Wednesday, March 30, 2011

take another look...

 bismillahirahmanirahim...

Minggu lepas, kami budak-budak kelantan Ambang Asuhan Jepun,AAJ yang tertunda flightnya, ada buat majlis bbq dan makan-makan sikit + buat birthday surprised utk farez and adzheem dekat perdana resort, pcb..nie pun sebab mak abdullah dah simpan ayam n daging utk kami semua sejak hari majlis kesyukuran rumah dia hari tue...mekasih makcik :)
milkbottleemoticon

mama syafa, mak rosyada dan parents ain pun sempat la datang jenguk2 sikit...sebenarnya mak ayah nie dtg hantar dan jemput..maklum la,kami nie....puteri kayangan kan...nak fly, darah manis...bahaya jalan sendiri.. hehe(mama cakap)







ok........................sekian utk cerita bbqnasubichanemoticon

hari tue jugak, pada petang yang sama sempat la kami (perempuan shj) pergi bersiar-siar di tepi pantai...banyak yang kami buat..

kami jalan-jalan
kami pusing-pusing
kami main pasir
kami amik gambar
kami lukis-lukis atas tanah
kami tengok langit dan ombak
kami sempat muhasabah sesaat
kami berbicara tentang kebesaran Allah
dan
kami lari-lari bila air ombak kejar 

'...Mereka memiliki hati tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka memiliki mata tetapi tidak mempergunakannya untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah, dan mereka mempunya telinga tetapi tidak mempergunakannya untuk memdengarkan ayat-ayat Allah...'
(al-A'raf:179)







ok............................gambar tadi untuk exercise mata
-please do remember to use our eyes wisely-

memandangkan cuaca sekarang di kelantan tak elok, hari-hari hujan turun...dan masa gambar-gambar ini diambil, hujan masih tegar turun tapi renyai-renyai jer..
jadi seluar n tudung pun basahlah jugak skit...

next, nak sharing lagi sikit ape yang terfikir bila hati dah jauh melayang ke laut...


teringat petikan kata-kata syed khutub
bumi ibarat binatang jinak yang mudah ditunggangi oleh manusia
tetapi Allah yang yang memegang tali pacu binatang itu
dan saat binatang itu menjadi liar dan memuntahkan segala isinya
manusia lari ibarat tikus-tikus kecil...


'Sudah merasa amankah kamu, bahwa Dia yang dilangit tidak akan membuat kamu ditelan bumi ketika tiba-tiba ia terguncang? atau sudah merasa amankah kamu bahwa Dia yang dilangit tidak akan mengirimkan badai yang berbatu kepadamu?...'
(al-Mulk:16-17)

insyaAllah...semoga dapat dijadikan renungan bersama....



Monday, March 28, 2011

eventhough they'r just pictures......

'Bukanlah kewajipanmu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki'
(al-Baqarah:272)

syukur Alhamdulillah...Allah beri kesempatan dan peluang
 yang membuka mata hati
yang menyedarkan diri ini
yang memberi makanan pada rohani
yang membantu menguatkan diri
yang menambahkan semula iman sehari-hari...

semalam saya buat sharing picture dengan my cousin dari gifu daigaku, Japan.
kalau sesiapa tgk gambar nie mesti suke...
sila tekan 'like' button dibawah..:) hihi(gurau jer)


spa land,japan...
dekat dengan nagoya dan gifu

pesta bunga api...花火

clean water flows

view matahari terbenam

winter di fukushima-chi
'tempat yang famous dgn radiasi bt masa skrg'





'Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah dari sebahagaian rezekiNya...'
(al-Mulk:15)

insyaAllah...
once dah sampai nihon nanti
nak nikmati sendiri alam anugerah Allah yang amat indah ini
nak sucikan hati sesucinya seperti mana sucinya salji-salji yang turun
nak 'snap' sendiri dgn 'camera' sendiri semua gambar-gambar sebegitu




how nice faith is.....

Allah...Allah...Allah Tuhanku...
KepadaMu terpaut hati yang dipenuhi cinta
Untuk mengenalMu dihimpunkan semua akal yang berbeza
Tidak tenang hatiku kecuali dengan mengingatiMu
Tidak tenteram jiwaku kecuali ketika memandangMu

Allah...Allah...Allah Tuhanku...
Engkaulah yang ditasbihkan di semua tempat
Yang disembah di setiap zaman
Yang mawjud di seluruh waktu
Yang diseru oleh setiap lidah
Yang dibesarkan dalam setiap hati.


'Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd:11)


Friday, March 25, 2011

i'm in pieces...

Assalamualaikum w.b.t...
entry kali nie xmahu bebel/berceloteh byk2
cuma saya rasa ingin mencari sesuatu yang baru untuk diri
saya banyak dosa
saya sangat lemah
saya jugalah hamba hina
walaupun dosa-dosa itu memalukan tetapi
saya perlu akuinya kerana semuanya hasil perbuatan diri sendiri.

kepada sesiapa yang pernah terluka
saya mintak maaf sangat-sangat dari hujung kaki sampai hujung kepala
andai semua itu dilakukan secara sengaja atau tidak
secara sedar atau tidak sedar
secara terang-terangan atau sembunyi
i'm really hoping for your forgiveness...

semoga mentari hari esok lebih terang menyinar dari hari ini
semoga bunga yang mekar di pagi akn datang lebih indah dari semalam
dan semoga diri ini lebih baik pada future in come...insyaAllah



andai diri seindah pandangan pada bunga ini...:(

Sunday, March 20, 2011

10 wasiat Hassan al-Banna

awal pagi-pagi lagi, tetiba qatrun call
syafa sangat terkejut + sgt excited
bila ditanya kenapa dia telefon
katenya qatrun rindu syafa la...
(dengan nada agak sedih sbb dah 1 bulan xjumpe)


wahhhhhhhhh....
itulah ukhuwah yang mana sukar dicari
indahnya sehingga sukar dihurai
qatrun buat syafa totally tersentuh
and i cant describe those feeling by words

.
then qatrun mintak no hp illany
katenya dia nak call ahli katibah Mus'ab lain
rindu pada yg lain juga
di akhir bicara,selepas qatrun memberi salam
dia masih sempat mengucapkan kata sayang
"i love you.................."


*boleh tak nak rase cam dilamun cinta......=.="
haissshshhhhhhhhh...


teringat masa ktorg katibah mus'ab berkumpul di serdang
atau diman-mana
sama ada sekadar daurah ataupun jaulah mahupun mukhayyam
semuanya dilakukan bersama-sama
seriously!!!almost everything..


makan sama-sama
*dalam talam yang besar,tapi kalau muntah xsama-sama ea*

 tidur sama-sama
*share bantal dan selimut*

mandi sama-sama
*share toilet dan sabun,unless berus gigi*

buat lawak sama-sama
*main teka-teki tak habis-habis (tapi sgt berguna)*

dengar pengisian sama-sama
*duduk rapat-rapat,sharing bahu kalau ngantok,picit bahu kalau lenguh-lenguh*


ingat lagi janji/persetujuan kita, nak cuba penuhi wasiat Hasan al-Banna
lepas dgr tazkirah subuh dr kak tini
tapi pagi tue jugak kita ingkar wasiat ke-5/6
sebab banyak sangat buat lawak=banyak ketawa
agak berlebihan
hehehehe...mcm mana nie???


antara 10 wasiat tersebut...jeng,jeng,jeng...

1. bangun dan tunaikan solat

2. berzikir kepada Allah

3. belajar bahasa arab fushah

4. jangan bertengkar atas perkara kecil

5. jangan banyak ketawa
'hati yang berhubungan dengan Allah adalah hati yang tenteram. Ketawa hanya membawa kepada hati yang mati'
~~sedang improve~~kawan2,yosh!!!!:)

6. jangan bergurau berlebihan

7. jangan mengangkat suara lebih dari sepatutnya

8. jangan mengumpat dan banyakkan diam

9. berkenalan dengan orang yang ditemui

10. melaksanakan kewajipan lebih dari masa yang ada 
'jika diikutkan tanggungjawab kita sangat besar dalam menyampaikan shahadatul haq dan lain-lain...sehinggakan masa yang ada tak cukup untuk kita laksanakn kewajipan tersebut'


muhasabah sejenak

dimana kita?bagaimana kita?sudahkah kita...?
sama-sama kita usahakan untuk jadi hamba cemerlang
yang lebih baik dari hari semalam dan masa sekarang
insyaAllah, kita semua akan menjadi muslimah solehah yang sentiasa mendapat redha dan rahmatNya sebagaimana Dia melimpahkan rahmatNya ke atas org-org yang soleh terdahulu...ameen.

Tuesday, March 15, 2011

and again...i've to be patiently waiting

waaaaa....rasenya semua budak-budak
sama ada kecil,besar,gemok,kurus.tembam,lonjong
mesti semua ngah xde mood nak buat preparation fly kan...
kan2....kan2....kan2...
girlemoticon

tapi nak tak nak semua budak2 sekalian kena redha
dan juga bersabar
sabar menunggu apa-apa jua kemungkinan
yang bakal 'atok kesayangan kita' umumkan nanti.
atok dah kasi kiter duit pun dah kira baik la kan
suke,suke,suke... ..hihihi

tapi kan...penantian adalah suatu penyiksaan
memang lumrah budak AAJ untuk hadapi semua nie
mula-mula kena tunggu result EJU
pastu dah dapat result pun xdapat sure dapat fly ke tidak
next tunggu la ktorg result final
and also list siapa yang bakal je negara matahari terbit
tunggu list tue la yang rasenya paling teruk
hari list nak keluar jer dah macam...aaaaaaaaaaaaaaaa
 serius tak tahan sangat-sangat
ada yang jerit2 sebab lambat,ada yang macam nak jerit jer
ada yang membebel-bebel ofis inform x betul
ader yang stress sendirian.....

girlemoticon      girlemoticon      girlemoticon     girlemoticon

tapi once dah dapat result,
waaaa....dah semua dapat fly,mestilah seronok..
maka wujudlah juga gelagat-gelagat yang menggelikan hati

girlemoticon    girlemoticon       girlemoticon

pastu berlaku lagi penantian untuk dapat duit dr atok...
bila dah dapat, ape lagi kan..
hajat di hati, semua pakat nak gi shopping la kan
and of course counting the days to fly
tapi tip tup tap.......
BOOM!
girlemoticon
dikejutkan dgn khabar gempa bumi dan tsunami
sendai,iwate,ibaraki and chiba ter'effect'
so macam maner sekarang???
maka...
semua orang pun berputus asa untuk meneruskan
shopping/preparation masing-masing....
dan meneruskan aktiviti menggemokkan badan di rumah
huhuhuuhuhu.....

tapi takpela....wahai negara jepun sayang
kami sedia menanti
we'll be waiting for you to recover
yosh :) ganbatte nee!!!

dear friends***dont forget to pray...may Allah give us the chance to be there for ONE MISSION.

Tuesday, March 8, 2011

i did learn a lot from one's death

insyaAllah, kali nie syafa bakal berkongsi sesuatu yang dah beberapa hari tersirat di hati. Hari khamis lepas, 3/3/2011, arwah pakcik syafa atau lebih manja dipanggil 'ayah mat' telah selamat kemabali kerahmatullah.
-al-fatihah buat ayah mat-




di sini, syafa tak mahu cerita dgn detail pasal alkisah pemergian arwah tapi the lesson syafa dapat daripadanya...


pengajaran pertama

arwah di bawa dari kuala krai ke klinik bachok kerana arwah hanya tinggal sebatang kara. So selepas dapat berita kematian, syafa dan mama selesaikan solat dan terus bergegas ke klinik.

dalam masa yang sama, syafa tolong mama untuk call semua adik-beradik n especially our cousins *kak gdah n *abg faizol.

semasa di klinik, hanya ada mama n syafa jer ahli keluarga terdekat.
Mama busy pulak masa tue nak kena buat laporan kematian, cari kereta jenazah n tempat mandi jenazah sebab jenazah mesti dicuci kerana arwah buang air besar..(its normal ea)
so honestly syafa cakap, memang agak berbau...

tapi waktu tue, ada jururawat bertugas pergi pada syafa n cakap

jururawat : adik, dudukla sebelah arwah n bacakan yasin.
 (dengan spontan n tanpa beragak syafa jawab)
syafa : oh...boleh,insyaAllah. Ada surah yasin tak kat sini?
jururawat : takde la dik...takkan awk xingat???
(waaaa....agak tersentak...ok,dia expect syafa hafal sebab tengok pakai tudung labuh kn)
syafa : erm...akak,saya hafal tapi....

sebenarnya...syafa hafal tapi bila dalam keadaan antara syafa n arwah jer kat situ, syafa mula hilang yakin..syafa mintak maaf sebab memang perangai syafa agak tak elok..syafa tak berapa tahan bau + perasaan takut membuak-buak..

tapi syafa cuba jugak masa tue, duduk sebelah arwah n baca yasin.
Tapi hanya Allah yang tahu, samaada yasin, 83 ayat tue betul ker tak susunannya syafa baca tapi alhamdulillah dapat dihabiskan.
so
sila hafal yasin dengan lebih yakin pasni


pengajaran kedua

keadaan agak memeningkan semua orang sebab hanya mama, abah n mama tok jer yang nak handle semua benda (turut dibantu orang kg sikit)


antaranya:

*nak cari kain kafan
*nak cari kain untuk tutup jenazah
*toto bersih/tilam untuk letak jenazah
*kereta jenazah
*tempat mandi jenazah
*pengurusan gali kubur untuk jenazah
*pasal nak tukar duit besar kepada duit kecik...untuk ape ntah(tak berapa faham disini=.="
*beli gula,kain pelekat..etc....


bila dah kelam kabut semua, maka timbullah jugak salah faham n saling menyalahkan antara satu n yang lain.
ha..part sini sangat la syafa tak suke!!!!!!

so i did learn a lot from here...

lalu timbullah tekad di hati untuk beli kain kafan awal2 untuk mama, abah dan diri sendiri.
syafa tak nak kalau ape-ape jadi pada mama dan abah, adik-beradik syafa berkelahi oleh keran hal2 kecil nie.

so before syafa fly ke jepun, syafa niat dah nak beli kain kafan, yasin banyak2, kain sarung untuk tutup mayat, dan tinggalkan duit yang dah dipecah-pecahkan kepada duit kecik sebanyak rm400.

baru syafa tahu, kalau dah mati pun tak mudah. syafa sendiri tak nak kalau syafa meninggal, syafa masih menyusahkan orang n syafa tak nak kalau nanti mama n abah dah diambil Allah, mereka lihat anak-anak pening-pening, kelam- kabut nak uruskan mereka.

 
buat mama dan abah...jangan risaukan adik lagi disana,insyaAllah semua pasti baek-baek belaka. Adik tahu nanti mama n abah, kakak semua akan baca blog adik...
adik disana untuk mencari ilmu n yang lebih utama mencari ape itu islam yang sebenar. Doakan adik sentiasa di bawah redhaNya.
Doakan juga untuk adik jadi anak, bakal isteri dan hamba yang solehah.


 buat mama : mama selalu risau macam la anak-anak mama nak uruskan jenazah mama nanti..InsyaAllah mama, dalam diam banyak yang adik dah belajar dari mama. Adik cuba sediakan ape yang patut sebelum pergi. tapi andai kata, adik tak sempat nak menatap wajah mama buat terakhir kali, tak dapat mandikan jenazah mama, adik mintak maaf sangat-sangat... tapi insyaAllah, doa dan alunan ayat-ayat suci akan adik kirim buat mama,sentiasa :) adik sayang mama sangat-sangat...

buat teman: kalau ada benda yang syafa terlupa untuk siapkan, sila beri tunjuk ajar lagi...insyaAllah...sebarang informasi berkaitan macam mane nak cari kain,etc...sila share yer..:)