Thursday, December 15, 2011

rumah di mana yang lebih baik?

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..

Alhamdulillah 'ala kulli hal
Astagfirullah 'ala kulli zanbin

Sungguh dimatanya, dunia hanyalah titipan.
Sungguh baginya, dunia adalah jambatan menuju kehidupan abadi disyurga sana.

begitulah kuatnya ingin seorang sahabat Rasulullah.
Dialah Uwaimir bin Malik, digelar Abu ad-Darda'
seorang ahli ibadah yang zuhud dan hamba yang sentiasa merindukan Tuhannya.

Pada suatu hari, ketika dia sakit. Datang sahabat-sahabatnya menziarah. Lalu mereka mendapati dia berbaring pada selembar kulit binatang. Sahabatnya seraya berkata:
'Jika kau mahu, kami akan gantikan dengan alas tidur yang lebih empuk untuk kamu.'

Dengan isyarat dari jari telunjuknya dan tatapan mata jauh kedepan, dia berkata:
'Kampung kita nun jauh disana. Untuk kita mengumpulkan bekal dan kesana kita akan kembali. Kita akan berangkat kesana dan beramal untuk bekal kesana.'

Begitulah seterusnya ketika sekumpulan tetamu datang berteandang ke rumah Abu ad-Darda' pada suatu malam yang sejuk. Tetamu itu kepelikan, kenapa makanan yang dihidang panas tetapi tak diberikan selimut. 
Begitulah hidupnya Abu ad-Darda' dan zaujahnya. Mereka tidur tidak berselimut dan bertahan dengan hanya memakai baju nipis yang tidak melindungi mereka dari panas mahupun sejuk.

tetamu itu bertanya kepada Abu ad-Darda':
'dimanakah kelengkapan rumahmu?'

Abu ad-Darda menjawab:
'Rumah kami ada disana. Kelengkapan dan kemudahan yang kami peroleh, kami hantar ke sana. Kalau kami masih punya suatu kelengkapan dalam rumah ini, pasti kami akan serahkan kepada kamu.
Lagi pula, dalam perjalanan yang kami lalui untuk ke rumah itu, ada banyak halangan yang menyusahkan. Jadinya, membawa membawa bebanan yang ringan itu lebih baik dari bebanan yang berat. Sebab itu, kami ingin meringankan/ mengurangkan bebanan berat kami. Mudah-mudahan kami mampu merentasi halangan itu.
faham ker?

tetamu:
'ya, saya faham. Semoga Allah membalas kebaikan kepada kamu.'

hari-hari berusaha untuk bina rumah besar didunia
sehingga kadang-kadang lupa untuk naikkan rumah di akhirat sana.

65 gambaran kehidupan sahabat 

5 comments:

Anonymous said...

Tetamu blog ni: faham3;)

Kat awl kisah tu fhm..tp bila sampai part tgh2 de blurr sikit..yg mknn panas dengan selimut nipis tu...alhamdulillah..sampai kt hujung sekali.faham:D
utamakan akhirat..jgn besar2kan dunia..tol x kak?

ieyba said...

-ieyba-
lupe plak nak ltak nama^^

Yildirim Fateh said...

tetamu dr Malaysia:

Sangat paham.

Sabar dunia raih Akhirat

Syafa Mohamed said...

ieyba...comelnya adik akak nie faham^^

Syafa Mohamed said...

akhi shairazi...Alhamdulillah kalau faham...syukur..Allah sentiasa beru kefahaman utk memudahkan kita.