Sunday, November 20, 2011

bukan kerehatan dunia yang diimpi tetapi akan syurga yang abadi

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah...dalam kesibukan itu punya nikmat.
Alhamdulillah...tangan mula menghayun, ditebarkan agar semua merasai akan manisnya sebuah tarbiyah.
Alhamdulillah...kerana dari situ kaki sekarang sudah mula agresif berjalan di atas dakwah dan bimbingan.

Allahu akhbar...

Allah itu perancanganNya sangat rapi dan tersusun. 
Bila waktu sebagai anak, sibuk bercerita, mengadu-ngadu pada ibu bapa,lantas nasihat diterima.
Bila waktu sebagai pelajar, diri disibukkan dengan nota-nota, kerja-kerja, 'report-report' yang datang bertimbun.
Bila waktu sebagai mutarabbi, berhentilah seketika sibukkan diri untuk memberi makanan wajib buat ruhi. 
Bila waktu sebagai murobbi, tidak berhenti untuk meluangkan sedikit masa buat adik-adik dalam bulatan cinta.
Bila waktu sebagai dai'e, kesibukan bekerja bersungguh-sungguh supaya diri tidak menjadi punca kelewatan kebangkitan khilafah islami.
Bila waktu terus bernyawa dalam jiwa hamba, setiap nafas diinfakkan atas jalanNya.

Namun,masih apalah sangat jika dibandingkan dengan kesibukan mereka terdahulu.


Jika dahulu, Rasulullah disibukkan dengan ibadah,halaqah ilmu, jihad,dakwah,perang, infak dan membangunkan setiap asset yang menjadi harta dakwah melebihi usaha manusia hari ini.

Rasulullah sibuk dengan tugasnya sebagai ketua ummat islam,ketua negara, ketua perang,ketua keluarga, berdakwah dan beribadah kepada Allah sehingga berdarah lututnya.

Mus'ab pula sibuk dengan urusan dakwah di Madinah.
Abu Bakar sibuk menjadi sahabat setia menyebarkan dan mengislamkan mereka.
Abu Hurairah, penggemar kucing sibuk mengumpul hadith Rasulullah dan menjadikan otaknya sebagai gudang pengetahuan.

Khalid al Walid sibuk menjadi panglima perang berwibawa sehingga jihad untuk mencapai syurga.
Siti Khadijah sibuk menguruskan perihal Rasulullah dan menjadi pendokong setia Muhammad SAW.


Allah...lihatlah kesibukan melampau-lampau mereka menjadikan dunia batu loncatan ke syurga.

Semoga kesibukan kita hari semalam,hari ini dan hari esok sebagai aset penyumbang buat agama bukan perobong tiang agama. Mohon doa Allah redha atas setiap gerak geri kita.



Pesan buat diri,jangan pernah berehat,kerana tiada istilah rehat buat seorang insan bergelar hamba/dai'e melainkan sudah sampai ke sana nanti. Bermimpilah untuk mendapatkan syurga abadi bukan kerehatan atas dunia fana ini.
"Sesungguhnya rehat bagi seorang mukmin itu setelah kakinya menginjak ke syurga."




Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Teruslah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.


note: semakin sibuk. Tapi Alhamdulillah,dengan kesibukan ini juga Allah bantu untuk melupakan sesuatu yang telah dilepaskan pergi. Biar rahsia terjadi antara hamba dan Pencipta diri, tapi mohon doa senantiasa dari semua teman disisi atau jauh terpisah berkilo-kilo,berkaki-kaki agar dapat terus mujahadah dan tsabat di jalan ini,biiznillah;')

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah....;)

Anonymous said...

syafa sayang,

Akak student UM juga. skrg dah final year, insyaAllah. hmm...akak ex-apids, 2 tahun yg lalu. Syafa dah fly ke jepun ke skrg??

-kak nusrah-

Syafa Mohamed said...

kak nusrah sayang juga,

syafa menunggu kembali respon dr akak;)
Alhamdulillah..sudah diberpijak di bumi sakura...