Monday, August 1, 2011

Tuhan,ampunkan daku

nagashima spaland,nagoya

bismillahirahmanirahim
In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful

Ramadhan,bulan penuh rahmatNya sudah berkunjung tiba. Bukan tidak gembira,cuma rasa terharu dengan nikmat Allah itu sedangkan aku adalah pendosa, pendosa tegar yang bergelut dengan dosa, tanganku berlumuran dosa juga hampir keseluruhan tubuhku diseliputi dosa. Malu mahu mengadapNya...

Ramadhan ini bulan yang suci. Hati mula sedih saat kembali mengenangkan segala jahiliyah dalam diri, saat teringat bukan senang untuk capai syurga dek dosa-dosa lampau. Mungkin ramadhan pertama ini bakal menjadi titik tolak antara hari semalam dan hari ini.
Alhamdulillah,jika benar bulan ini adalah kesempatan untuk diriku bertaubat,kembali kepada titik mula. Mungkin agak terlambat dari teman-teman lain yang sudah jauh memecut ke depan,tapi tak mengapa...salah diri kerana dulunya masih terleka. sekurang-kurangnya, diri tahu untuk berhenti melenyapkan jahiliyyah lalu, memulakan diari baru dari terus terhanyut.

Namun wahai teman,janganlah benci pendosa seperti saya. sebaliknya tegurlah,nasihatilah dan asuhlah,berikan semangat untuk kembali ke jalan yang sama seperti kamu.

Larangan Abu Ad-Darda’ R.a dari mencerca pendosa:

Dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Abu Qalabah bahawa Abu Ad-Darda’ R.a  telah melewati seorang lelaki yang telah melakukan dosa.
Orang ramai telah mencercanya. Oleh itu, Abu Ad-Darda’ R.a  pun bertanya kepada mereka:”Jika kamu menjumpainya didalam sebuah telaga, adakah kamu akan mengeluarkannya dari telaga tersebut?”.Mereka menjawab”Ya.”
Abu Ad-Darda’ R.a pun berkata:” Oleh yang demikian, janganlah kamu mencerca saudara kamu dan hendaklah kamu semua memuji Allah SWT yang memaafkan  kamu!” Mereka pun berkata :”adakah kamu tidak membencinya.” Abu-Addarda’R.a  menjawab:” adapun aku hanya membenci amalan buruknya itu dan sekiranya beliau meninggalkan amalan buruknya, maka beliau adalah saudaraku.”

Banyak sungguh untuk diperbaiki dalam diri;

1)repair hubungan dengan Allah
2)repair cinta pada Allah
3)lenyapkan segala rasa pada cinta seorang ar-rijal
4)repair usaha dalam tarbiyyah
5)repair usaha dakwah 
6)tingkatkan amal dan sentiasa mutaba'ah
7)repair hubungan dengan manusia sendiri

Mungkin sebelum ini diri sendiri lah yang menghalalkan segala yang termakhtub haramnya. 

Astagfurillah al azhim... 

Banyaknya dosa diri ini,kalau dihintungkan dan ditimbang, infinity jadinya,mungkin error occured kerana terlalu banyak sehingga manusia manapun tak mampu mengiranya, hanya dibawah pengetahuan Dia sahaja,yang PASTI...



teringat kata-kata dari surat kakak naqibah, ummi ayu;

"syafa sayang,
Sifat lembut dan kasih sayang yang ada dalam dirimu pasti boleh mencairkan sesiapa sahaja. Tetapi, syafa sayang, amatlah lebih baik jika suatu hari nanti kamu mampu gunakan untuk menarik lebih ramai madu kepada islam dan dunia tarbiyyah ini. Ummi yakin kamu mampu menjadi seorang yang hebat dalam dunia tarbiyyah ini. Terus dekatkan diri dengan Allah. Moga Allah beri kekuatan kepada dirimu dan kita untuk sama-sama terus thabat di jalan ini.''

Air mata berderai lagi teringat kata-katanya. Diri sering ingkar padaNya bukan kerana tidak tahu,tapi mungkin dengan sengaja. Ya Allah,teruknya diri ini dulu.

Mulai hari ini,bulan suci ini, diri perlu kuatkan tekad dan azam. Cinta UTAMA dari hati harus dipacakkan pada Dia, pemilik cinta sebenar. Mana mungkin seorang hamba mengutamakan peminjam cinta,mengetepikan pemilik cinta.


Cinta kepadaNya dalah cinta yang paling suci. Cintai Allah dan Allah akan memelihara seluruh cinta yang berputik antara manusia lain,InsyaAllah.





Doakan diri ini mendapat keampunan dariNya atas segala kelalaian dan dosa-dosa silam. Mungkin ini bulan untuk mencari diri yang sebenar, berubah dari jahiliyyah kepada islam dan meninggalkan segala perkara yang terlarang.


'sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu..'
-HR Muslim-


mubarak ramadhan

buat semua sahabat,selamat meneruskan ibadah puasa. doakan keredhaan bersama.terima kasih kerana kata-kata semangat kalian, saya masih kuat disini:)

15 comments:

alyamohsin said...

syafa..bulan mulia sme2 kita lebih mendekatkan diri pada Allah..smue org ade mse zaman jahilliah msing2..alia pun:'(
kita mmg xbleh kembali ke masa lmpau tp kita boleh perbaiki diri kan..jom henshin..from zero to hero!hehe=)

Puding Karamel said...

sayu akk baca syafa
exactly what i felt
terlalu tinggi harapan
moga tuhan perkenankan
kerana rahmatNya tiada penghujung itu yang kita dambakan

doakan akk juga, syafa sayang...

Puding Karamel said...
This comment has been removed by the author.
Habibah said...

utk berubah perlu mujahadah, untuk mujahadah perlukn pengorbanan. Syafa sayang, semoga Allah beri kekuatan.
Setiap sakit yg kita rasa; Allah nk kita semakin dekat padaNya.. :) :)

nur hafizah said...

"Setiap anak adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yg bertaubat(kepada Tuhannya)"-HR Tirmidzi-

InsyaAllah syafa,kita sama-sama memohon pengampunan dan cinta Allah dalam bulan berkat ini.Salam sayang :)

Izzati Hashim said...

Allah tengah bagi peluang kat kita sekarang ni, sama berusaha2!

Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah ('=

nusrah said...

Assalamualaikum syafa,
Moga Allah terus bagi kekuatan utk beribadah. Berdoalah setiap langkah yg diambil, Allah hitung sbgai ibadah. Ramadhan kareem :)

Love fillah :)

syafa mohamed said...

alya:mekasih alya...un,itulah..jahiliyyah yang lekat mcm xsenang jer nak buang,tapi 頑張ればできるでしょう...'mcm sensei selalu ckp'

rindu kata-kata semangat dari sensei,sgt berguna...'まだ時間があるから、間に合うよ'

doakan syafa yer alya....xnak dah beratur blakang depan..^^u understand what i meant right:)

syafa mohamed said...

akak puding karamel...
insyaAllah,sama-sama kita doakan,harapan yang tinggi tiada mustahil,just need to put more effort on it,i think...

Allah gonna give what best in His thought to you too..

but then,itulah...syafa pun kadang-kadang takut andai esok bukan milik syafa lagi.cukup ke masa yg diberi untuk meminta ampu..:(

ma iyah,think positive...頑張ります

syafa mohamed said...

akak bib comel,

un...terima kasih untuk surat dari kak bib juga...bukan diri xmahu mujahadah,tapi kadang2 hati yang berkeras untuk tidak beranjak...

dikira-kira,masih banyak lagi jahiliyyah terlekat,gelak ketawa tanpa sedar..Astagfirullah al azhim

doakan syafa yer bib comel...kowaii...kowaii xdapat cinta dr Dia..:(

syafa mohamed said...

ukhti hafizah...

syukran for the hadis...bertambah isi kekuatan syafa...

yer,mohon Allah beri kesempatan untuk merasai manisnya ramadhan sepenuhnya...

salam sayang buat hafizah juga:)

syafa mohamed said...

ukhti izzati...

un,syafa tahu Allah buka peluang buat syafa...cuma kadang sedih,sebab terlalu takut...takut tak diampunkan dosa silam yang bergunung...

insyaAllah,tiada putus asa untuk jalan ini...doakan syafa terus thabat mencari cintaNya yer.

jzkk izzati

syafa mohamed said...

waalaikumusalam wbt akak nusrah:)

harapan hati begitulah hendaknya,semoga segala amal dalam perhintunganNya dan keampunan dipinta...

uhibukki fillah akak nusrah^^

ieyba said...

muhasabah diri sebagai hamba dan da'ie..huhu..
syukran kak syafa..

syafa mohamed said...

afwan adikku ieyba:)