Wednesday, October 5, 2011

dan Hatipun Mengadu

Bismillahirahmanirahim
In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful



sudah habis kata..
sudah hilang rasa..
sudah lelah dengan dunia..
sudah lumpuh memendam dosa..



Adakah gara-gara suatu peristiwa, aku mula lelah, langkahku perlahan seolah-olah sudah separa nafas?
Andai manusia menjadi punca,tapi aku masih punya Dia.

Ya Allah,

andai timbul secebis salah faham antara aku dan manusia,maka leraikanlah.
andai kebenaran itu berpihak pada aku,maka dindingkanlah aku dari rasa ujub.
andai yang wajar itu letaknya pada aku,maka payungkan lah aku dengan sifat ijtihadiyah.
Pendapatku adalah kebenaran yang mungkin boleh salah dan pendapat dia adalah salah namun mungkin boleh benar.

Aku yang berdosa. Aku yang salah. Aku yang menjadi punca. Mencemarkan hati sendiri.
Jawapannya selebihnya pada aku,juga pada Mu. Rahsia antara hamba dan Al-Khalidnya.

Telah datang kepada aku suatu cahaya tetapi aku sendiri yang sering memalapkannya.
Berapa ramai orang yang inginkan kebaikan tetapi mereka tidak mendapat kebaikan tersebut.
Aku tidak mahu menjadi hamba sombong yang khusyuk dalam tangisan meminta hidayah tetapi setelah diberikan, sesat sekadar menjadi pencinta kebaikan.


Ingin kembali untuk menyucikan hati, andai sakit biar bisa diubati, andai cemar biar bisa dicuci.

Uthman bin Affan berkata;

"Jika hati kita suci, maka hati kita tidak akan kenyang dengan Kalamullah. Sungguh saya benci jika saya mendapati satu hari saya tidak melihat mushaf."
Uthman Affan tidak meninggal dunia sampailah mushafnya rosak kerana sering dibaca. Subhanallah



Muhasabah kembali..
Berapa banyak masa diri aku infakkan buat Engkau?
Berapa banyak detik aku tunduk sujud pada Engkau?
Berapa banyak waktu aku luangkan untuk pasrahkan diri pada Engkau?


dan hati pun mengadu...membayangkan kelalaian demi kelalaian.
Memikirkan bahawa suatu ketika dulu, yang juga semalam dan sesaat lepas
dimana aku tidak meresapi segala kata-kata indah disebalik bait-bait kalamullah
dimana aku tidak menghirup makna-makna indah yang ditebar sejak takbir hingga salam
dimana aku tidak lagi kuat dan mula rapuh,patah dalam mujahadah sehingga hampir lupa pada mutiara indah dakwah.


Selamatkan lah aku dengan taubat-taubat ini. Selamatkanlah aku melalui kehadiran perasaan cinta pada Mu. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Tiga hal yang boleh menyelamatkan kamu adalah wujudnya rasa takut kepada Allah baik dalam keadaan sendiri mahupun ramai, berbuat adil dalam keadaan redha mahupun marah dan hidup sederhana baik dalam keadaan miskin mahupun kaya."

Tetapi jauhkan aku dari perkara yang boleh membawa aku tergelumpur kembali pada jahiliyyah.

"Dan tiga hal yang menghancurkan adalah keinginan yang dituruti, kebakhilan yang diikuti dan kekaguman pada diri sendiri."


Dari hati; Perhatikan dirimu! Apakah semua ilmumu bertambah amalmu juga bertambah, atau ilmumu bertambah tapi justeru mundur ke belakang?


ingin kembali terbang mengejar sinar mentari

mohon kekuatan dari Dia melalui kalian juga. Assef pada yang bertanya kenapa seperti berhenti berpena. Afwan pada yang memberi kata membina tanda cinta ukhuwah fillah kita:)



5 comments:

Habibah said...

Islahul qulub takkan pernah berhenti :)

alyamohsin said...

gambatte syafa^^
penulisan syafa menjadi sumber tarbiyah alia dan org lain:)

Syafa Mohamed said...

bibT_T

Syafa Mohamed said...

iie,iie alya...tak berasa begitu..cuma ini yang termampu...tak berupaya memberi pada adik2 mcm dulu,jadi mencurah disini..

memberi itu seperti menyuap mulut lain tetapi mengenyangkan perut sendiri;)

nurnuha said...

Setiap kali baca blog ni ada post yg seolah memahami luahan hati yg sama pada saat ni..