Tuesday, November 29, 2011

luruskan hati pada Ilahi

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


Alhamdulillah
Allah kurnia sekerat waktu untuk menulis lagi.


Sahabat...
Sungguh,sebanyak manapun masa terisi untuk dakwah, akal ini tak berhenti berfikir tentang ukhuwah. kerana punca kekuatan pada dakwah itu juga ada pada ukhuwah,yang mana hati hati itu bersatu kerana cinta yang dipasak untukNya. Antara aku dan kamu. Mungkin aku tidak berada pada tiap sudut sisi kalian tetapi ketahuilah aku datangkan doa melalui Ilahi agar sampai kepada kalian menembusi awan-awan di langit. Aku menyusuri gerak kalian dalam diam. (tak takut digelar stalker/silent reader)


Sahabat...
Atas nama dakwah, aku akur. Belajar untuk merelakan yang pergi, melepaskan yang perlu, meninggalkan yang meminta. Atas nama dakwah, aku jatuh dan aku naik. Belajar memuhasabah kesilapan diri. Kerana hati itu imannya senipis kulit bawang, datangnya tentera syaitan merempuh, mudah sekali goyah dan mula roboh. Tetapi meninggalkan jalan ini jauh sekali niat itu untuk tersuntik dalam hati. Jiwa mana bisa runtuh, andai selalu dibius kata-kata penguat sebegini.


"Kamu adalah satu roh baru yang mengalir dalam nadi umat ini, lantas kamu menghidupkannya dengan al-Quran."
"Kamu adalah satu cahaya baru yang memancar yang akan menghancurkan kegelapan fahaman kebendaan dengan mengenal Allah."
"Kamu adalah suara-suara lantang yang melaungkan kembali dakwah Rasulullah."
-Iman Hasan al-Banna-


Ya Allah,
Luruskan hati kami, agar agama kami turut lurus.
Betulkan hati kami, agar ikhlas turut bersama kami.
Tetapkanlah hati kami, agar tidak digugat oleh ujian dan iblis yang menerpa.


Ya Allah,
Tuhan yang mencipta dan memiliki hati,
Bersihkanlah hati kami dari segala kemasmumahan
agar ia tidak merosakkan agama kami dan tidak melukakan kehidupan insan lain.


Ya Allah,
Tuhan yang membolak-balikkan hati,
kuatkan hati kami agar bisa sentiasa bersamaMu
agar keyakinan kami tidak roboh, iman tidak menipis.


Ya Allah,
Tuhan yang Penyayang dan juga Pengasihani,

resapkanlah hati kami untuk dekat kepadaMu
supaya kami rasa, ada teman melindungi kami
agar kami tidak pernah rasai sepi dalam hidup kami.


Ya Allah,
limpahkanlah kedalam hati kami ilmu dan juga hikmah
hingga kami dapat menyuluh hati dan kehidupan kami 
supaya batin bersyariat, ruhi tunduk taat.


Aku malu dengan dosa silam yang mengaburi jalan-jalan lepas, melanggar semua papan perintah.
Aku datang sebagai tanda untuk bersiap siaga menunaikan amanat lepas dan suruhan yang Kau perintah.

(monolog dalaman)


Taqabbalallah minna waminkum, zanbun maghfur wa amalun maqbul.
Semoga Allah menerima (amalan) dari kita semua, dosa diampunkan dan amalan diterima.
salam awal muharam 1433H;)

3 comments:

humaira said...

assalamualaikum wbt. wahai sahabat...

"Aku malu dengan dosa silam yang mengaburi jalan-jalan lepas, melanggar semua papan perintah.
Aku datang sebagai tanda untuk bersiap siaga menunaikan amanat lepas dan suruhan yang Kau perintah."


syafa, salam awal muharam. mari berhijrah ke arah kebaikan, mencari redhaNya...^^


p/s: Subhanallah..love the picture.nice shoot.

Syafa Mohamed said...

waalaikumusalam ukhti fillah

Maha suci Allah Tuhan sekalian alam yang menjadikan semuanya berhikmah...

terdiam melihat komen ukhti,hanya mampu tersenyum..bukan tidak gembira,khuatir pisang berbuah 2 kali...tak ingin meyakiti dan juga disakiti...

jika benar hijrah ini atas namaNya,moga masa bakal membantu memulihkan yang selebihnya.

salam maal hijrah buat ukhti r;)
andai ada sejarah silam yang menghitamkan,mohon doa dari ukhti juga supaya bisa sama2 memutihkan yang akan datang...........

humaira said...

:)