Saturday, May 19, 2012

Masa Silam

Bismillahirahmanirahim...


Lama kesepian mendominasi keadaan. Hening.


"Kalau kamu diberikan peluang untuk kembali ke masa lalu, apa yang ingin kamu lakukan?" Soalnya sambil memandang laut.


Menarik nafas panjang. Dan menghembuskan beserta bongkahan dijiwa, "Aku mahu membetulkan semua kesilapan aku..."


Dia memandang tepat ke anak mataku, "Tapi tanpa semua kesilapan kau yang lalu, kau mungkin tak jadi seperti hari ini..."


"Kamu, hidup diburu dosa-dosa silam itu sangat menyeramkan. Bila aku teringat, kesakitannya membuat aku menutup mata sendiri. Betul kata kamu. Aku takkan mungkin kembali ke masa lalu.."


Dia diam. Memandang kosong lautan di hadapan.


Aku juga tahu rasanya. Bagaimana bila bergelut dengan masa silam yang penuh dengan kebatilan. Ruang lingkup dunia jadi hitam dengan jahiliyyah. Bila mana maksiat memenuhi jadual harianku. Rancaknya aku ingkar pada Tuhan.


Tapi dengan nikmat Tuhan ajarkan aku ucapan Alhamdulillah itu, aku tidak merungut lagi tetang kisah silam hidup. Jiwa tenang. Masa berlalu buat aku mengerti hikmah disebalik kejadian. Besarnya kuasa susunan huruf yang memuji Tuhan. Alhamdulillah.



4 comments:

Cik Beah said...

indahnya.

:')

Hanisah Hamid said...

tanpa kesilapan masa lalu kita tak mungkin jumpa hidup yang tenang mcm sekarang kan kak?

Anonymous said...

kannn..
sbnarnya dgn tarbiyah, masa silam, kenangan silam yg kita rse pahit itu menjadi manis~
tanpa kenangan dan pengalaman itu, kita tidak akan mampu menghadapi hari ini.. ^^
syafa, ganbarou..

*luv,hugs*

.:naqib saad:. said...

T_T