Matahari beransur terbit dari kaki langit
Di ufuk timur, kelihatan warna jingga seperti menaikkan seri gumpalan-gumpalan awan.
Mesej-mesej dia selalu aku terima,selalu
Ketika helaian-helaian matsurat baru saja dicapai
Pada ruang waktu tinggi matahari sekadar al-Rumh jaraknya dari pandangan
Sehinggalah pada saat bulan mula mengambang, aku menutup muka surat al-Mulk.
Dia akan berjalan dan mencuit bahu aku dari arah belakang, setiap kali berjumpa.
Sekali saja menoleh, aku pasti memeluk dia erat-erat.
Hati memang sudah nyata menjerit suka dari dalam.
Tak perlu cerita semua, seolah berlaku transaksi hati antara aku dan dia.
Saat pertama kita melangkah untuk bersama
dalam jalan dakwah dan tarbiyyah
Ketahuilah bahawa sesungguhnya diriku adalah dirimu
Setiap kegembiraanmu adalah saat bahagia aku
Dan setiap masalahmu juga menjadi kerunsinganku.
Bukankah kita telah berjanji setia mengharunginya bersama
Dalam rabithah hati kita, pagi dan petang.
Ketahuilah apabila engkau telah menasabkan dirimu
dalam dakwah dan tarbiyyah
Segala masalah yang kamu pikul adalah masalah untuk dakwah
Itu masalah untuk kita pikul bersama.
-Bidadari Chiba, Japan-
Begitulah aku dan dia menyerap dan membahagi kekuatan
sama rata.
Walau kami berjauhan, sibuk dengan kerja dakwah dan tarbiyyah
tapi kerana dakwah itu cinta
Hari-hari cinta itu bercambah dan kami cuma menyuburkannya.
Hadiah dia buat aku, mungkin;)
Semoga Allah mengganjari kebaikan buatmu, kakak
dan menambah kekuatanmu dari setiap mesej yang aku terima.
Rindu dan cinta aku,
biar Tuhan yang sampaikannya pada akak melalui setiap derap doa yang aku baca hari-hari.
5 comments:
Assalamualaikum :)
Subhanallah, indah kata2 Syafa.
Doa Rabithah kunci Ukhwah yg akan sentiasa membuka rasa cinta dan sayang pd para pencinta ^^
(^_^)//
"meraikan cinta tanpa kata
ibarat lagu tanpa bait liriknya
merdu irama
sudah cukup
melerai rindu....."
-secret admire-
:p
i know siapa bidadari chiba itu!
bidadari chiba itu!!
bidadari yang sentiasa menyejukkan hati..
ahh.. rindu..
moga Allah kirimkan tiupan rinduku,
buat semua akhawat2ku.. =)
-secret admire jugak!-
suka!! :D
jom melangkah bersama dalam jalan ini^^
ukhuwah fillah..hehe..
akk,ieyba share k..jzkk!!
afwan semua sebab tak reply komen awal-awal^^
apa-apa pun, komen dari jiha, ieyba dan secret admire yang nakal nie sangat menaikkan semangat:') yosh!
Post a Comment