Monday, December 12, 2011

habis buat, tawakal saja.

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakan dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya."
(Al-Baqarah,2:186)


kata-kata untuk sejukkan hati sendiri
Alhamdulillah,selesai sudah imtihan sem ke-dua
dah usaha, dah habis buat, tawakal jer untuk selebihnya.

orang islam itu kan kuat
mana boleh cepat putus asa
sedangkan Allah juga melarang sifat putus asa.

lagi pula, Allah itu tidak memandang hasil
tetapi Allah memandang pada usaha
Natijah bagi setiap perkara itu datangnya dari Allah
maka Dia pasti tahu yang terbaik dengan apa yang diberi
Jadi kita hanya perlu usaha, buat dan tawakal.

Sedangkan Rasulullah juga berpesan supaya kita tanamkan jer biji benih walaupun esok hari kiamat.

kepayahan itu banyak tahap
barangkali kesusahan dalam peperiksaan cuma tahap pertama.
Allah kan tak tinggalkan kita sorang-sorang untuk hadapi semua
tapi Dia bagi kita untuk pegang makna SABAR.

Allah juga ada pesan,Qauluhu Taala:
fasbir sobran jamila-bersabarlah dengan kesabaran yang baik
(al-Maarij,70:5)
fasbir lihukmi rabbik-maka bersabarlah dengan ketetapan Tuhanmu
(al-Mudassir,74:7)
wa lirabbika fasbir-dan kerana Tuhanmu,bersabarlah
kerana
fainnamaal usri yusra. Innamaal usri yusra
-Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan-
(al-Insyirah,94:5-6)

"Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui yang ghaib dan apa yang nyata lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.
(at-Taubah,9:105)


note: picture...special appreciation to 'kaki wana'..hehe;)

8 comments:

Habibah said...

dah agak dah tu kaki wana :p
suke lah gambar tu..

Habibah said...

dah agak dah tu kaki wana :p
suke lah gambar tu..

Yildirim Fateh said...

Di malaysia belum lagi imtihannya, tapi sudah mau masuk study week.

Mencurah jawapan diatas kertas.

Syafa Mohamed said...

akhi shairazi:

InsyaAllah,semoga Allah permudahkan semuanya. Naungan Allah itu kan meliputi seluruh alam, semoga kita tergolong sebagai hamba yang berada dibawahnya,biiznillah.

.:naqib saad:. said...

tengah tunggu result exam.
daripada pikir result macamane? dapat brape..

"habis buat. tawakal saja"
mmg terbaik cara ni. :D

Syafa Mohamed said...

bib...nanti syafa hadiahkan bib la yang nie..hehe^^

Syafa Mohamed said...

adik naqib..
insyaAllah Dia akan bagi apa yang baik buat kita kan...have faith in Him that He wont dissapoint you even once;)

Iylia said...

awak suka amik gambar? saya pun ! =)