Friday, December 23, 2011

pandanglah aku si pendosa sekali lagi

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


"Dengan apa kau pandang orang yang berdosa?
Pandangan rahmat atau kebencian nista
Ketahuilah hati yang membenci
Tidak akan mampu mencinta.."
-Akhi Hilal Asyraf-


teringat tentang 'bicara sufi kepada sahabat'
sahabat,engkau tanya bagaimana cara untuk mewujudkan cinta Allah dalam hati?
Ketahuilah sesungguhnya cinta itu tidak muncul tiba-tiba dan ia tidak boleh dipaksa-paksa.
Fahamilah tamsilanku.
Cinta Allah adalah pohon yang tumbuh secara beransur-ansur di dalam hati insan yang ingin menanamnya.
Pohon cinta ini ada benihnya yang perlu disemai, disiram, dibajai dan dijaga.
Tempat menanam pohon cinta Tuhan adalah dihati.
Barangsiapa yang sudi menanam benih cinta ini dihatinya, pasti ada harapan benih itu akan tumbuh menjadi pohon yang rendang dan berbuah lazat dinikmati oleh semua.


mungkin ini padah yang diterima diri
kerana dulu aku sang pendosa yang mata tertutup rapi
sang pendosa yang hatinya tak henti-henti menafi
sehingga ada yang benci dan rasa dikhinati
sehingga mereka takut untuk memberi cinta sekali lagi.

maaf...aku kesal dengan silap ku sendiri
aku mengharap cinta dari kamu sekali saja lagi
walaupun aku tidak layak untuk dikasihi dan dicintai
akan aku usahakn untuk tidak mensia-siakan peluang kamu beri
doa ku semoga Allah bukakan hati kamu untuk menerima aku kembali.

Thursday, December 22, 2011

coretan perjalanan aku dan kamu

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


ukhtifillah..
suatu kisah ku ukirkan
coretan perjalanan aku dan kamu 
ketika sama-sama subur dalam tarbiyah
dari saat pertama kita bertunas
disiram air, dicampak baja, berhujan berpanas
mula mekar kelopaknya siap terhias.


ya ukhti..
masih hangat dalam ingatan
detik pertama menginjak kaki ke usrah
bila mana cuba untuk berubah
membuang semua lumpur, lekit dan lumut jahiliyyah
mencari cinta dan sujud sepenuhnya pada yang Ilah.


ukhti..
diari tentang kita, aku catat semuanya 
sejak kau kata 'kamu berubah dulu, aku akan menyusuri kamu'
ketika itu aku semangat sungguh hati berombak tsunami
sepertinya jendela hati Allah ketuk sampai terbuka 
memang rasa itu tak aku nafi indah sekali.


wahai ukhti..
sejak dari hari itu 
maka waktu solat dijaga supaya serasi dengan suruhanNya
maka al-Quran diubah jadual bacanya
maka tudung diubah bidang dan gaya pakainya
maka gaya bahasa dan perbualan diubah cara dan isinya.


orang kata kita drastik
kamu kelihatan runsing waktu itu
orang kata kita luar baik, dalam sama
kamu kelihatan sedih waktu itu


tapi ayat-ayat Allah itu kembali menenangkan kita bukan. Masih ingat surah (al-Kahfi,18:20).
'Jangan sesekali engkau mengatakan''Aku akan melakukan itu esok pagi''...'
kerana barang kali esok bukan milik kita lagi.


Walaupun tak ada orang sayang kita, tapi Allah ada dekat dihati kita.
Walaupun tak ada orang cinta kita,tapi Allah ada mengasihi kita.
Walaupun tak ada orang tolong kita, tapi Allah ada untuk lindungi kita.
Walaupun tak ada orang rindu kita, tapi Allah tetap tunggu kita.
Walaupun tak ada orang jaga kita, tapi Allah ada memerhatikan kita.
Walau tak ada orang dengan kita, tapi Allah ada sentiasa temankan kita.


#tersenyum teringat kamu.


'Jika engkau memperoleh seorang teman duduk yang mengingatkan engkau kepada Allah dengan melihat wajahnya dan perjalanan hidupnya, maka rapatilah dan jangan engkau berpisah daripadanya. Rampaslah hatinya dan janganlah memandang hina padanya. Kerana itu adalah rampasan bagi orang-orang berakal dan barang hilang bari orang mukmin. Dan yakinlah tempat duduk bersama orang soleh itu lebih baik dari sendirian. Dan sendirian itu lebih baik dari tempat yang jahat.'
-Imam al-Ghazali-




note: sanal helwah buat mira. it's late but i tried my best to write something just for you. takde duit nak beli hadiah, bagi gambar dengan kucing abah okey jer kan?^^

Monday, December 19, 2011

dakwah itu cinta...cinta itu akan menuntut semuanya dari kita.

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


sampai kapankah aku berkata tetapi aku tidak berbuat,
dan sampai sejauh manakah aku tetap berputar-putar tanpa mahu berhenti.

Aku telah membuka mataku tetapi tidak mahu memperhatikan,
dan aku telah menasihati diriku akan tetapi tidak mahu menerima.

Sampai kapankah diriku beralasan dengan 'barang kali' dan 'nanti',
alangkah celakanya dan sampai kapankah diriku menangguh-nangguhkannya? 

Sampai kapankah diriku berangan-angan hidup terus lalai dan alpa,
padahal maut tidak pernah lalai.

Setiap hari berseru pada kami orang yang menyerukan untuk berangkatlah, ingatlah dan berangkatlah kalian!

  Seakan-akan aku sudah dekat kepada kematianku lalu kerandaku diusung dan aku tidak diberi masa tangguh. 
-Andalusia-


infiru khifaafan wa thiqalan!
berangkatlah kamu dalam keadaan ringan mahupun berat.

Thursday, December 15, 2011

rumah di mana yang lebih baik?

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..

Alhamdulillah 'ala kulli hal
Astagfirullah 'ala kulli zanbin

Sungguh dimatanya, dunia hanyalah titipan.
Sungguh baginya, dunia adalah jambatan menuju kehidupan abadi disyurga sana.

begitulah kuatnya ingin seorang sahabat Rasulullah.
Dialah Uwaimir bin Malik, digelar Abu ad-Darda'
seorang ahli ibadah yang zuhud dan hamba yang sentiasa merindukan Tuhannya.

Pada suatu hari, ketika dia sakit. Datang sahabat-sahabatnya menziarah. Lalu mereka mendapati dia berbaring pada selembar kulit binatang. Sahabatnya seraya berkata:
'Jika kau mahu, kami akan gantikan dengan alas tidur yang lebih empuk untuk kamu.'

Dengan isyarat dari jari telunjuknya dan tatapan mata jauh kedepan, dia berkata:
'Kampung kita nun jauh disana. Untuk kita mengumpulkan bekal dan kesana kita akan kembali. Kita akan berangkat kesana dan beramal untuk bekal kesana.'

Begitulah seterusnya ketika sekumpulan tetamu datang berteandang ke rumah Abu ad-Darda' pada suatu malam yang sejuk. Tetamu itu kepelikan, kenapa makanan yang dihidang panas tetapi tak diberikan selimut. 
Begitulah hidupnya Abu ad-Darda' dan zaujahnya. Mereka tidur tidak berselimut dan bertahan dengan hanya memakai baju nipis yang tidak melindungi mereka dari panas mahupun sejuk.

tetamu itu bertanya kepada Abu ad-Darda':
'dimanakah kelengkapan rumahmu?'

Abu ad-Darda menjawab:
'Rumah kami ada disana. Kelengkapan dan kemudahan yang kami peroleh, kami hantar ke sana. Kalau kami masih punya suatu kelengkapan dalam rumah ini, pasti kami akan serahkan kepada kamu.
Lagi pula, dalam perjalanan yang kami lalui untuk ke rumah itu, ada banyak halangan yang menyusahkan. Jadinya, membawa membawa bebanan yang ringan itu lebih baik dari bebanan yang berat. Sebab itu, kami ingin meringankan/ mengurangkan bebanan berat kami. Mudah-mudahan kami mampu merentasi halangan itu.
faham ker?

tetamu:
'ya, saya faham. Semoga Allah membalas kebaikan kepada kamu.'

hari-hari berusaha untuk bina rumah besar didunia
sehingga kadang-kadang lupa untuk naikkan rumah di akhirat sana.

65 gambaran kehidupan sahabat 

Monday, December 12, 2011

habis buat, tawakal saja.

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakan dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya."
(Al-Baqarah,2:186)


kata-kata untuk sejukkan hati sendiri
Alhamdulillah,selesai sudah imtihan sem ke-dua
dah usaha, dah habis buat, tawakal jer untuk selebihnya.

orang islam itu kan kuat
mana boleh cepat putus asa
sedangkan Allah juga melarang sifat putus asa.

lagi pula, Allah itu tidak memandang hasil
tetapi Allah memandang pada usaha
Natijah bagi setiap perkara itu datangnya dari Allah
maka Dia pasti tahu yang terbaik dengan apa yang diberi
Jadi kita hanya perlu usaha, buat dan tawakal.

Sedangkan Rasulullah juga berpesan supaya kita tanamkan jer biji benih walaupun esok hari kiamat.

kepayahan itu banyak tahap
barangkali kesusahan dalam peperiksaan cuma tahap pertama.
Allah kan tak tinggalkan kita sorang-sorang untuk hadapi semua
tapi Dia bagi kita untuk pegang makna SABAR.

Allah juga ada pesan,Qauluhu Taala:
fasbir sobran jamila-bersabarlah dengan kesabaran yang baik
(al-Maarij,70:5)
fasbir lihukmi rabbik-maka bersabarlah dengan ketetapan Tuhanmu
(al-Mudassir,74:7)
wa lirabbika fasbir-dan kerana Tuhanmu,bersabarlah
kerana
fainnamaal usri yusra. Innamaal usri yusra
-Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan-
(al-Insyirah,94:5-6)

"Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui yang ghaib dan apa yang nyata lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.
(at-Taubah,9:105)


note: picture...special appreciation to 'kaki wana'..hehe;)

Friday, December 9, 2011

Are you gonna fly high?

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


Alhamdulillah wa syukurilah,
segala puji bagiNya akan setiap nikmat yang dikurnia.

Kelebihan itu nikmat
Kekurangan itu juga nikmat.
maka bersyukurlah wahai diri,

kerana kelebihan itu kamu masih bisa berdiri dan berlari dalam arus dakwah ini.
bersyukurlah lagi,
kerana kekurangan yang diberi itu buat kamu bisa memuhasabah diri untuk terus memperbaiki.


Alhamdulillah, Allah tidak tarik nikmat kekuatan yang diberi walaupun telah banyak ujian dihadapi. Ya, belajar itu dimana-mana pun susah. Itulah kata-kata yang perlu disemat supaya hati tidak membezakan tempat belajar sendiri dan sahabat-sahabat nun jauh disana mahupun disini. Mana-mana pun sama. Tak kesah la dinegara sendiri(Malaysia), Beijing, Australia, Russia, Mesir atau Jepun sendiri. Tak kesah jugak belajar apa, 'medic' ker, 'engineering' ker, usuluddin ker, syariah atau apa-apa saja. Mungkin tahap kesusahan kita berbeza tapi ada benda yang menyamakan kita bukan?....


Dulu, selalu cakap pada diri, dah tak mampu tapi masih nak datang berlajar 'oversea'. Kalau dah tahu diri tak sebijak orang lain, tak payah la nak mengada-ngada pilih 'top university'. Orang lain belajar dekat universiti biasa, hidup pun biasa jer. Tak 'busy', tak kalut, tak banyak homework, belajar pun tak susah. Tengok sekarang tanggung akibat perbuatan sendiri. Mengeluh lah sehabis-habisnya, masa takkan boleh diputar semula lagi wahai diri.


Tapi Alhamdulillah, selagi tarbiyah itu dekat dengan diri kita sendiri, kata-kata itu akan hilang melayang-layang, keluhan hilang seperti tak pernah menyapa. Jangan jadi hamba yang tak reti menghargai apatah lagi melafaz kata syukur. Kerana apa?..kerana dulu, kita yang minta pada Dia, menangis-nangis dalam istikharah supaya dilihatkan dengan jelas apa pilihannya, menangis-nangis supaya permohonan diluluskan, menangis-nangis agar keputusan kemasukan/pemilihan cemerlang supaya dapat masuk 'top university'. Lantas, Dia tak pernah mengatakan tidak pada semua permintaan kita, semuanya di permudahkan. Dia kasihan melihat kita penat menitiskan airmata agaknya. Dia mahu melihat hambaNya gembira, cuma.

Jadi, janganlah berhenti dan keluar dari kelas dalam keadaan seolah-olah kita tidak puas hati dengan apa yang dilalui, kerana itu membawa kepada tanda tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Malah, detik itu juga jelas untuk menggambarkan hilangnya sabar dalam diri. Sebaliknya, ukirkan senyuman seperti yang berlalu sebentar tadi cukup untuk buat hati gembira dan suka dengan ketetapan atas diri. Walaupun kita belajar benda yang berbeza tapi matlamat kita masih sama bukan? Mencapai redha dari Pencipta diri (Al-Khalid) dan untuk melihat islam itu pada tahapan tertinggi.

Belajar lah betul-betul, berdakwah bersungguh-sungguh, berjihadlah sebenar-benarnya, ibarat ini saja saki masa yang tinggal dan esok bukan milik kita lagi. Gunakan sebaik mungkin ilmu yang ada mengikut 'possesion' masing-masing. Sumbangkan sesuatu pada agama kita. Teruskanlah berjalan menyebarkan islam, teruskan mencari kebaikan, teruskan langkah dalam jihad, rahmat dan redha Allah mungkin akan jatuh dimana-mana.



Siapa kata kita tak mampu gunakan apa yang kita belajar untuk islam.


Yayha Ayash..
seorang jurutera elektrikal dan elektronik
menggunakan kepakarannya untuk membuat bom
bagi tujuan menaikkan islam dengan melenyapkan israel laknatullah
Beliau digeruni oleh musuh islam, bahkan israel sendiri tidak berani untuk mendekati beliau sebaliknya menggunakan sahabat karibnya untuk membunuh beliau dengan cara meletakkan bom pada telefonnya.


Imad Aqil..
pahlawan pemuda palestine
sedang dia berkerusi roda, dibom ketika keluar dari masjid
israel terlalu takut kepadanya sehingga dibom As-Syahid Imad Aqil tepat-tepat diwajah sucinya.


Andai mereka ini digeruni,ditakuti musuh tetapi kita pula sebaliknya. Masih perlu muhasabah. Jika mereka bisa menggunakan 'profession' sendiri untuk menaikkan islam kenapa kita pula masih memberi alasan tidak boleh. Apakah yang membezakn kita dan mereka. Muhasabah jangan tinggal muhasabah. Tetapi muhasabah dan bangkitlah. Sedar bahawa ummat sedang tenat. Jika kita fikirkan kitalah yang paling terluka hari ini, yang paling menderita hari semalam, pandanglah ke bawah...ummat kita di sana lebih banyak disakiti,didera dan lebih banyak rasa peritnya nak dibandingkan dengan kita.

Syukurlah akan setiap doa kita yang Allah kabulkan. Berbanding dengan mereka yang menangis dan sehingga berkorban darah sekalipun, masih tetap sama. Dan berterima kasihlah pada mereka, kerana tanpa mereka kita mungkin masih leka. Kerana mereka, Allah sedarkan jiwa-jiwa yang masih tidur lena. Sekarang sudah sampai giliran kita untuk membalas jasa mereka dan Dia juga.

Ayuh terbang tinggi, mengjangkaui imaginasi musuh agama kita. Ask yourself, are you gonna fly high?




You may not end up where you thought you would be
but you'll end up right where you're meant to be.


note: maaf jika ada terkasar bahasa. Tak pandai untuk marah tapi mencuba untuk tegas dengan diri juga supaya bisa tegas dengan musuh yang bakal dihadapi nanti. Doakan mimpi yang besar ini bakal jadi kenyataan. Minta doa biar jiwa bisa sekental Khawlah.

Monday, December 5, 2011

bermimpilah dalam hidup, jangan hidup dalam mimpi

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


"Haqaa-iqul yaumi ahlaamul amsi, wa ahlaamul yaumi haqaa-iqul ghadi"
Kenyataan hari ini adalah mimpi hari kemarin dan mimpi hari ini adalah kenyataan esok hari
(Imam Hasan Al-Banna)



'Bermimpilah dalam hidup,jangan hidup dalam mimpi.'

Friday, December 2, 2011

hari Asyura

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..


''Inilah jalanku, Aku dan orang-orang yang bersama aku mengajak manusia kepada Allah dengan basirah (jalan yang jelas.."
(Yusuf:180)

Subhanallah...bergetar hati membaca surat cinta kali ini.

Allah huakhbar..sudah sampaikah aku ke dalam golongon begini.
Astagfirullah al'azim..semoga masih bisa perbaiki diri demi umat dan agama sendiri.


Sempena awal muharam,ayuh hijrahkan diri ke arah yang lebih baik dari minggu semalam,bulan yang lepas dan tahun yang berlalu. Masih belum terlambat. Sedangkan pintu taubat itu juga tidak pernah ditutup. Hijrahkan diri untuk diinfakkan sepenuhnya buat Ilahi, sebaik-baik pemilik ruhi dan jasadi.


Dari Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab r.a,beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda : "Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuan, atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."



''Tiada hari yang afdal berpuasa melebihi hari-hari di bulan Ramadhan dan hari Asyura."
-HR Bukhari & Muslim-

"Sesungguhnya Asyura adalah hari-hari Allah."
-HR Muslim-

note: ini saja yang bisa dikongsi denga semua sebagai ganti ketiadaan syafa pada hujung minggu atas panggilan-panggilan tertentu. selamat beramal;) teruskan usaha walau lelah mana sekalipun.