Wednesday, July 3, 2013

Sabar seorang murabbi

Bismillah
Segala puji buat Allah, The Very Best Creator. Selawat dan salam disampaikan buat junjungan Nabi Allah, Muhammad saw.

Dialah yang menjadikan malam dan siang yang silih berganti bagi orang yang hendak merenungkan dan bersyukur. Subhanallah!

Dalam himpunan malam-malam sebelum, malam ini mungkin malam yang terbaik untuk diluangkan di sini. Bercerita dengan posisi jiwa paling tenang seperti pesan naqibahku yang selalu, 'Bicaralah dari hati nescaya ia akan jatuh ke hati,inshaAllah.'

Tarbiyah.

Menangis bila dengar tentang tarbiyah. Kagum melihat figur-figur hebat hasil dari produk tarbiyah. Ada bermacam perasaan tiap kali bicaranya soal tarbiyah. Tarbiyah yang sifatnya menyempurnakan ibarat air untuk ikan, ibarat ruh untuk jasad. Ikan akan mati dan busuk tanpa air, jasad akan jadi bangkai tanpa ruh hatta manusia akan berjalan seperti mayat hidup tanpa tarbiyah.

Murabbi.

Salah satu pelengkap tarbiyah aku di jepun adalah murabbi. Pembawaan sifat penyayang dia, penunjuk baik buruk sesuatu. Lisannya jujur dalam menyampaikan ayat-ayat suci dengan cara tak menyakiti. Tiap ilmu dari al-quran dan sunnah ia bentukkan semuanya dengan cara yang paling lembut supaya sampai kepada kami. 
Hebatnya dia, sang murabbi menghidupkan fikrahnya dalam jiwa kami dengan sabar yang sangat tinggi.

Sabar.

Salah satu dari tangga-tangga ibadah adalah sabar. Malah lebih dari sembilan puluh kali sabar disebut dalam kitabullah untuk kita, para hamba tahu inilah tangga ibadah teragung. Sunnatullah untuk mendapatkan benda terbaik, jalannya tak mudah seperti memetik mancis untuk menyalakan api rokok. Tatkala aku sendiri cuba duduk dan meletakkan diri ke dalam lubang yang serupa dengan murabbi, Allah uji aku dengan perkara yang memerlukan aku bersabar terhadapnya dan menyabarkan diri sendiri. 

Bahkan sabar itu tak mudah tapi manis bila kita mampu bersabar untuk buat sesuatu dengan bentuk yang paling sempurna, dengan rasa tawadhu dan ketundukan jiwa pada Dia semata. Begitulah hakikat sabar itu bila mana kita redha dengan segala sesuatu yang diredhai Allah dengannya, maka apa yang paling dicintai Allah, maka itu jugalah yang paling kita cintai.

Memetik kata-kata pakar; 'sabar adalah tubuhmu dipotong-potong, lalu kamu masih dapat tersenyum kerana merasa nikmat taqdir Allah.'

Ragam dunia bukan satu. Kerana isi dunia itu sendiri penuh dengan berjenis-jenis karakter manusia. Allah temukan kita dengan aneka perkara yang kita anggap masalah untuk kita sabar. MasyaAllah. Begitulah murabbi aku melayan karenah mutarabbinya ini. Tetapi kerana kecintaannya pada Allah, dia selalu cekal, gagah untuk mentarbiyah dan menyucikan. tanpa serik!

firman Allah cukup untuk menguatkan kaki dia bertapak dan tidak berganjak;
"....maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Dan Allah sahajalah yang dimohon pertolonganNya terhadap apa yang kamu ceritakan."
(Yusuf:18)


p/s: yang baru berjinak-jinak menjadi murabbi, tarbiyah diri untuk sabar. Sampai nanti kita tahu betapa indahnya hasil sabar itu. Rasa yang tak pernah kau dan kita boleh cerita pada sesiapa tentang nikmat sebuah sabar. 






fully dedicated to,
dearest beloved naqibah.
'Maka adapun setiap kelemahan, saya dan akak harus saling sama-sama tutup dan baiki. Walaubagaimana hebat pun saya satu hari nanti, tetap ada satu sisi dalam diri akak yang saya takkan mampu cabar sampai bila-bila.
Bila memberi dan menerima, kita akan saling topup kelemahan dan kelbihan masing-masing. Usrah bukan tempat berbest-best sahaja, sebab ada masanya kita menerima namun ada masanya kita harus juga memberi."
-tersenyum melihat langit.




Monday, May 27, 2013

Random 270513

Bismillah

A : orang yang selalu bercakap tentang cinta tue, 
     dia betul-betul maksudkannya ker?
     memang hati dia dipenuhi cinta ker?

B : iya lah. kalau tak, dia pun agaknya tak suka nak bercakap tentang cinta,
     lagi-lagi, menyebut-nyebut perkataan cinta. 


dan kerana cinta,
aku masih bertahan di sini.


"..Tiada sesuatu yang membuat kami
bersikap seperti ini,
selain rasa cinta yang telah mengharu biru
hati kami,
menguasai perasaan kami,
menguras habis air mata kami,
dan mencabut rasa kantuk dari pelupuk..
Kami adalah milik kalian wahai saudara-saudara tercinta.."
―Hasan Al-Banna, Da'watuna.




bagi aku
aneh andai ada jiwa yang bisa hidup tanpa walau cuma setitis cinta?





Sunday, May 12, 2013

Cinta Ibu

Bismillahirrahmanirrahim

"Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, Aku bertanya kepada Rasulullah : Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik? Rasulullah menjawab; ibumu. Kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab; ibumu. Kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab; ibumu. Kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab; bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya."
HR at-Tirmidzi.

Semua dari kita memiliki ibu atau pernah memiliki. 
Dan kita pasti akan kata ibu kita yang paling baik di dunia.
Seolah dialah heroine terbaik yang kita ada, setia sepanjang masa.
Betulkan?

Walau kita punya figur ibu yang berbeza,
tetap ada satu titik persamaan antara ibu-ibu kita.
yakni kasih sayang mereka.

Seorang ibu dengan cintanya,
akan selalu nampak sempurna.

---

Ada orang ada ibu.
Ada orang ada emak.
Ada orang ada mummy.
Dan aku pula ada mama. 

Mama yang sangat kuat seperti mama awak-awak semua, mungkin. Mama yang sabar bila aku marah-marah, tersalah meninggi suara. Mama yang dia sendiri menahan air mata-agar anak tak digelar derhaka. Mama yang berdiri kuat di sebalik hati yang parah menderita hadapi segala-galanya.


---

i ) Batik Sarung
2003, tahun aku ikut satu rombongan sekolah lawatan ke Langkawi. Selalu aku tengok abang dan kakak belikan sesuatu untuk mama dan abah bila bercuti. Jadinya aku pun terdetik untuk bawa balik sesuatu untuk mama. Aku belikan mama dua kain batik sarung. Kononnya nanti mama boleh pakai tukar-tukar. 

Sebulan selepas, aku jumpa batik sarung masih berbungkus dalam laci almari. Aku pelik kenapa mama tak guna. Aku ambil dan bawa kepada mama. 'Ma, kenapa tak guna kain adik bagi nie?',dengan nada kecewa teramat. 'eh, jangan lah usik. Memang mama simpan. Kain batik nie labuh sangat, susah nak cari. Mama nak adik guna buat tutup jenazah mama nanti. Baguslah kalau dah tahu mama simpan kat mana.'

Diam! dan dari dalam aku mengeluh: Ya Allah,mama!

ii ) Pokok Ubi Kayu
tiap kalli sebelum raya, achik akan bagi satu parang untuk join dia tebas dahan pokok sekeliling rumah. Yang paling banyak sekali, pokok ubi kayu. Dari halaman belakang rumah sampailah ke sekeliling  pagar luar belakang. 

Selalu kami bebel kat mama. Maaaa, banyak sangat nie. Kenapa mama tanam. Dan tiap kali juga, mama akan diam. Bila mama tengok kami dua tebas banyak sgt, mama akan jerit dari pintu belakang dengan suara sedih, 'dah la,dah la. janganlah tebas semua pokok ubi mama tue.hmmmm.'

satu hari di dapur- ketika tinggal cuma aku dan mama, dia memulakan cerita. 'Adik..tahu tak kenapa mama tak bagi adik tebas pokok ubi?'. Aku menggeleng.

'Mama takut bila anak-anak mama dah besar, dah berjaya, dah ada keluarga sendiri, semua lupa mama. Semua dah hidup senang, semua mungkin tak sanggup nak jaga mama. Semua malu nak mengaku mama yang kulit hitam, comot mcm orang kampung. Nanti mama dah tak larat nak kerja, kalau anak-anak tak boleh bantu, sekurangnya mama ada pokok ubi kayu untuk makan pucuk daun dan isinya.'

Again! Sentap! Ya Allah.

iii ) Gelap
aku ada tiga kakak, 2 abang. abang dan kakak sulung kulitnya agak gelap macam mama. selalu kami-kami yang lain wish 'happy deepavali' pada abang, kakak sulong dan mama. Siap perli bila mereka balik raya aidil fitri, Kononnya kami yang lain putih sangat kan. 

Tapi mama selalu cakap. 'Mama tak kesah kalau kulit mama gelap, hitam legam pun tak ape, asalkan anak-anak mama Allah bagi elok rupanya, baik akhlaknya, soleh solehah. Biarlah orang nak kata tak macam anak mama pun tak apa, asalkan mama bahagia tgk semua.'

Hmmm.

al-Isra:23-24

iv ) Syurga 
Pernah, ketika mama solat malam di depan kaabah, baitul haram--sujudnya sangat lama. Mama panggil kami berenam duduk dekat-dekat, kemudian mama memulakan cerita. 
'Masa mama sujud dan mendoakan awak-awak, mama nampak seorang demi seorang anak mama jatuh ke dalam api yang panas sambil jerit panggil mama untuk minta tolong. Mama cemas, mama menangis ketika sujud tanpa mama sedar sebab mama hulurkan tangan untuk capai kamu semua tapi tak sampai.'

Diam.

Bila abang, kakak, achik, adik, melawan cakap mama, bercakap dengan nada yang tinggi dalam sedar atau tidak, mama akan diam. Mama terasa mahu menangis tapi mama tahan. Sebab mama takut, setitik air mata ibu jatuh, anak itu akan dikira derhaka. Mama tak nak anak mama digelar derhaka pada ibu. Nanti tak dapat cium syurga kan?

al-Luqman:14
---


Mama.
Jazakillah khayr kerana jadi mama yang terbaik utk saya selama 22 tahun.
Terima kasih untuk setiap cinta, kasih sayang, belaian, perhatian, dan segalanya.








anakmu,
syafamohamed.
20130512
ヒルズ高峰名古屋。




Thursday, March 7, 2013

New chapter

Bismillah.

Hampir sama
Antara kehidupan yang baik 
Dengan kematian yang baik
Keduanya sama-sama baik

Hampir sama
Antara kehidupan yang buruk
Dengan kematian yang buruk
Keduanya sama-sama buruk

Cara mati kita
Cuma cermin
Cara hidup kita.

―Cermin Kematian



Dear everyone,
Deep from bottom of my heart, forgive me.
Forgive me for anything i might have done to any of you.
May Allah Bless All of You and let's keep do'a for each other.

:')


alfaqirilallah



Wednesday, February 13, 2013

He knows


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah.
Moga kita berada dalam naungan redha Allah.


"sometimes, the hardest thing is to let something we think are good for us."

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Hari ke lima di Malaysia. Sakit lenguh-lenguh badan berada tujuh jam di dalam 'flight' terubat selepas melihat senyuman pada wajah orang-orang tercinta.  Rasa berbaloi! Puas!

Yang paling menarik, tarbiyah Allah. Kau berjalan ke lubang cacing sekalipun, tarbiyah Allah akan bergolek-golek datang menerjah kau. Allah...selalu mahu baikkan hambaNya biarpun kita cuma berdepan dengan binatang/serangga. Sedarlah, medan sebenar yang bakal menjadi toriq amal aku dan kamu adalah di sini-Malaysia. Mungkin perlu sebelum terbang balik untuk aku selalu tajdid niat pulang. 

Macam KH Rahmat Abdullah cakap, 'Hidup adalah dakwah. Sehinggalah tidur kita, pakai kita, makan kita, cakap kita, tiket kita beli untuk balik m'sia-semuanya mesti kerana dakwah.'

Hmm.

'dan sejujurnya bukanlah kita tak tahu dan tak menyedari, bahawa Allah tidak pernah meninggalkan kita. kita cuma malu mengakui bahawa kitalah, yang selalu meninggalkan Allah, dalam begitu banyak hal dan urusan.'
-tersenyum melihat langit.

―――

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.
-Al-Baqarah:207

Kekadang, tak semua perkara yang kita rancang, Allah izinkan untuk terjadi. Biarpun kita rasa, kita dah merancang dengan sangat teliti dan dengan perancangan yang sangat baik. Dan sekarang Allah nak uji sama ada aku benar-benar beriman dengan ayat di atas atau tidak?

Aku terpaksa korbankan jaulah indonesia 25 februari ini untuk umrah 10 mac nanti. Berkali-kali aku fikir, dua-dua yang aku pilih kerana dakwah, kerana mencari redha Allah tetapi kenapa Allah sekat satu dariNya. Mulanya aku rasa tak masuk akal pihak agency umrah tak dapat serahkan passport aku sebelum 25, dan honestly, sangat sedih. I've planned everything for jaulah, but at last everything end up like this-X!

Tapi bila muhasabah banyak kali, mungkin Allah nak ajarkan aku berkorban. Kalau sebelum nie aku dapat semua yang aku nak, sekarang Allah nak ajar kekadang kita terpaksa melepaskan sesuatu untuk sesuatu yang lebih baik. Kekadang kita rasa semua bagus untuk kita, tetapi Allah lebih nampak, lebih tahu apa sebenarnya yang terbaik untuk kita. 

:')

Mungkin Allah nak tengok sejauh mana bersungguh-sungguhnya aku untuk bertemu Dia di tanah yang suci. Di rumah Dia yang semua orang gilakan dalam mimpi untuk pergi. Allah nak uji kebenaran cinta seorang hamba hina, miskin, faqir, pada pencipta Agung, Yang Hanya Dia. 

Mungkin juga Allah nak sucikan aku dari lendir-lendir dosa supaya aku bisa tajarrud jahiliyyah sepenuhnya, zuhud dunia dan sabar dengan mihnah.

 Jangan khawatir ketika Allah menyekat keinginan kita. Tarbiyah yang Tuhan beri melalui proses ini, tak pernah sia-sia.

"Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu,
dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu.
Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Al-baqarah:216


Mungkin Allah gantikan jaulah dengan masa utk bersweet-sweet bersama akhawat m'sia.
^^



  

Thursday, January 17, 2013

Apa beza tarbiyyah kita?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah.
salam jumaat mubarakah sayyidul ayyam.


'Mimpi terbang tinggi ke langit sampai aku terlupa bersyukur untuk yang sedia ada di bumi..'

Setiap negara berbeza tarbiyyahnya. Setiap orang lain pula cara Allah menyentuh hatinya. Dan aku mungkin perlu lebih gigih untuk selalu bersyukur. Bersyukur akan nikmat menjadi antara orang-orang terpilih ke Jepun. Terpilih untuk masuk ke dalam masyarakat yang mengamalkan ad-deen. Bukan terpilih untuk riak di klasifikasi sbg 'orang-orang bijak' kerana berada di sini. Tidak, tidak.

Kau tahu-aku adalah antara orang yang paling benci belajar bahasa. Aku kuat memberontak dari dalam. Belajar quantum mechanics, physical chemistry dan semuanya dalam bahasa jepun paling buat aku rasa geram, sampai kepada keadaan mahu baling buku jauh-jauh. Baca sekali, baca dua kali, baca tiga kali belum tentu betul-betul faham. Kau tahu macam mana rasanya ketika itu?

Tahun pertama aku selalu menangis. Aku fikir terus-menerus apa sebab Tuhan tetapkan aku ke sini. Jauh hati untuk belajar, jauh juga hati dari agama. Aku suka melihat video azan dari masjid-masjid di Mesir, dan aku sangat cemburu. Aku pernah kata, beruntunglah mereka yang belajar dalam bidang perubatan di zagazig, cairo, alexandria- dapat mendengar laungan azan yang sangat merdu, setiap waktu, setiap hari. Tentu-tentu hati mereka lebih basah. Cara hidup mereka juga sure-sure lagi baik dari aku kerana sekeliling mereka ramai muslimnya.

Selama tidak ada rasa syukur atas ketetapan Tuhan untuk aku, selama itu aku terus menghitung keburukan bumi sakura dan kelebihan bumi anbiya'. Mudahnya sahabat-sahabat di sana mengenal rapat agama, mudah mendapat pelajaran yang mendekatkan jarak mereka dengan Tuhan. Tetapi aku, pagi- pergi kelas, tengah hari-solat zohor sorok-sorok di library, balik petang- dengar azan maghrib di laptop, malam pula sambung belajar. 

Perumpaan seperti kambing yang bangun pagi-keluar kandang-makan rumput di padang-petang balik semula-malam-bergumbira bersama kawan sekandang. 

Ya! Macam sama kan kami-aku dan kambing.

Hmm.

Kambing tanpa akal pun lebih hebat zikirnya daripada aku. Tapi aku boleh jadi lebih hebat dari kambing jika aku guna hati, jasad dan akal : tiga-tiga untuk belajar bersyukur.

---

Alhamdulillah. Tarbiyyah yang mengajarkan erti syukur dan tarbiyyah sendirilah yang menghuraikan tarbiyyah. Setiap inci kaki kita menapaki bumi Allah, di situ adanya tarbiyyah. Betapa tiada satu pun dari penciptaan Allah dijadikan sia-sia. Kita akan sedar betapa luasnya nikmat yang dikurnia termasuklah nikmat tarbiyyah jika kita mengamati dan tahu untuk syukur.

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada."
―Al-Hajj:46

Aku dan sahabat sejepun-kami mungkin berada di negara yang sama, cerita tarbiyyah kami mungkin mirip tetapi bahagian bagaimana Allah menyentuh hati-hati kami di sini, mungkin berbeza. Setiap orang ada ceritanya dan aku punya kronologi sendiri. Bahagian awal ketika kuntum-kuntum wangi sang murabbi datang menyebar cinta, bahagian klimaks sewaktu meloloskan diri dari jahiliyyah terbesar, dan seterusnya.

Sekurangnya dengan syukur, aku mula menghargai apa yang ada dan belajar melihat sesuatu dengan lebih baik, menggunakan kaca mata berbeza dari yang dulunya. Memang. Memang banyak bezanya bumi sakura dan bumi anbiya' yang aku cemburukan. Tetapi sekarang, Allah sudah membuka hijab supaya aku tahu jawapan kenapa aku di sini.

Mungkin, kalau aku tidak di sini, aku akan menjadi orang yang tidak pernah menghargai agama sendiri. Belum tentu azan yang merdu di Mesir bisa cairkan hati aku kalau azan di Malaysia dulu pun aku sekali-sekali tak ambil peduli. Belum tentu sekeliling yang ramai muslimnya di sana bisa mengubah jadi aku yang hari ini kalau sama seperti dulu, ramainya muslim di Malaysia tapi langsung tidak membawa apa-apa kesan kepada aku.

Allah sangat tahu bagaimana cara mengajarkan aku bersyukur menjadi seorang muslim.
Allah sangat tahu keadaan sekeliling yang macam mana yang boleh mengubah aku.
dan Allah sangat tahu cara terbaik untuk buat aku hargai sesuatu.

Allah. He's The One who knows everything.

Merujuk kepada soalan di atas-apa beza tarbiyyah kita (akhwats)?

:') Menangis dulu baru cerita boleh tak?

Yes, there's a lot of differences between my tarbiyyah here and yours there.

Kebanyakan orang jepun, mereka bukan muslim but the deen, cara hidup islam ada pada mereka dan mereka mengamalkannya. Yes, no wonder mereka boleh berjaya kerana mereka mengamalkan hampir keseluruhan apa yang dibawa agama islam, yang diutus Rasulullah untuk mengajarkan dan yang diturunkan al-Quran untuk dijadikan panduan kita. 

Orang jepun mungkin boleh jadi macam Umar. Sebelum islam dah hebat, kalau dah masuk islam memang tip-top gaknya.
―Khiyaruhum fi jahiliyyah, khiyaruhum fi islam, iza faquhu.

Dari sekecil-kecil perkara sehingga kepada sebesar-besar pekerjaan. Contoh mudah yang kita buat tapi mereka tak buat- buang sampah baik-baik/jaga kebersihan,  susah nak jumpa yang makan minum berdiri, sangat-sangat menepati masa, kata-kata yang siddiq, persamaa taraf (pakcik pekebun pun pakai smart coat pergi tanam pokok), lemah lembut dan sopan perbuatannya, indah akhlaknya. Itulah tarbiyyah. Buat aku termuhasabah dengan keislaman aku. Kenapa cara hidup islam banyak pada mereka, tidak pada aku. Satu-satu apa yang lihat membuat aku koreksi diri sendiri. Aku ibarat air putih yang masuk ke dalam sebaldi nila. Terikut sama menjadi ungu kebiruan. Dan tersibghah sebahagiannya berbanding sebelum ini, lebih banyak perangai jelek dari yang baik. 

Solat zohor sorok-sorok di library, solat kecemasan di stesen kereta api, solat di bawah tangga shopping mall, solat di atas tar parking lot, memang tak sesempurna solat di ataas karpet rumah Allah-masjid. Tapi di situlah aku menghargai nikmat solat

Usrah/bulatan gembira/smart circle kami di sini juga berbeza dengan orang lain, mungkin. Kalau satu minggu, sekali usrah, sebulan ada empat kali kan. Teringat masa awal-awal di jepun, dari empat kali, sekali usrah jumpa, tiga kali online sahaja. Berbeza suasananya, ruhnya susah nak rasa tapi itulah usaha untuk kita tahu pentingnya mutabaah amal yang dari awal murabbi kita asyik duk potpet jer. Dan sekarang kita potpet dekat mutarabbi kita juga. 

Dan jarak kami adik-beradik usrah dulu jauh-jauh. Jauh juga dari naqibah (mak usrah). Dari bawah naqibah naik 'train' ke tempat aku sudah 3 jam, kemudia kami ke gifu dalam 1jam 1/2, kemudian naik lagi 'train' 3 jam ke toyama. Semata-mata untuk duduk dalam lingkaran sakinah, bersua muka, merapatkan lutut bertemu lutut untuk berbulatan gembira. Sesuatu kita nampak susah tapi Tuhan mengatur dengan sangat cantik. Bagaimana cara Tuhan mengasuh aku dan mereka untuk belajar jihad masa dan harta. 

Sangat-sangat banyak nikmat tarbiyyah di sini. Melebihi pandangan aku setiap kali mendongak luasnya langit.

Aku di sini mungkin tiada nikmat mendengar alunan ayatul Quran yang best, azan yang berkumandang dari cerobong menara masjid tapi Allah gantikan nikmat yang Dia rasa lebih baik untuk kami.

Subhanallah, Allah hu Akhbar.
-Nothing should bring us down when Allah lifts us up.

Semoga suatu masa nanti, bila kita balik ke m'sia, kita boleh jumpa, duduk di warung macam mula-mula Hasan al-Banna berdakwah dulu, berkongsi tentang kisah tarbiyyah kita. Tapi kalau x berkesempatan di warung dunia, warung akhirat pun okey inshaAllah. InshaAllah. InshaAllah.
:') 

Kisah tarbiyyah kita mungkin berbeza tapi doakan semoga penghujung kisah kita akan sama-yakni syurgaNya.


Labbaik Allahumma labbaik.





Sunday, January 13, 2013

Subur muhasabah

Bismillahirrahmanirrahim

Erti hidup pada jejak-jejak langkah yang bermakna. Aku sedar terlalu rugi jika setiap ketetapan Rabbi lebih banyak aku nafi daripada mencari erti. Betapa tidak terhitung banyaknya kemurahan dan kasih sayang Tuhan.
―seperti umur matahari tidak terhitung.
―seperti jumlah pasir yang tidak terkira.
―seperti bintang-bintang di langit yang tidak terbilang.

Aku percaya,
hakikat setiap ketetapan mengandung hikmah
hakikat setiap ujian membawa kepada kebaikan
hakikat tawa gembira, tangis sedih sekalipun dalam maknanya.

"We are always looking for signs. We are always asking for God to speak to us. But those signs are all around us. They are in everything. God is always 'speaking'. The question is whether we are listening."-Yasmin Mogahed.

―――

#muhasabah 1

terus dan terus ber'doa'. 
"Yang penting bagiku bukanlah dikabulkan doa, tetapi keinginan untuk terus berdoa. Justeru, setiap kali aku terdetik untuk berdoa, pasti aku berkeyakinan bahawa bersertanya pasti ada pengabulan doa."-[Umar Al-Khattab].

#muhasabah 2

jaga hati dari maksiat dan belajar bertaqwa.
seperti kisah Imam Syafie ketika bertemu Imam Malik, "sesungguhnya aku melihat dalam dirimu ada cahaya, maka jagalah ia."-[Imam Malik].

#muhasabah 3

letakkan dunia di tangan, akhirat di hati.
"ketika kecintaan kepada dunia masuk ke dalam hati, maka ketakutan akan akhirat keluar darinya."-[Hasan Al-Basri]

#muhasabah 4

hari-hari, solat taubat. Please!
Innallaha yuhibbut tawwabin.-Allah sangat cinta kepada orang bertaubat. 
Untuk menyentuh jiwa-jiwa gersang dengan dakwah kasih sayang, kena lazimi taubat.
"kadang-kadang, dakwah kita tidak sampai pada orang bukan kerana jiwa orang itu gelap. tetapi kerana jiwa kita yang gelap."-[Akh Hilal Asyraf]

#muhasabah 5

jangan cakap saja, beramal lah.
Umar al-Khattab yang ensem cakap, Rasullah bersabda; "Yang paling aku takutkan terhadap umatku ialah si munafik yang pandai pada lidah (bercakap hal ilmu) tapi dirinya kosong dari iman."

#muhasabah 6

ikhlas! ikhlas! ikhlas!
kadang-kadang kita lebih suka melihat sesuatu dari pandangan manusia sehingga lupa untuk betulkan niat dan ikhlas. Kadang-kadang, kita lupa untuk contohi sifat 'semut hitam yang berjalan pada batu yang hitam pada waktu malam.'-tersenyummelihatlangit.

#muhasabah 7

jangan pendam marah/dengki/dendam
"satu-satunya orang yang paling luas hatinya dan langkahnya seiringan awan adalah ia yang tidak menyimpan satu dendam dan sakit di hatinya."-[Bayu Gawtama].


Tuhan, bantu aku untuk terus muhasabah.

―――


Ya Tuhanku,
bantulah aku memperbaiki agamaku kerana agama tempat aku bergantung.
bantulah aku memperbaiki duniaku kerana ia tempat aku hidup.
dan bantulah aku memperbaiki akhiratku kerana ia tempat kesudahanku.

hmm.



Nota : Sesuatu yang perlu bagi seorang dai'e untuk Istigfar, Muhasabah dan Taubat. Aku sendiri lebih banyak celanya dari kesolehannya kerana aku juga murabbi dan mutarabbi yang bertaraf hamba. Jadi, jangan pernah memandang aku sempurna dan minta jasa baik untuk tidak memandang sisi buruk aku juga. Biar itu rahsia aku dan Tuhan. Tegurlah salah aku dan sama-sama kita koreksi apa yang sudah diperbuat. (Al-Hasyr,59:18)




Saturday, January 5, 2013

Secebis dua

Bismillahirahmanirahim

Allah memang selalu menguji
titik lemah kita yang paling dalam
berkali-kali.
Bukan untuk melihat bagaimana kita rebah
melainkan untuk menguatkan.

Kita sama-sama buka hati ya kakak. 
Aku bukan menyalahkanmu seratus peratus.
Mungkin cara aku mendekati untuk menasihatimu
-ternyata salah.

Aku juga mungkin bukan yang terbaik
untuk datang menenangkan hati gundah kamu.
cuma aku mahu ceritakan gerangan yang paling manis di dunia
iaitu mencintai Allah dan RasulNya.
melebihi kecintaanmu kepada manusia dan bumi seiisinya.

Ibnu Qayyim mengatakan,
"Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya kepada Allah.
Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah.
Ketika orang lain merasa bahgia dengan kekasih-kekasih mereka, jadikanlah dirimu bahagia dengan Allah.
Dan ketika orang lain pergi menghadap raja/pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikan dirimu benar-benar mencintai Allah."

Ambillah waktu masing-masing
untuk kita, sendiri-sendiri duduk
bermuhasabah kembali atas segala yang terjadi
mencari hikmah di sebalik ketetapan ini.

Ambillah waktu masing-masing
untuk kita, sendiri-sendiri duduk
beristighfar dan menghitung nikmat-nikmat
bukan sekadar menangis dan menyalahkan.

Mungkin ini caranya Tuhan mengajarkan kita bagaimana untuk punya peribadi yang paling lapang dadanya dan paling besar jiwanya.


secebis dari aku yang hina,
semoga kita bisa sama-sama ambil makna dari bicara sepatah dua ini.
"Unzhur maa qaala wa laa tanzhur man qaala.."
-lihatlah apa yang dikatakan, jangan melihat siapa yang bicara.
[Ali bin Abi Talib]