Friday, October 21, 2011

pupuk cinta buat Tuhan

Bismillahirahmanirahim..
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful




wahai teman, katakan pada hati-hatimu. Jangan pernah berhenti mencari cinta dan redha dari Ilahi. Kerana akan kamu dapati,di situ terdapat suatu sinar menjadi petunjuk menyuluh jalan kamu. Jika hati banyak bergelut dosa, diri terkunci dicelahan karat maksiat, tersumbat di lubang jahiliyyah, ayuh kembali sirami hati-hati kita ini dengan CINTA pada Allah, bajai hati dengan memperbanyakkan ZIKRULLAH agar tidak lagi berpaling tergapai-gapai dalam gelap jalan, pengubat saat terpatah dalam mujahadah.

wahai teman, terapkan dan lancarkan terlebih dahulu CINTA buat Allah. Supaya saat bertemu kesulitan di masa depan, hati kita bisa cepat dilembutkan kerana sudah menggengam cinta yang agung buat Dia. Supaya dalam setiap nafas akan datang kita tidak pernah lelah lagi melakukan segala kerja bila Allah menjadi tujuan utama semata. kerana cinta itu sangat berkuasa yang dianugerah oleh YANG MAHA KUASA.

Cinta pada Dia mampu mencairkan besi, menghancurkan batu, mengeluarkan segala isi bumi, membangunkan yang tidur supaya bangun, membangkitkan segala ruh dalam kehidupan..itulah luar biasanya CINTA BUAT DIA.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada dalam tiap-tiap diri manusia. Ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnya lah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah kedustaan,kehinaan dan lain-lain cela. tetapi jikan ia jatuh ke tanah yang subur, akan tumbuh disana kesucian hati, keikhlasan, budi pekerti dan lain-lain sifat terpuji.
-HAMKA-

Lantas, semaikan juga rasa cinta buat kekasih Tuhan, Rasulullah. Sebagaimana tingginya rasa cinta sahabat-sahabat terdahulu mencintai baginda. Mungkin tidak pernah kita menatap wajah baginda, apatah lagi menghidu harum nafas hembusannya, tetapi kita bisa menghidupkan sunnahnya, dari yang kecil sehingga sunnah terbesar (dakwah). Tiada yang mustahil. Banyakkan selawat dalam dan luar doa, itu juga tanda cinta pada Rasulullah. 


ketika Rasulullah berada di hadapan,
Ku pandangi pesonanya dari kaki hingga hujung kepala
tahukah kalian apa yang terjelma?
Cinta!
-Abu Bakar As-Siddiq-

ayuh teman, cintakan Allah dan Rasulullah seperti sungai yang sentiasa mengalir airnya bukan seperti cinta pada bunga yang akan layu dan mati. Basahkan cinta-cinta ini dengan air mata keinsafan agar ia kekal murni dan indah senantiasa,insyaAllah. 

Mungkin inilah caranya kita memperoleh redha dan rahmatnya. Jangan menuntut untuk kita dicintai tetapi mulailah dalam diri untuk mencurah dan memberi cinta itu pada Ilahi. Kerana suatu masa ketika kita sedang melalui jalan berduri dan berliku-liku, cinta itu akan datang menyentuh dan memeluk kita. pasti!

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang
99 disimpan disisinya, 1 diturunkan ke dunia
Dengan kasih sayang ini juga manusia berkasih sayang
sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

dari Rasulullah SAW,Allah berfirman:
"Orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan syuhada menyukai mereka."
-HR TARMIDZI-


note; Alhamdulillah,syafa peroleh semangat yang luar biasa setelah balik dr jumpa seorang akak hebat dalam tarbiyah. Masya'Allah. Dan syafa mula rasa segala-galanya akan menjadi luar biasa bila cinta pada Allah sebagai paksi utama. Dan cinta pada Allah itu juga yang membuahkan cinta antara hambanya. Syafa sayang kamu, setiap   yang syafa rasa, syafa nak semua orang juga merasa yang sama;) biiznillah.

6 comments:

Anonymous said...

salam sahabat..

nice sharing syafa..teruskan perkongsian tau. walaupun as a silent reader, pc go through entri2 syafa..;)hope one day pc pun merasai apa yang syafa rasa. biiznillah.

ieyba said...

waa...can feel it..ehhe..
harap dpt merasai apa yg kak syafa rasa^^

alyamohsin said...

syafa..jazakillah khairan for sharing^^
一緒に頑張ろうよ!!

Syafa Mohamed said...

waalaikumusalam ukhti pc sayang^^...

Alhamdulillah...ini sahaja yang dapat diusahakan dengan izin Dia...dan rasa itu juga Dia yang datangkan,syukur...

InsyaAllah,syafa sentiasa doakan sahabat2 syafa ini..semoga pc merasa yang lebih manissssss dr syafa rasa yer;)

sayang kamu fillah ya ukhti pc

Syafa Mohamed said...

insyaAllah adikku ieyba...^^

akak doakan kamu jauh dr sini..maaf tak selalu dapat bertandang untuk membaca atas kekangan masa tak mengizinkan akak..:')

Syafa Mohamed said...

hait2 alya...waiyyaki;)

semoga Allah letakkan hati-hati kita semua dalam tempat yang satu,amin..biiznillah;')