar dan panjang
disebabkan itu, dalam sepuluh hanya satu yang tinggal
kerana itu, dalam seratus hanya sepuluh yang menyertai
faktor itu, dalam seribu hanya seratus yang tsabat.

ramai yang separuh jalan
ada juga yang tak mampu bertahan
ada yang berundur tengah-tengah
ada pula yang langsung tak ikut serta.

sungguh jalan ini memang sukar, bukan pada fizikal tapi sukar itu pada jiwa.
tapi percayalah jika benar untuk Allah, pasti Dia mudahkan,insyaAllah.


Tuesday, January 3, 2012

As-Saaihun : Pengembara

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


Kampung tarbiyyah!
Itulah satu kampung yang penuh dengan biah solehah
Itulah satu kampung yang membentuk qudwah hasanah
Itulah satu kampung yang meyatukan jiwa berukhuwahfillah.




Disinilah kami bertemu dan berpisah
diangkut bersama akal, jasad dan ruh
melabuhkan tirai hujung tahun 2011.


Belum sampai seminggu hari berlalu
sehari sudah cukup untuk bercambah rindu
setiap saat dan detik seperti di'slide' satu persatu
mengingatkan aku pada telatah comel kamu,kamu dan kamu.


Allah...namun terfikir aku
layakkah aku dirindui oleh akhwat sekelilingku
sehingga sampai serangkap kata ke pandanganku.


"Jika tak ada harta yang bisa kau beri, berilah ilmumu, jika belum banyak ilmu yang boleh kau berikan, berilah tenagamu, jika tak cukup banyak tenaga yang boleh diberi, berilah kata-kata indahmu untuk menghibur dan menyemangatkan, jika kata-kata pun kau tak mampu, berilah senyum dan doa tulusmu. Dan berikan semua itu dengan cinta dan keikhlasanmu, kerana hanya dengan cara itulah kau layak dirindui.."

Ukhti..
masih ingat malam itu
malam aku memanggil kamu semua ukhti
malam aku melontar suatu rasa untuk dikongsi
malam yang orang kata aku berjaya buat kamu menangis
malam itu sebenarnya aku masih gagal ukhti...

tapi sungguh tarbiyyah Allah 
datang melompat-lompat ke arah ku
datang membawa banyak pengajaran buatku

mereka memberitahuku 
andai seluruh bicara ak yang gugur hanya mampu ditangisi kamu
tapi semuanya lari berkeliaran tidak meninggalkan semangat buat kamu
andai bait yang luruh, semuannya tidak bertapak lama dalam hati aku dan kamu lagi ukhti
maka sia-sialah malam jika kita masih dititik sama tidak 'reflect', 'refresh' dan 'renew'.

Allah itu menguji keikhlasan hati kita saat bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masalah, Allah melatih kita dengan kesabaran, Allah pasti tidak mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. 

Semoga tangisan malam itu membuahkan kerinduan kamu pada Ilahi
Semoga air mata malam itu melahirkan kecintaan kamu pada Tuhan
Semoga suka duka malam itu membawa jiwa-jiwa kamu bertemu Allah.

Doaku sentiasa bersama kalian sehingga ke pertemuan seterusnya...insyaAllah wa biiznillah.











Innamal mukminun ikhwatun..
"Sebenarnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
(Al-Hujurat:10)

Allah yang mentautkan hati-hati kita, Allah jualah yang memegang hati-hati kita.

Ya Allah, Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihaniMu, bertemu untutk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMU, hati-hati ini telah mengikatjanji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya...kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar...amin.