Erti hidup pada jejak-jejak langkah yang bermakna. Aku sedar terlalu rugi jika setiap ketetapan Rabbi lebih banyak aku nafi daripada mencari erti. Betapa tidak terhitung banyaknya kemurahan dan kasih sayang Tuhan.
―seperti umur matahari tidak terhitung.
―seperti jumlah pasir yang tidak terkira.
―seperti bintang-bintang di langit yang tidak terbilang.
Aku percaya,
hakikat setiap ketetapan mengandung hikmah
hakikat setiap ujian membawa kepada kebaikan
hakikat tawa gembira, tangis sedih sekalipun dalam maknanya.
"We are always looking for signs. We are always asking for God to speak to us. But those signs are all around us. They are in everything. God is always 'speaking'. The question is whether we are listening."-Yasmin Mogahed.
―――
#muhasabah 1
terus dan terus ber'doa'.
"Yang penting bagiku bukanlah dikabulkan doa, tetapi keinginan untuk terus berdoa. Justeru, setiap kali aku terdetik untuk berdoa, pasti aku berkeyakinan bahawa bersertanya pasti ada pengabulan doa."-[Umar Al-Khattab].
#muhasabah 2
jaga hati dari maksiat dan belajar bertaqwa.
seperti kisah Imam Syafie ketika bertemu Imam Malik, "sesungguhnya aku melihat dalam dirimu ada cahaya, maka jagalah ia."-[Imam Malik].
#muhasabah 3
letakkan dunia di tangan, akhirat di hati.
"ketika kecintaan kepada dunia masuk ke dalam hati, maka ketakutan akan akhirat keluar darinya."-[Hasan Al-Basri]
#muhasabah 4
hari-hari, solat taubat. Please!
Innallaha yuhibbut tawwabin.-Allah sangat cinta kepada orang bertaubat.
Untuk menyentuh jiwa-jiwa gersang dengan dakwah kasih sayang, kena lazimi taubat.
"kadang-kadang, dakwah kita tidak sampai pada orang bukan kerana jiwa orang itu gelap. tetapi kerana jiwa kita yang gelap."-[Akh Hilal Asyraf]
#muhasabah 5
jangan cakap saja, beramal lah.
Umar al-Khattab yang ensem cakap, Rasullah bersabda; "Yang paling aku takutkan terhadap umatku ialah si munafik yang pandai pada lidah (bercakap hal ilmu) tapi dirinya kosong dari iman."
#muhasabah 6
ikhlas! ikhlas! ikhlas!
kadang-kadang kita lebih suka melihat sesuatu dari pandangan manusia sehingga lupa untuk betulkan niat dan ikhlas. Kadang-kadang, kita lupa untuk contohi sifat 'semut hitam yang berjalan pada batu yang hitam pada waktu malam.'-tersenyummelihatlangit.
#muhasabah 7
jangan pendam marah/dengki/dendam
"satu-satunya orang yang paling luas hatinya dan langkahnya seiringan awan adalah ia yang tidak menyimpan satu dendam dan sakit di hatinya."-[Bayu Gawtama].
Tuhan, bantu aku untuk terus muhasabah.
―――
Ya Tuhanku,
bantulah aku memperbaiki agamaku kerana agama tempat aku bergantung.
bantulah aku memperbaiki duniaku kerana ia tempat aku hidup.
dan bantulah aku memperbaiki akhiratku kerana ia tempat kesudahanku.
hmm.
Nota : Sesuatu yang perlu bagi seorang dai'e untuk Istigfar, Muhasabah dan Taubat. Aku sendiri lebih banyak celanya dari kesolehannya kerana aku juga murabbi dan mutarabbi yang bertaraf hamba. Jadi, jangan pernah memandang aku sempurna dan minta jasa baik untuk tidak memandang sisi buruk aku juga. Biar itu rahsia aku dan Tuhan. Tegurlah salah aku dan sama-sama kita koreksi apa yang sudah diperbuat. (Al-Hasyr,59:18)
2 comments:
muha-sabah.
rasa macam terkena. kadang susah benar mahu istiqamah dalam bab yang satu ni kan. moga Allah selalu tetapkan hati, kita.
:)
kak syafa. owh, rasa macam kene tumbuk banyak2 kali. dush!
p/s: subhanallah gambar tu chantek sangat. suka (=
Post a Comment