Ukhuwah...perkara yang mudah diungkap oleh sesiapa pun tapi untuk merasainya tidak semua mampu lakukan...Indah pada ukhuwah melebihi indahnya mendapat cinta biasa...aura dalam ukhuwah yang saya ada kali nie berbeza dgn sebelumnya...kenapa???apa yang membezakannya???
sekarang saya sedar...bahawasanya ukhuwah itu indah kerana berpaksikan Allah...apabila dua hati menyayangi kerana Allah,mana mungkin ianya tidak menjadi indah.
BENAR
semuanya menjadi indah belaka tatkala
kami belajar kerana Allah
bertemu di atas jalan Allah
bersama kerana Allah
juga berpisah demi mencari keredhaan Allah
"Antara 7 golongan yang mendapat naungan di akhirat adalah dua orang perempuan yang bersahabat, bertemu dan berpisah hanya kerana Allah Taala"
(HD Riwayat Bukhari)
Jika syafa imbas berjuta kali pun, memang benar rupanya Allah itu tidak pernah lupakan saya..diberi saya nikmat Islam, diberi saya jalan yang sentiasa ke arah menuju jalanNya cuma saya kdg-kdg terleka sebentar membuatkan saya terkandas.
Namun...
tidak ternilai pertolongan Allah itu
saat hati saya menangis teresak-esak
saat saya lemah tak berdaya
saat saya memerlukan bahu untuk bersandar
Allah pasti hantarkan seseorang buat saya..
Tahun lepas,Allah pertemukan saya dgn miss zana
tapi bukan semudah disangka
hari itu saya diuji
sejauh mana cinta saya pada dia kerana Allah
"Apakah kamu mengira kamu akan dibiarkan mengatakan 'kami telah beriman' sedang kamu belum diuji"
(Al-ankabut:2)
(Al-ankabut:2)
benarlah untuk mendapatkan ukhuwah yang indah
bukan semudah bermimpi di malam hari
mama pernah cakap
sedangkan kebahagiaan akhirat pun
perlukan pengorbanan dan byk ujian
sebelum kebahagiaan yang anda kamu dapat
besar TARBIYAH Allah buat saya
yang pasti semua pengorbanan tidak sia-sia
Saat itu saya belajar merasai ukhuwah fillah
saya belajar mengorbankan perasaan untuk kepentingan orang lain
saya belajar mengenepikan emosi kecil utk urusan lebih besar
saya belajar membezakan hal kecil dgn urusan lebih penting
saya mengenal cinta fillah
saya mengenal segala erti pengorbanan
dan
saya menjadi lebih kuat hari ini
hingga saat ini sayang saya buat insan bernama zana tak pernah pudar
-Thank You Allah-
Thank you zana
'Perumpamaan orang-orang mukmin dalam cinta-mencintai sesama mereka, sayang-menyayangi, dan saling mengasihinya, adalah seperti satu jasad, jika salah satu dari anggota badannya mengadu sakit, maka seluruh jasadnya tidak akan bisa tidur dan merasakan demam'
(HD Riwayat Muslim)
(HD Riwayat Muslim)
1 comment:
"Apakah kamu mengira kamu akan dibiarkan mengatakan 'kami telah beriman' sedang kamu belum diuji"
(Al-ankabut:2)
sgt suka ayat ni... bila terasa lemah, guna ayat ini sbg kata2 smgt dalam mncri redhaNya....
Post a Comment