Saturday, January 1, 2011

tanda-tanda dilamun cinta

Apakah perasaan bila cinta ditolak?
dan apa perasaan bila cinta berbalas?


Disini nak kongsi tanda-tanda dilamun cinta dengan Yang Maha Pencipta:
  1. Suka untuk bertemu denganNya. Tak sabar untuk bertemuNya. Tak berjumpa sesaat seolah2 jadi tak menentu. Persediaan dibuat setiap kali sebelum bertemu-Nya.
  2. MendahulukanNya lebih dari yang lain. Segala kehendakNya diutamakan dan yang dilarang cepat2 dijauhkan.
  3. Gembira sgt2 bila bersamaNya. Ingin sentiasa bersama walau dimana. Susun kata indah bila hendak bertemu. Ayat2 cinta kita luahkan padaNya sebagai pujian keatasNya.
  4. Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cinta terhadap Allah melebihi segalanya.
  5. Nikmat melakukan ketaatan padaNya. Membela agamaNya sudah cukup membuatkan kita terasa nikmat di dunia.
  6. Tegas terhadap mereka yang menghina Islam.
'Terkadang dalam hidup ini kite perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar'
Itulah sedikit perkongsian berkaitan tanda-tanda kita dilamun cinta bersamNya. Adakah cinta kita berbalas???atau kita dalam dilema cinta si dia atau si "DIA"???Moga kita semua mendapat  cintaNya...

No comments: