"Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, Aku bertanya kepada Rasulullah : Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik? Rasulullah menjawab; ibumu. Kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab; ibumu. Kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab; ibumu. Kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab; bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya."
―HR at-Tirmidzi.
Semua dari kita memiliki ibu atau pernah memiliki.
Dan kita pasti akan kata ibu kita yang paling baik di dunia.
Seolah dialah heroine terbaik yang kita ada, setia sepanjang masa.
Betulkan?
Walau kita punya figur ibu yang berbeza,
tetap ada satu titik persamaan antara ibu-ibu kita.
yakni kasih sayang mereka.
Seorang ibu dengan cintanya,
akan selalu nampak sempurna.
---
Ada orang ada ibu.
Ada orang ada emak.
Ada orang ada mummy.
Dan aku pula ada mama.
Mama yang sangat kuat seperti mama awak-awak semua, mungkin. Mama yang sabar bila aku marah-marah, tersalah meninggi suara. Mama yang dia sendiri menahan air mata-agar anak tak digelar derhaka. Mama yang berdiri kuat di sebalik hati yang parah menderita hadapi segala-galanya.
---
i ) Batik Sarung
2003, tahun aku ikut satu rombongan sekolah lawatan ke Langkawi. Selalu aku tengok abang dan kakak belikan sesuatu untuk mama dan abah bila bercuti. Jadinya aku pun terdetik untuk bawa balik sesuatu untuk mama. Aku belikan mama dua kain batik sarung. Kononnya nanti mama boleh pakai tukar-tukar.
Sebulan selepas, aku jumpa batik sarung masih berbungkus dalam laci almari. Aku pelik kenapa mama tak guna. Aku ambil dan bawa kepada mama. 'Ma, kenapa tak guna kain adik bagi nie?',dengan nada kecewa teramat. 'eh, jangan lah usik. Memang mama simpan. Kain batik nie labuh sangat, susah nak cari. Mama nak adik guna buat tutup jenazah mama nanti. Baguslah kalau dah tahu mama simpan kat mana.'
Diam! dan dari dalam aku mengeluh: Ya Allah,mama!
ii ) Pokok Ubi Kayu
tiap kalli sebelum raya, achik akan bagi satu parang untuk join dia tebas dahan pokok sekeliling rumah. Yang paling banyak sekali, pokok ubi kayu. Dari halaman belakang rumah sampailah ke sekeliling pagar luar belakang.
Selalu kami bebel kat mama. Maaaa, banyak sangat nie. Kenapa mama tanam. Dan tiap kali juga, mama akan diam. Bila mama tengok kami dua tebas banyak sgt, mama akan jerit dari pintu belakang dengan suara sedih, 'dah la,dah la. janganlah tebas semua pokok ubi mama tue.hmmmm.'
satu hari di dapur- ketika tinggal cuma aku dan mama, dia memulakan cerita. 'Adik..tahu tak kenapa mama tak bagi adik tebas pokok ubi?'. Aku menggeleng.
'Mama takut bila anak-anak mama dah besar, dah berjaya, dah ada keluarga sendiri, semua lupa mama. Semua dah hidup senang, semua mungkin tak sanggup nak jaga mama. Semua malu nak mengaku mama yang kulit hitam, comot mcm orang kampung. Nanti mama dah tak larat nak kerja, kalau anak-anak tak boleh bantu, sekurangnya mama ada pokok ubi kayu untuk makan pucuk daun dan isinya.'
Again! Sentap! Ya Allah.
iii ) Gelap
aku ada tiga kakak, 2 abang. abang dan kakak sulung kulitnya agak gelap macam mama. selalu kami-kami yang lain wish 'happy deepavali' pada abang, kakak sulong dan mama. Siap perli bila mereka balik raya aidil fitri, Kononnya kami yang lain putih sangat kan.
Tapi mama selalu cakap. 'Mama tak kesah kalau kulit mama gelap, hitam legam pun tak ape, asalkan anak-anak mama Allah bagi elok rupanya, baik akhlaknya, soleh solehah. Biarlah orang nak kata tak macam anak mama pun tak apa, asalkan mama bahagia tgk semua.'
Hmmm.
al-Isra:23-24
iv ) Syurga
Pernah, ketika mama solat malam di depan kaabah, baitul haram--sujudnya sangat lama. Mama panggil kami berenam duduk dekat-dekat, kemudian mama memulakan cerita.
'Masa mama sujud dan mendoakan awak-awak, mama nampak seorang demi seorang anak mama jatuh ke dalam api yang panas sambil jerit panggil mama untuk minta tolong. Mama cemas, mama menangis ketika sujud tanpa mama sedar sebab mama hulurkan tangan untuk capai kamu semua tapi tak sampai.'
Diam.
Bila abang, kakak, achik, adik, melawan cakap mama, bercakap dengan nada yang tinggi dalam sedar atau tidak, mama akan diam. Mama terasa mahu menangis tapi mama tahan. Sebab mama takut, setitik air mata ibu jatuh, anak itu akan dikira derhaka. Mama tak nak anak mama digelar derhaka pada ibu. Nanti tak dapat cium syurga kan?
al-Luqman:14
---
Mama.
Jazakillah khayr kerana jadi mama yang terbaik utk saya selama 22 tahun.
Terima kasih untuk setiap cinta, kasih sayang, belaian, perhatian, dan segalanya.
anakmu,
syafamohamed.
20130512
ヒルズ高峰名古屋。
2 comments:
touched!
subhanallah.
moga ibu2 kita semua Allah ampun , redha dan jaga mereka.
masyaAllah
nangis
boleh
peluk erat makcik
mesti jumpa nanti!
insyaAllah :')
Post a Comment