In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..
Ya Allah,
hamba datang lagi berbicara soal cintaMu
cinta yang ingin ditiup dengan angin sederhana
seperti kayu yang menjadi abu namun dibakar api sayu-sayu
Ya Allah,
Di dalam seratus doa yang aku hantarkan padaMu
aku cuma ingin Kau bilaskan keampunan dan terangi jalanku
agar hati bisa menyentuh rasa nikmat dan rindu akan cintaMu
Ya Allah,
Dalam kehinaan aku datang menitiskan airmata dalam sujud menghadapMu
aku berharap agar Kau bukakan suatu jalan buatku
untuk mengarifi makna sebuah hidup dalam menggenggam cinta buatMu
moga Kau redha akan jalanku ini
sabda Rasulullah;
"Tiada yang lebih aku suka dari dua titisan, iaitu titisan darah yang tumpah kerana jihad fisabilillah dan titisan air mata kerana takut dan rindu kepada Allah SWT."
6 comments:
:)
salam wbt ukhti syafa mohamed.. ^^,
hehehe.. terima kasih sudi singgah ke teratak saya.. tu lah ramai ingat lelaki.. tapi tak kisahlah.. sebab suka sangat nak guna nama tu.. hehehe..
baca sahajalah syafa.. kedatangan syafa ke blog saya amat saya hargai.. jangan segan-segan nak datang lagi ke sana.. ^^,
Smoga cinta-Nya tak pernah luntur buat kita...
salam ukhuwahfillah,
Faaein Talip Roy
Melaka, Malaysia.. [^^.]
kebetulah (eh?) sama ek postnye.wahaha...
^^
sama2 mencari kasihNya.ganbarou!
kak chae;')
semoga terus kuat disana...
waalaikumusalam ukhti faein^^
Allah,itulah,kadang-kadang Allah datangkan sesuatu dari arah dan sebab yang tak disangka-sangka kan;')
InsyaAllah,insyaAllah...semoga terus kekal kasih syg kerana Dia walaupun kita tak pernah bertemu muka...
akak puding karamel...
soudane...onaji hanashi shitteta,nanka ii kanji to omou^^
rindu akak.....;(
Post a Comment