In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful
Alhamdulillah nahmuduh wanastanginu wastaghfiru, wanauzubillahi minshariru anfusina wamin sayyiatina a'malina, Asyhadu allailahailallah, wa asyhadu annamuhamad abduhuwarasuluh.
Segala puji-pujian buat Allah swt,Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas junjungan besar Muhammad saw seisi keluarga, sekalian para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah di atas jalan suci ini dengan penuh ketenangan.
Seketika terkaku. Berfikir mampukah untuk sampai ke penghujung jalan, terus tsabat mengumpulkan barisan pemuda berjiwa besar. Dengan pelbagai halangan yang sudah menonjolkan diri ditambah kelemahan yang ada sepertinya masih liat untuk diperbaiki. Doa tak putus dipohon supaya dibekalkan himmah aliyah dari Rabbul Izzati untuk terus disungguhi jalan ini. semoga tidak futur di tengah, tidak patah lagi mujahadah di simpang. selagi dititis rasa ikhlas yang berpanjangan.
wahai teman, tahukah kita ikhlas itu kedudukannya paling tinggi selepas iman. Ikhlas itu ada pada amalan hati kita yang tiada sesiapa pun mengetahuinya, melainkan ia menjadi rahsia antara seorang hamba dan Tuhannya. Kadang-kadang kita samar, keliru. Kembali meneliti dalam setiap amal, ikhlas kah kita? Orang yang ikhlas itu tidak akan pernah mengimpikan balasan duniawi tapi cukup dengan mengharap redha dari Ilahi buat diri.
Allah..muhasabah diri. Begitukah kita dalam setiap gerak geri dan apabila memberi..?
wahai teman, perjalanan mencari ikhlas ini cukup panjang. Bukan sehari, mungkin bukan juga sebulan mahupun setahun. jangan tunggu esok, kita perlu mula dari sekarang. masih belum terlambat untuk kita betulkan nawaitu dalam setiap amal bahawa sebenar-benarnya apa yang kita lakukan tidak lain, hanya kerana Allah(Allahu gyayaatuna-Allah tujuan kami). Ubah hala hati, biar lurus semua menghadap empunya diri.
seketika merenung. wahai teman, 'recheck' kembali setiap perbuatan kita adakah semuanya berbalik kepada Dia? dari sekecil-kecil amal kepada yang sebesar-besar ibadat. kerana apa kita belajar, kerana apa makan, kerana apa 'facebooking', kerana apa 'blogging', kerana apa kesana kesini berkumpul dalam 'smart circle', bulatan usrah, himpunan daurah, kerana apa...ya,fitrah manusia sentiasa mengharap untuk dipuji tetapi semoga kita semua dalam golongan yang mengharap untuk menjejak syurga firdausi.
''Barangsiapa yang meninggalkan dunia ini dengan membawa keikhlasan kerana Allah sahaja, ia tidak menyekutukan Allah, melaksanakan solat, menunaikan zakat, maka ia telah meninggalkan dunia ini dengan membawa redha Allah."
-HR Bukhari dan Muslim-
wahai teman, genggam tangan, kita melangkah dari sini bersama. Semoga akan wujud rasa ikhlas kita melebihi golongan-golongan abrar dan menggapai tingginya ikhlas seperti golongan-golongan muqarrabin. Sehingga akan sampai pada suatu keadaan yang mana kita lebih suka menyembunyikan kebaikan.
''Di antara tanda keikhlasan adalah jika engkau suka sembunyikan kebaikanmu dan tidak suka menyembunyikan kesalahanmu.''
-Syed Quthub-
amal yang ikhlas pasti membuahkan cinta buat Tuhan
note; perkongsian ringkas. Apa yang baik diambil,yang buruh dibuang, yang salah mohon perbetulkan. sebab syafa budak yang masih belajar,hehe;)
No comments:
Post a Comment