Friday, December 23, 2011

pandanglah aku si pendosa sekali lagi

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


"Dengan apa kau pandang orang yang berdosa?
Pandangan rahmat atau kebencian nista
Ketahuilah hati yang membenci
Tidak akan mampu mencinta.."
-Akhi Hilal Asyraf-


teringat tentang 'bicara sufi kepada sahabat'
sahabat,engkau tanya bagaimana cara untuk mewujudkan cinta Allah dalam hati?
Ketahuilah sesungguhnya cinta itu tidak muncul tiba-tiba dan ia tidak boleh dipaksa-paksa.
Fahamilah tamsilanku.
Cinta Allah adalah pohon yang tumbuh secara beransur-ansur di dalam hati insan yang ingin menanamnya.
Pohon cinta ini ada benihnya yang perlu disemai, disiram, dibajai dan dijaga.
Tempat menanam pohon cinta Tuhan adalah dihati.
Barangsiapa yang sudi menanam benih cinta ini dihatinya, pasti ada harapan benih itu akan tumbuh menjadi pohon yang rendang dan berbuah lazat dinikmati oleh semua.


mungkin ini padah yang diterima diri
kerana dulu aku sang pendosa yang mata tertutup rapi
sang pendosa yang hatinya tak henti-henti menafi
sehingga ada yang benci dan rasa dikhinati
sehingga mereka takut untuk memberi cinta sekali lagi.

maaf...aku kesal dengan silap ku sendiri
aku mengharap cinta dari kamu sekali saja lagi
walaupun aku tidak layak untuk dikasihi dan dicintai
akan aku usahakn untuk tidak mensia-siakan peluang kamu beri
doa ku semoga Allah bukakan hati kamu untuk menerima aku kembali.

Thursday, December 22, 2011

coretan perjalanan aku dan kamu

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


ukhtifillah..
suatu kisah ku ukirkan
coretan perjalanan aku dan kamu 
ketika sama-sama subur dalam tarbiyah
dari saat pertama kita bertunas
disiram air, dicampak baja, berhujan berpanas
mula mekar kelopaknya siap terhias.


ya ukhti..
masih hangat dalam ingatan
detik pertama menginjak kaki ke usrah
bila mana cuba untuk berubah
membuang semua lumpur, lekit dan lumut jahiliyyah
mencari cinta dan sujud sepenuhnya pada yang Ilah.


ukhti..
diari tentang kita, aku catat semuanya 
sejak kau kata 'kamu berubah dulu, aku akan menyusuri kamu'
ketika itu aku semangat sungguh hati berombak tsunami
sepertinya jendela hati Allah ketuk sampai terbuka 
memang rasa itu tak aku nafi indah sekali.


wahai ukhti..
sejak dari hari itu 
maka waktu solat dijaga supaya serasi dengan suruhanNya
maka al-Quran diubah jadual bacanya
maka tudung diubah bidang dan gaya pakainya
maka gaya bahasa dan perbualan diubah cara dan isinya.


orang kata kita drastik
kamu kelihatan runsing waktu itu
orang kata kita luar baik, dalam sama
kamu kelihatan sedih waktu itu


tapi ayat-ayat Allah itu kembali menenangkan kita bukan. Masih ingat surah (al-Kahfi,18:20).
'Jangan sesekali engkau mengatakan''Aku akan melakukan itu esok pagi''...'
kerana barang kali esok bukan milik kita lagi.


Walaupun tak ada orang sayang kita, tapi Allah ada dekat dihati kita.
Walaupun tak ada orang cinta kita,tapi Allah ada mengasihi kita.
Walaupun tak ada orang tolong kita, tapi Allah ada untuk lindungi kita.
Walaupun tak ada orang rindu kita, tapi Allah tetap tunggu kita.
Walaupun tak ada orang jaga kita, tapi Allah ada memerhatikan kita.
Walau tak ada orang dengan kita, tapi Allah ada sentiasa temankan kita.


#tersenyum teringat kamu.


'Jika engkau memperoleh seorang teman duduk yang mengingatkan engkau kepada Allah dengan melihat wajahnya dan perjalanan hidupnya, maka rapatilah dan jangan engkau berpisah daripadanya. Rampaslah hatinya dan janganlah memandang hina padanya. Kerana itu adalah rampasan bagi orang-orang berakal dan barang hilang bari orang mukmin. Dan yakinlah tempat duduk bersama orang soleh itu lebih baik dari sendirian. Dan sendirian itu lebih baik dari tempat yang jahat.'
-Imam al-Ghazali-




note: sanal helwah buat mira. it's late but i tried my best to write something just for you. takde duit nak beli hadiah, bagi gambar dengan kucing abah okey jer kan?^^

Monday, December 19, 2011

dakwah itu cinta...cinta itu akan menuntut semuanya dari kita.

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


sampai kapankah aku berkata tetapi aku tidak berbuat,
dan sampai sejauh manakah aku tetap berputar-putar tanpa mahu berhenti.

Aku telah membuka mataku tetapi tidak mahu memperhatikan,
dan aku telah menasihati diriku akan tetapi tidak mahu menerima.

Sampai kapankah diriku beralasan dengan 'barang kali' dan 'nanti',
alangkah celakanya dan sampai kapankah diriku menangguh-nangguhkannya? 

Sampai kapankah diriku berangan-angan hidup terus lalai dan alpa,
padahal maut tidak pernah lalai.

Setiap hari berseru pada kami orang yang menyerukan untuk berangkatlah, ingatlah dan berangkatlah kalian!

  Seakan-akan aku sudah dekat kepada kematianku lalu kerandaku diusung dan aku tidak diberi masa tangguh. 
-Andalusia-


infiru khifaafan wa thiqalan!
berangkatlah kamu dalam keadaan ringan mahupun berat.

Thursday, December 15, 2011

rumah di mana yang lebih baik?

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..

Alhamdulillah 'ala kulli hal
Astagfirullah 'ala kulli zanbin

Sungguh dimatanya, dunia hanyalah titipan.
Sungguh baginya, dunia adalah jambatan menuju kehidupan abadi disyurga sana.

begitulah kuatnya ingin seorang sahabat Rasulullah.
Dialah Uwaimir bin Malik, digelar Abu ad-Darda'
seorang ahli ibadah yang zuhud dan hamba yang sentiasa merindukan Tuhannya.

Pada suatu hari, ketika dia sakit. Datang sahabat-sahabatnya menziarah. Lalu mereka mendapati dia berbaring pada selembar kulit binatang. Sahabatnya seraya berkata:
'Jika kau mahu, kami akan gantikan dengan alas tidur yang lebih empuk untuk kamu.'

Dengan isyarat dari jari telunjuknya dan tatapan mata jauh kedepan, dia berkata:
'Kampung kita nun jauh disana. Untuk kita mengumpulkan bekal dan kesana kita akan kembali. Kita akan berangkat kesana dan beramal untuk bekal kesana.'

Begitulah seterusnya ketika sekumpulan tetamu datang berteandang ke rumah Abu ad-Darda' pada suatu malam yang sejuk. Tetamu itu kepelikan, kenapa makanan yang dihidang panas tetapi tak diberikan selimut. 
Begitulah hidupnya Abu ad-Darda' dan zaujahnya. Mereka tidur tidak berselimut dan bertahan dengan hanya memakai baju nipis yang tidak melindungi mereka dari panas mahupun sejuk.

tetamu itu bertanya kepada Abu ad-Darda':
'dimanakah kelengkapan rumahmu?'

Abu ad-Darda menjawab:
'Rumah kami ada disana. Kelengkapan dan kemudahan yang kami peroleh, kami hantar ke sana. Kalau kami masih punya suatu kelengkapan dalam rumah ini, pasti kami akan serahkan kepada kamu.
Lagi pula, dalam perjalanan yang kami lalui untuk ke rumah itu, ada banyak halangan yang menyusahkan. Jadinya, membawa membawa bebanan yang ringan itu lebih baik dari bebanan yang berat. Sebab itu, kami ingin meringankan/ mengurangkan bebanan berat kami. Mudah-mudahan kami mampu merentasi halangan itu.
faham ker?

tetamu:
'ya, saya faham. Semoga Allah membalas kebaikan kepada kamu.'

hari-hari berusaha untuk bina rumah besar didunia
sehingga kadang-kadang lupa untuk naikkan rumah di akhirat sana.

65 gambaran kehidupan sahabat 

Monday, December 12, 2011

habis buat, tawakal saja.

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakan dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya."
(Al-Baqarah,2:186)


kata-kata untuk sejukkan hati sendiri
Alhamdulillah,selesai sudah imtihan sem ke-dua
dah usaha, dah habis buat, tawakal jer untuk selebihnya.

orang islam itu kan kuat
mana boleh cepat putus asa
sedangkan Allah juga melarang sifat putus asa.

lagi pula, Allah itu tidak memandang hasil
tetapi Allah memandang pada usaha
Natijah bagi setiap perkara itu datangnya dari Allah
maka Dia pasti tahu yang terbaik dengan apa yang diberi
Jadi kita hanya perlu usaha, buat dan tawakal.

Sedangkan Rasulullah juga berpesan supaya kita tanamkan jer biji benih walaupun esok hari kiamat.

kepayahan itu banyak tahap
barangkali kesusahan dalam peperiksaan cuma tahap pertama.
Allah kan tak tinggalkan kita sorang-sorang untuk hadapi semua
tapi Dia bagi kita untuk pegang makna SABAR.

Allah juga ada pesan,Qauluhu Taala:
fasbir sobran jamila-bersabarlah dengan kesabaran yang baik
(al-Maarij,70:5)
fasbir lihukmi rabbik-maka bersabarlah dengan ketetapan Tuhanmu
(al-Mudassir,74:7)
wa lirabbika fasbir-dan kerana Tuhanmu,bersabarlah
kerana
fainnamaal usri yusra. Innamaal usri yusra
-Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan-
(al-Insyirah,94:5-6)

"Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui yang ghaib dan apa yang nyata lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.
(at-Taubah,9:105)


note: picture...special appreciation to 'kaki wana'..hehe;)

Friday, December 9, 2011

Are you gonna fly high?

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


Alhamdulillah wa syukurilah,
segala puji bagiNya akan setiap nikmat yang dikurnia.

Kelebihan itu nikmat
Kekurangan itu juga nikmat.
maka bersyukurlah wahai diri,

kerana kelebihan itu kamu masih bisa berdiri dan berlari dalam arus dakwah ini.
bersyukurlah lagi,
kerana kekurangan yang diberi itu buat kamu bisa memuhasabah diri untuk terus memperbaiki.


Alhamdulillah, Allah tidak tarik nikmat kekuatan yang diberi walaupun telah banyak ujian dihadapi. Ya, belajar itu dimana-mana pun susah. Itulah kata-kata yang perlu disemat supaya hati tidak membezakan tempat belajar sendiri dan sahabat-sahabat nun jauh disana mahupun disini. Mana-mana pun sama. Tak kesah la dinegara sendiri(Malaysia), Beijing, Australia, Russia, Mesir atau Jepun sendiri. Tak kesah jugak belajar apa, 'medic' ker, 'engineering' ker, usuluddin ker, syariah atau apa-apa saja. Mungkin tahap kesusahan kita berbeza tapi ada benda yang menyamakan kita bukan?....


Dulu, selalu cakap pada diri, dah tak mampu tapi masih nak datang berlajar 'oversea'. Kalau dah tahu diri tak sebijak orang lain, tak payah la nak mengada-ngada pilih 'top university'. Orang lain belajar dekat universiti biasa, hidup pun biasa jer. Tak 'busy', tak kalut, tak banyak homework, belajar pun tak susah. Tengok sekarang tanggung akibat perbuatan sendiri. Mengeluh lah sehabis-habisnya, masa takkan boleh diputar semula lagi wahai diri.


Tapi Alhamdulillah, selagi tarbiyah itu dekat dengan diri kita sendiri, kata-kata itu akan hilang melayang-layang, keluhan hilang seperti tak pernah menyapa. Jangan jadi hamba yang tak reti menghargai apatah lagi melafaz kata syukur. Kerana apa?..kerana dulu, kita yang minta pada Dia, menangis-nangis dalam istikharah supaya dilihatkan dengan jelas apa pilihannya, menangis-nangis supaya permohonan diluluskan, menangis-nangis agar keputusan kemasukan/pemilihan cemerlang supaya dapat masuk 'top university'. Lantas, Dia tak pernah mengatakan tidak pada semua permintaan kita, semuanya di permudahkan. Dia kasihan melihat kita penat menitiskan airmata agaknya. Dia mahu melihat hambaNya gembira, cuma.

Jadi, janganlah berhenti dan keluar dari kelas dalam keadaan seolah-olah kita tidak puas hati dengan apa yang dilalui, kerana itu membawa kepada tanda tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Malah, detik itu juga jelas untuk menggambarkan hilangnya sabar dalam diri. Sebaliknya, ukirkan senyuman seperti yang berlalu sebentar tadi cukup untuk buat hati gembira dan suka dengan ketetapan atas diri. Walaupun kita belajar benda yang berbeza tapi matlamat kita masih sama bukan? Mencapai redha dari Pencipta diri (Al-Khalid) dan untuk melihat islam itu pada tahapan tertinggi.

Belajar lah betul-betul, berdakwah bersungguh-sungguh, berjihadlah sebenar-benarnya, ibarat ini saja saki masa yang tinggal dan esok bukan milik kita lagi. Gunakan sebaik mungkin ilmu yang ada mengikut 'possesion' masing-masing. Sumbangkan sesuatu pada agama kita. Teruskanlah berjalan menyebarkan islam, teruskan mencari kebaikan, teruskan langkah dalam jihad, rahmat dan redha Allah mungkin akan jatuh dimana-mana.



Siapa kata kita tak mampu gunakan apa yang kita belajar untuk islam.


Yayha Ayash..
seorang jurutera elektrikal dan elektronik
menggunakan kepakarannya untuk membuat bom
bagi tujuan menaikkan islam dengan melenyapkan israel laknatullah
Beliau digeruni oleh musuh islam, bahkan israel sendiri tidak berani untuk mendekati beliau sebaliknya menggunakan sahabat karibnya untuk membunuh beliau dengan cara meletakkan bom pada telefonnya.


Imad Aqil..
pahlawan pemuda palestine
sedang dia berkerusi roda, dibom ketika keluar dari masjid
israel terlalu takut kepadanya sehingga dibom As-Syahid Imad Aqil tepat-tepat diwajah sucinya.


Andai mereka ini digeruni,ditakuti musuh tetapi kita pula sebaliknya. Masih perlu muhasabah. Jika mereka bisa menggunakan 'profession' sendiri untuk menaikkan islam kenapa kita pula masih memberi alasan tidak boleh. Apakah yang membezakn kita dan mereka. Muhasabah jangan tinggal muhasabah. Tetapi muhasabah dan bangkitlah. Sedar bahawa ummat sedang tenat. Jika kita fikirkan kitalah yang paling terluka hari ini, yang paling menderita hari semalam, pandanglah ke bawah...ummat kita di sana lebih banyak disakiti,didera dan lebih banyak rasa peritnya nak dibandingkan dengan kita.

Syukurlah akan setiap doa kita yang Allah kabulkan. Berbanding dengan mereka yang menangis dan sehingga berkorban darah sekalipun, masih tetap sama. Dan berterima kasihlah pada mereka, kerana tanpa mereka kita mungkin masih leka. Kerana mereka, Allah sedarkan jiwa-jiwa yang masih tidur lena. Sekarang sudah sampai giliran kita untuk membalas jasa mereka dan Dia juga.

Ayuh terbang tinggi, mengjangkaui imaginasi musuh agama kita. Ask yourself, are you gonna fly high?




You may not end up where you thought you would be
but you'll end up right where you're meant to be.


note: maaf jika ada terkasar bahasa. Tak pandai untuk marah tapi mencuba untuk tegas dengan diri juga supaya bisa tegas dengan musuh yang bakal dihadapi nanti. Doakan mimpi yang besar ini bakal jadi kenyataan. Minta doa biar jiwa bisa sekental Khawlah.

Monday, December 5, 2011

bermimpilah dalam hidup, jangan hidup dalam mimpi

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


"Haqaa-iqul yaumi ahlaamul amsi, wa ahlaamul yaumi haqaa-iqul ghadi"
Kenyataan hari ini adalah mimpi hari kemarin dan mimpi hari ini adalah kenyataan esok hari
(Imam Hasan Al-Banna)



'Bermimpilah dalam hidup,jangan hidup dalam mimpi.'

Friday, December 2, 2011

hari Asyura

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


''Inilah jalanku, Aku dan orang-orang yang bersama aku mengajak manusia kepada Allah dengan basirah (jalan yang jelas.."
(Yusuf:180)

Subhanallah...bergetar hati membaca surat cinta kali ini.

Allah huakhbar..sudah sampaikah aku ke dalam golongon begini.
Astagfirullah al'azim..semoga masih bisa perbaiki diri demi umat dan agama sendiri.


Sempena awal muharam,ayuh hijrahkan diri ke arah yang lebih baik dari minggu semalam,bulan yang lepas dan tahun yang berlalu. Masih belum terlambat. Sedangkan pintu taubat itu juga tidak pernah ditutup. Hijrahkan diri untuk diinfakkan sepenuhnya buat Ilahi, sebaik-baik pemilik ruhi dan jasadi.


Dari Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab r.a,beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda : "Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuan, atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."



''Tiada hari yang afdal berpuasa melebihi hari-hari di bulan Ramadhan dan hari Asyura."
-HR Bukhari & Muslim-

"Sesungguhnya Asyura adalah hari-hari Allah."
-HR Muslim-

note: ini saja yang bisa dikongsi denga semua sebagai ganti ketiadaan syafa pada hujung minggu atas panggilan-panggilan tertentu. selamat beramal;) teruskan usaha walau lelah mana sekalipun.

Tuesday, November 29, 2011

luruskan hati pada Ilahi

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


Alhamdulillah
Allah kurnia sekerat waktu untuk menulis lagi.


Sahabat...
Sungguh,sebanyak manapun masa terisi untuk dakwah, akal ini tak berhenti berfikir tentang ukhuwah. kerana punca kekuatan pada dakwah itu juga ada pada ukhuwah,yang mana hati hati itu bersatu kerana cinta yang dipasak untukNya. Antara aku dan kamu. Mungkin aku tidak berada pada tiap sudut sisi kalian tetapi ketahuilah aku datangkan doa melalui Ilahi agar sampai kepada kalian menembusi awan-awan di langit. Aku menyusuri gerak kalian dalam diam. (tak takut digelar stalker/silent reader)


Sahabat...
Atas nama dakwah, aku akur. Belajar untuk merelakan yang pergi, melepaskan yang perlu, meninggalkan yang meminta. Atas nama dakwah, aku jatuh dan aku naik. Belajar memuhasabah kesilapan diri. Kerana hati itu imannya senipis kulit bawang, datangnya tentera syaitan merempuh, mudah sekali goyah dan mula roboh. Tetapi meninggalkan jalan ini jauh sekali niat itu untuk tersuntik dalam hati. Jiwa mana bisa runtuh, andai selalu dibius kata-kata penguat sebegini.


"Kamu adalah satu roh baru yang mengalir dalam nadi umat ini, lantas kamu menghidupkannya dengan al-Quran."
"Kamu adalah satu cahaya baru yang memancar yang akan menghancurkan kegelapan fahaman kebendaan dengan mengenal Allah."
"Kamu adalah suara-suara lantang yang melaungkan kembali dakwah Rasulullah."
-Iman Hasan al-Banna-


Ya Allah,
Luruskan hati kami, agar agama kami turut lurus.
Betulkan hati kami, agar ikhlas turut bersama kami.
Tetapkanlah hati kami, agar tidak digugat oleh ujian dan iblis yang menerpa.


Ya Allah,
Tuhan yang mencipta dan memiliki hati,
Bersihkanlah hati kami dari segala kemasmumahan
agar ia tidak merosakkan agama kami dan tidak melukakan kehidupan insan lain.


Ya Allah,
Tuhan yang membolak-balikkan hati,
kuatkan hati kami agar bisa sentiasa bersamaMu
agar keyakinan kami tidak roboh, iman tidak menipis.


Ya Allah,
Tuhan yang Penyayang dan juga Pengasihani,

resapkanlah hati kami untuk dekat kepadaMu
supaya kami rasa, ada teman melindungi kami
agar kami tidak pernah rasai sepi dalam hidup kami.


Ya Allah,
limpahkanlah kedalam hati kami ilmu dan juga hikmah
hingga kami dapat menyuluh hati dan kehidupan kami 
supaya batin bersyariat, ruhi tunduk taat.


Aku malu dengan dosa silam yang mengaburi jalan-jalan lepas, melanggar semua papan perintah.
Aku datang sebagai tanda untuk bersiap siaga menunaikan amanat lepas dan suruhan yang Kau perintah.

(monolog dalaman)


Taqabbalallah minna waminkum, zanbun maghfur wa amalun maqbul.
Semoga Allah menerima (amalan) dari kita semua, dosa diampunkan dan amalan diterima.
salam awal muharam 1433H;)

Thursday, November 24, 2011

cukuplah Dia bagiku

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


Cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu.
Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.


 bergerak ke kelas
selamat jihad buat diriku dan kamu
itu ucapan yang tinggi impinya moga bisa dicapai

Wednesday, November 23, 2011

ujian itu perlu untuk dekat dengan Tuhanku

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


Ya Allah,aku merindui sujud dan tangis ketika menghadapmu..
bukan bermaksud aku terus dalam kesedihan tanpa mengenal erti gembira

tetapi kerana aku mula rasa jumlah gembira itu terletak pada bilangan titis air mata untukMu.

Ya Allah,sungguh jika aku mampu melakukan kerja-kerja sambil menangis

aku benar-benar berharap sedemikian supaya hati tidak terjarak dariMu walau seinci
aku benar-benar berharap jika Engkau berdiri disebelahku setiap masa tidak jauh walau sedetik


Ya Allah,dari sujud ke sujud wujud pelbagai macam rasa malu untuk aku memandangMu
sehingga malu itu sendiri malu dengan diriku untuk membawa aku mencium bumi menghadapMu.

........speechless.......tiada kata bisa melambangkan rasa rindu bertemu Ilahi.
cuma seperti pasti,ujian bertubi-tubi itu perlu untuk dekat dengan Tuhanku.



Islam tidak memerlukan aku dalam hidup ini tetapi aku yang perlukan islam.
Seakan yakin, dimana Allah meletakkan aku, disitulah tempat terbaik untukku.
Sebenarnya tempat perjuangan itu juga tidak memerlukan aku tetapi aku yang memerlukannya untuk tarbiyah diri. 
Yakinlah wahai jiwa yang lemah..dimana pun kita berada itulah yang terbaik. 

Monday, November 21, 2011

al-Quran panduanku

Bismillahirahmanirahim...

"Allah telah menjamin bagi siapa yang mengikuti al-Quran, tidak akan sesat di dunia dan tidak akan rugi di akhirat."
-Abdullah bin Abbas-

Akhlaqul kharimah

Sunday, November 20, 2011

bukan kerehatan dunia yang diimpi tetapi akan syurga yang abadi

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah...dalam kesibukan itu punya nikmat.
Alhamdulillah...tangan mula menghayun, ditebarkan agar semua merasai akan manisnya sebuah tarbiyah.
Alhamdulillah...kerana dari situ kaki sekarang sudah mula agresif berjalan di atas dakwah dan bimbingan.

Allahu akhbar...

Allah itu perancanganNya sangat rapi dan tersusun. 
Bila waktu sebagai anak, sibuk bercerita, mengadu-ngadu pada ibu bapa,lantas nasihat diterima.
Bila waktu sebagai pelajar, diri disibukkan dengan nota-nota, kerja-kerja, 'report-report' yang datang bertimbun.
Bila waktu sebagai mutarabbi, berhentilah seketika sibukkan diri untuk memberi makanan wajib buat ruhi. 
Bila waktu sebagai murobbi, tidak berhenti untuk meluangkan sedikit masa buat adik-adik dalam bulatan cinta.
Bila waktu sebagai dai'e, kesibukan bekerja bersungguh-sungguh supaya diri tidak menjadi punca kelewatan kebangkitan khilafah islami.
Bila waktu terus bernyawa dalam jiwa hamba, setiap nafas diinfakkan atas jalanNya.

Namun,masih apalah sangat jika dibandingkan dengan kesibukan mereka terdahulu.


Jika dahulu, Rasulullah disibukkan dengan ibadah,halaqah ilmu, jihad,dakwah,perang, infak dan membangunkan setiap asset yang menjadi harta dakwah melebihi usaha manusia hari ini.

Rasulullah sibuk dengan tugasnya sebagai ketua ummat islam,ketua negara, ketua perang,ketua keluarga, berdakwah dan beribadah kepada Allah sehingga berdarah lututnya.

Mus'ab pula sibuk dengan urusan dakwah di Madinah.
Abu Bakar sibuk menjadi sahabat setia menyebarkan dan mengislamkan mereka.
Abu Hurairah, penggemar kucing sibuk mengumpul hadith Rasulullah dan menjadikan otaknya sebagai gudang pengetahuan.

Khalid al Walid sibuk menjadi panglima perang berwibawa sehingga jihad untuk mencapai syurga.
Siti Khadijah sibuk menguruskan perihal Rasulullah dan menjadi pendokong setia Muhammad SAW.


Allah...lihatlah kesibukan melampau-lampau mereka menjadikan dunia batu loncatan ke syurga.

Semoga kesibukan kita hari semalam,hari ini dan hari esok sebagai aset penyumbang buat agama bukan perobong tiang agama. Mohon doa Allah redha atas setiap gerak geri kita.



Pesan buat diri,jangan pernah berehat,kerana tiada istilah rehat buat seorang insan bergelar hamba/dai'e melainkan sudah sampai ke sana nanti. Bermimpilah untuk mendapatkan syurga abadi bukan kerehatan atas dunia fana ini.
"Sesungguhnya rehat bagi seorang mukmin itu setelah kakinya menginjak ke syurga."




Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Teruslah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.


note: semakin sibuk. Tapi Alhamdulillah,dengan kesibukan ini juga Allah bantu untuk melupakan sesuatu yang telah dilepaskan pergi. Biar rahsia terjadi antara hamba dan Pencipta diri, tapi mohon doa senantiasa dari semua teman disisi atau jauh terpisah berkilo-kilo,berkaki-kaki agar dapat terus mujahadah dan tsabat di jalan ini,biiznillah;')

Monday, November 14, 2011

simple from ummi

Bismillahirahmanirahim...


remember your ummi said:


"I haven't not found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't not heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that that it is legal in what you have been learning until now."

not a single phrase, nor a word...

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He is prohibited. You can't have a happy family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You cant expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."
 

"Wake up dear from daydreaming..It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Astagfirullah al'azhim...bowed without a word.



jazakallah to akhi muaamar

Sunday, November 13, 2011

wahai akhwat

Bismillahirahmanirahim..
In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful


cantiknya daun seperti cantiknya wanita

"Wanita adalah perhiasan dunia dan seindah-indah perhiasan adalah perempuan yang solehah"
-HR Muslim-

wahai akhwat,
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang dimana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pepohon kering tempat sang pungguk melepaskan rindu dan hanya layak dibuat kamu api.

wahai akhwat,
Jadilah sebaik-baik dan semulia-mulia hamba.
Sebaik-baik manusia ialah yang diharap kebaikannya dan terlindung dari kejahatan.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adan merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.


wahai akhwat,
hiduplah seperti lilin yang mampu menerangi orang lain dan janganlah hidup seperti duri, mencucuk diri dan menyakiti hati insan lain.
Teruslah berfikir tentang dirimu dan seterusnya umatmu. Jika satu ummah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya.

syafa mohamed