Saturday, November 12, 2011

fanzuru,maka lihatlah

Bismillahirahmanirahim..
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..

fanzuru
maka lihatlah


kisah aku bertanya tentang erti cinta pada alam..lalu satu persatu dari mereka menjawab kepadaku.

wahai bumi,apakah itu erti cinta?

bumi menjawab:
"cinta adalah hamparan tempat tumbuh segala bahagia dan harapan. Ia memang dipijak dan dihinakan tetapi dia tidak peduli. kerana cinta hanya ingin memberi dan itu saja inginnya."

wahai air di tasik,apakah itu erti cinta?

air menjawab:
"Cinta adalah hujan yang menumbuhkan benih-benih kesukaan, kerelaan akan keterikatan, kerinduan dan kesenduan, atau samudera kasih luas sebagai naungan segala perasaan."

wahai api,pakah itu cinta?

api menjawab:
"Cinta adalah panas yang membakar segala, dia juga dapat memusnahkan hidup dan menyala. Demi menyalakannya, makhluk rela terbakar dalam amarah dan kederhakaan."

Allah....Allah huakhbar...

wahai angin, apakah itu cinta?

angin menjawab:
"Cinta adalah hembusan yang menebar sayang. Orang kata cinta itu buta kerana sering dia dihalakan entah kemana-mana. Dia juga tak terlihat, tanpanya segala jiwa hampa."

wahai langit, apakah itu cinta?

langit menjawab:
"Cinta adalah luasan tanpa batasan. Luasnya tiada makhluk yang tahu. Kecuali bahawa cinta itu bahagia yang biru atau derita kelam yang kelabu."

wahai matahari, apakah itu cinta?

matahari menjawab:
"Cinta adalah hidup yang memberi energi kehidupan dan cahaya harapan. Ia takkan lelah memberi harapan sampai ia padam dan mati."

wahai pohon, apakah itu cinta?

pohon menjawab:
"Cinta adalah akar yang menyumbang segalanya. Ia tulus hingga tak juga perlu terlihat dan dikenal. Tetapi ia terus memberi agar batang bahagia kukuh abadi, berbuah dan berbunga indah."

wahai gunung, apakah itu cinta?

gunung menjawab:
"Cinta adalah rasa yang menjulang tinggi. Rasa itu tenang dan menyejukkan. Namun saat gundah dia akan meleburkan sekelilingnya dengan aliran lava cemburu membara."

Lantas aku bertanya pada cinta itu sendiri..
wahai cinta, apakah erti sebenar dirimu?

cinta menjawab:
"Cinta adalah engkau patuh pada Dia meskipun kau tidak pernah melihatNya, engkau tidak pernah menyentuhNya atau merabaNya tetapi engkau patuh kerana merasakan kehadiran Nya. Kerana cinta bukan indera tetapi rasa.

Cinta adalah engkau takut amarahNya dan takut jia Dia meninggalkan kamu. Lalu engkau mencari-cari alasan untuk selalu dekat denganNya bahkan jika engkau harus derita atau lebih mengerikan dari itu.

Cinta adalah engkau menyimpan segala harapan padaNya dan tidak pada yang lain. Engkau tidak mendua dalam harapan, dan demikian selama-lamanya. Cinta adalah engkau setia bernafas dalam jiwa hambaNya, hidup untuk Dia semata dan dan mati untuk kesukaanNya buat dirimu. 

Cinta adalah engkau merasa kasih sayang yang tunggal  yang tidak engkau berikan pada yang lain. Engkau rindu akan hadir dan bertemuNya. Engkau suka apa yang Dia suka dan membenci apa yang Dia benci. Engkau merasakan semua ada padaNya dan atas nama-nama indahNya."

aku bertanya pada cinta lagi..
mampukah aku untuk itu?bisakan aku melaksanakannya?

cinta menjawab:
"Selama engkau mengetahu hakikat penciptaanmu dan dan bersyukur dengan nikmat yang diberi, maka itu semua akan engkau rasakan,percayalah..."

Allah...Allah...indahnya cinta buat Engkau.


p/s: Alhamdulillah selamat pulang dari "kouyou"(autumn mountainside) sempena musim luruh. Cukup indah alam ini, dan cukup untuk buat diri ini memuhasabah diri seharian dengan mentadaabur alam. buat kakak-kakak yang pergi tadi, jazakillah kheir. syafa seronok bersama semua;) tunggu syafa download gambar daun-daun yang sangat cantik tue nanti yer. 

p/sss: masih bersemangat untuk hari-hari akan datang setelah lumpuh teruk ketika di malaysia sebulan lepas. saki baki hari yang tinggal, berikan diri ini masa dan ruang untuk terus memperbaiki dan memperelokkan diri. terima kasih buat teman-teman-kamus,fin,hajar,aisyah,amal,kak jat,kak mas,kak najwa,kak ayu,kak nad,kak atie,kak dyana,semua akak-akak kuat dalam tarbiyah...sahabat yang banyak bantu syafa,ruzanna..mungkin dia tak membaca dan jauh dari syafa,tapi kerana dia,syafa lebih kuat disini dan jadi lebih elok dari hari lepas. Dia sentiasa...sentiasa ada bila syafa leka,lalai,tergelumpur. syafiqah,awak menarik;) dan ukhti china dan korea yang lain juga. kak nadzipah, tazkirah cuti syafa takkan lupa. Adik-adik di m'sia,kamu pemberi semangat buat akak. juga ukhti mesir yang lain,kak izzati(even baru nak kenal),hihi...dan bloggers yang lain...rasalah yang syafa tengah menunding ke arah kamu...kerana kamu sangat istimewa untuk syafa..(xdapat mention semua nama,aseef jiddan)^^ tapi cinta syafa buat kalian tak luntur kerana ada Allah:')


4 comments:

Faaein Talip Roy said...

SubhanAllah cantiknya gambar tu syafa..


jealous. teringin nak pergi Jepun.. Nak tengok keindahan-Nya di sana..

Semoga ukhuwah kamu itu sentiasa berkekalan di bawah lindungan-Nya.. ^^,

i_hidayah said...

syafa ^^ jzkk dear~~
kita sama2 tlong each other utk jd yg lebih baik iA keranaNya

Nadzipah said...

syafa sayang, semoga dirimu terus kuat dan berdiri utuh di jalan ini, dik.

sama-samalah kita berpimpinan tangan mencari redha-NYA. menuju syurga-NYA. insya-ALLAH.

uhibbuki fillah abadan abada.

lots of love :)

.:naqib saad:. said...

wahh..
post ni..
rasa seronok bace..
terkesan di jiwa ;)