Monday, January 24, 2011

お誕生日おめでとう ~dearie ルザナ

selamat hari lahir
sanah helwah
happy birthday
otanjoubi omedetou
buat
Ruzanna Zulkipli
syafa mintak maaf
syafa tak mampu bagi ape yg zana suka
xdapat bersama zana
xdapat make it with you
InsyaAllah..
walau jauh di mata
tapi kita selalu dekat di hati..ameen~~

Friday, January 21, 2011

betulkan niat

errr......lagi bape jam jer,syafa ada farewell party@soubetsukai送別会。



お久日ぶり送別会


tapi syafa belum buat ape2 preparation..
*baju belum beli
*kasut rase cam nak pakai yg ader jer,xpon pakai kasut yg dah ulang2 pakai utk interview..hik3....suke kasut tue...
*tudung..+...etc...
semua nyer tak dek..

guess nape syafa tak beli awal-awal?????


1st-syafa xdek mood sebab ari tue result lambat keluar.
so kalau xdapat flu,ingatkan xnak la pergi..悪い!
2nd-sebab syafa xde idea nak pakai ape n macam mane.
of course,syafa nak dress up something yg x kolot di mata syafa,must be kemas n haruslah utk tidak mencapap n menarik perhatian org(目立つ)
syafa nak yang SMART,TIDY n LOW PROFILE LOOKING
3rd-syafa cam tak berminat nak attend sebab syafa takut 3L.
Lalai,lara' & leka!
nauzubillahminzalim....mintak jauh ea...


baru sebentar tadi mira dah bebel2 suruh beli..
hehehe...kn mira kan..

sekarang syafa harus+wajib+mesti


betulkan niat

syafa beli baju untuk tutup aurat!!!
syafa pergi sebab hormat jemputan orang.
syafa berpakaian kemas kerana
islam suka kebersihan n kesucian
hati syafa mesti bersih gak malam nie...
syafa mesti ingat n ikhlaskn segalanya
hanya kerana ALLAH...

ingat cik syafa!!!!
jauhi 3L
InsyaAllah...



note:suke gambar ini..kalau ain tgk,msti dia lompat2 kat IB..hehe...






duhai hati...sabarlah dan kuatlah


You disobey Allah,
and yet you still claim to love Him.
By Allah, such behaviour is disgusting,
by any standard!
You would have obeyed Him had your love been true.
For the lover is always obedient to the Beloved!




Ya Allah
Engkau sentiasa melihatku
Engkau tidak melupakan aku
Engkau tidak membiarkan aku sendirian
Engkau hantarkan teman buatku
dalam setiap genap waktu
apabila Kau tahu aku
aku memerlukan bahu bersandar

saat hatiku
tak mampu bersabar
tak mampu menahan tangisan
tak mampu berdiri teguh
aku cuba untuk berselindung dariMu
tapi sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
tiada ape yang mampu isi hatiku
sembunyikan dariMu

saat itu
kau hantarkan ku hamba-hambaMu
yang datang menguatkan hatiku
dan datang membawa khabar
yang Engkau sayangkan diriku
beruntung dan bertuahnya aku....

mereka.....Ya Allah
pantas sekali meneka fikiranku
pantas sekali memahami isi hatiku
tapi Ya Allah
janganlah aku menjadi beban kepada mereka Ya Allah
jangan Kau bebani masalahku
jangan Kau bebani kesedihanku
semuanya di atas bahu mereka...
jangan Ya Allah...

Namun
aku tak mahu jadi hamba
yang tak tahu bersyukur

Thank You Allah
Thank you zana sebab care about me
even you got something more important
to deal with..
Thank you kak atie
for always sharing me the strength
as im looking towards them too...
Im sorry for burdening both of you
now n future, i hope i wont
I'll train my heart to be tougher.

'By Time, Indeed, mankind is in loss, Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience'
(Al-Asr:103)


ini yang kak atie bagi syafa semalam
syafa suke sangat2...
tapi at that time
syafa hanya ucap gomen
more than thank you...gomen nee



Wednesday, January 19, 2011

Aku Tinggalkan Dia kerana Allah


Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku ke jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai ikhwat
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.
Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku.

Aduhai ikhwat
Maafkan aku
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.
Jemput diriku apabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,
Oleh itu,
Aku tinggalkan dirimu pada-Nya


Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.


Yakinlah pada janji Allah!


Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
(An-Nur:26)


Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata

Yakinlah!

Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.


Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
(Ad dhuha:4/5)

Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.


Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
(As Syams:8-10)


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:

"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
(al-Fussilat: 30)

Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(al-Fussilat: 36)

Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
Sentiasa.




note : setiap kali diri lemah, benda lepas mula datang mengaburi malam hari, ku istighfar kepadaMu dan saat itu Kau hadiahkan dirini dengan nota ini,supaya diriku mampu berdiri dengan senyuman...

Tuesday, January 18, 2011

mampukah diriku menjadi muslimah solehah?

Diriku hanyalah hambaMu yang dhaif ya Allah...
Hanya mencariMu tatkala susah...
Lupa akan diriMu bila senang datang...
Namun diriku punyai impian yang belum terwujud.

Mampukah diriku menjadi mujahidah solehah,
Seagung jasad Siti Khadijah,
Setiap detik adalah igauan Rasulullah.

Mampukah diriku setabah Sumayyah,
Setiap saatnya hanyalah dugaan dan jerit payah,
Namun Rabbulkarim tetap disembah.

Mampukah diriku sekental Masyitah,
Hidup berpasrahkan Tuhan yang Izzah,
Walau Fir'aun sezalim penjajah,
Datang menggugat setiap abid yang pasrah.

Mampukah diriku sepintar Aisyah,
Rujukan ulama tatkala gundah,
Srikandi ilmuan disegani ummah.

Mampukah diriku sesetia Fatimah,
Mengabdikan diri pada Ali Karramallah,
Suami impian setiap zaujah.

Izinkan Jannatul Firdaus milikku ya Allah...
Walau diriku hamba yang lemah...
Hanya KudratMu mampu merubah...
Amin... Ya Allah. 

ITS A MUST TO SYUKUR

syukur..syukur..syukur
Ya Allah
Ucaplah Alhamdulillah
syukur kita kepada Allah
selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah

Even sedikit terlambat tapi nak jugak

nak ucap 1st Alhamdulillah
to Allah for these 'nikmat'
2ndly thank you
to all sensei n those yang always
support syafa through the ways
3rdly congratulation
to minna(AAJ no gakusei)
yoku dekimashita neee....


 senyum semua...=)


it has been a while 
since syafa and friends masuk aaj
2nen kang gurai syafa blajar ngan kwn2 
2thn jugak bersusah payah bersama kwn2
2 years kena melalui dengan tabah
segala nikmat suka dan duka

but then semuanya tak sia-sia
janji Allah itu pasti
hanya perlu yakin
dan sentiasa bersangka baik pada Allah
Allah akan sentiasa memberi
ape yang terbaik untuk hambaNya
sungguh hanya Dia Yang Maha Mengetahui

'boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu'
(al-Baqarah:216)





wajah sensei-sensei dalam senyuman=)
Thank You Senseigata


Sunday, January 16, 2011

Mukhayyam-Jom duduk sama-sama

Assalamualaikum...
syafa baru jer baru jer sampai hostel
baru balik dari mukhayyam

details berkaitan mukhayyam syafa pergi kali nie
yang sangat-sangat best
sangat meriah
sangat seronok
sangat menyentuh hati
memang 'THE BEST' 

Lokasi : Janda Baik RIVERSIDE
Tarikh : 13/14 Januari 2011
Ahli nakal & comel : Katibah Mus'ab, IB, UPM sikit2





ini merupakan perjumpaan kali terakhir
bagi katibah Mus'ab
sangat sedih saat penghujungnya tiba
kami AAJ, InsyaAllah akan fly bersama IBT
tinggallah JAD di Malaysia
tapi 
tidak mengapa buat teman-temanku
Qatrun, Laila, Halilah, Faizah dan Iman
perjuangan bukan bermaksud berhenti di sini
perpisahan kita kerana Allah 
pasti ada hikmah yang lebih besar
menanti kita semua satu hari kerana
tidak pernah ada ruginya
bagi orang-orang yang menuntut ilmu.

'Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa...'
(al-Imram:133)

byk syafa nak citer sebenarnya tapi
kali nie tak berkesempatan...
InsyaAllah kali ini 
kita tadabbur alam sekitar RIVERSIDE
yang sangat indah
suasananya nyaman
airnya yang sejuk dapat dirasai sehingga ke tulang
deras mengalir, berlari-lari riang
langit mendung yang menyejukkan pandangan mata
hijau-hijaun yang membuat kita 
tak lekang memuji-muji ciptaanNya.









Monday, January 10, 2011

khas buat athirah chan

diri ini...
mungkin tak dapat berada di sisi thirah sekarang
tapi
diri ini akan selalu mengingatimu...

hari esok
hari mulanya peperiksaan akhir buat thirah
sila buat yang terbaik
yakinkan dalam setiap perbuatan
bahawa Allah sentiasa melihat thirah
Dia sentiasa bersama thirah dalam setiap nafas
Dia akan sentiasa membantu
saat thirah memerlukanNya
mintalah pada Dia
kerana Dia adalah sebaik-baik penolong
even
syafa xdapat bersama thirah
mengetahui Allah menemani thirah
itu lebih dari cukup untuk syafa menarik nafas lega

Ingat!!!
jangan pernah putus asa
jangan putus harap
saigo made dekite hoshii nee..
percaya pada diri
I know my athirah amin can do it,just prove it!

kiter dah janji kalau boleh nak gi nihon same-same
nak tinggal dekat-dekat
nak jumpa selalu
xmahu dah berpisah asing-asing lagi
to be apart from you is the hardest thing for me to survive

sorede
ganbatte kudasai Athirah chan
aja-aja FIGTHO!!!
-YOSH-

Friday, January 7, 2011

Ukhuwah fillah

Ukhuwah...perkara yang mudah diungkap oleh sesiapa pun tapi untuk merasainya tidak semua mampu lakukan...Indah pada ukhuwah melebihi indahnya mendapat cinta biasa...aura dalam ukhuwah yang saya ada kali nie berbeza dgn sebelumnya...kenapa???apa yang membezakannya???

sekarang saya sedar...bahawasanya ukhuwah itu indah kerana berpaksikan Allah...apabila dua hati menyayangi kerana Allah,mana mungkin ianya tidak menjadi indah.
BENAR
semuanya menjadi indah belaka tatkala
kami belajar kerana Allah
bertemu di atas jalan Allah
bersama kerana Allah
juga berpisah demi mencari keredhaan Allah

"Antara 7 golongan yang mendapat naungan di akhirat adalah dua orang perempuan yang bersahabat, bertemu dan berpisah hanya kerana Allah Taala"
(HD Riwayat Bukhari)

Jika syafa imbas berjuta kali pun, memang benar rupanya Allah itu tidak pernah lupakan saya..diberi saya nikmat Islam, diberi saya jalan yang sentiasa ke arah menuju jalanNya cuma saya kdg-kdg terleka sebentar membuatkan saya terkandas.

Namun...
tidak ternilai pertolongan Allah itu
saat hati saya menangis teresak-esak
saat saya lemah tak berdaya
saat saya memerlukan bahu untuk bersandar
Allah pasti hantarkan seseorang buat saya..





Tahun lepas,Allah pertemukan saya dgn miss zana
tapi bukan semudah disangka
hari itu saya diuji
sejauh mana cinta saya pada dia kerana Allah

"Apakah kamu mengira kamu akan dibiarkan mengatakan 'kami telah beriman' sedang kamu belum diuji"
(Al-ankabut:2)

benarlah untuk mendapatkan ukhuwah yang indah
bukan semudah bermimpi di malam hari
mama pernah cakap
sedangkan kebahagiaan akhirat pun
perlukan pengorbanan dan byk ujian
sebelum kebahagiaan yang anda kamu dapat
besar TARBIYAH Allah buat saya
yang pasti semua pengorbanan tidak sia-sia

Saat itu saya belajar merasai ukhuwah fillah
saya belajar mengorbankan perasaan untuk kepentingan orang lain
saya belajar mengenepikan emosi kecil utk urusan lebih besar
saya belajar membezakan hal kecil dgn urusan lebih penting
saya mengenal cinta fillah
saya mengenal segala erti pengorbanan
dan
saya menjadi lebih kuat hari ini
hingga saat ini sayang saya buat insan bernama zana tak pernah pudar

-Thank You Allah-
Thank you zana

'Perumpamaan orang-orang mukmin dalam cinta-mencintai sesama mereka, sayang-menyayangi, dan saling mengasihinya, adalah seperti satu jasad, jika salah satu dari anggota badannya mengadu sakit, maka seluruh jasadnya tidak akan bisa tidur dan merasakan demam'
(HD Riwayat Muslim)

EJU

dimulakan dengan syukur padaMu yaAllah..
hari nie
dalam kelas kagaku-kimia saya dan kawan2
dapat keputusan untuk exam yang lepas
EJU
Examination for Japan University


semua orang termasuk saya sangat2 curious nak tahu tapi
ada jugak rase nervous
bukan semalam,bukan kelmarin
persaan tue wujud dari sebulan yang lalu
tapi hari yang dilalui
saya tampal di hati dengan keyakinan pada Allah
semua 'positive quotes' saya lekatkan di dinding minda
supaya saya sentiasa KUAT

pada mulanya,saya enggan buka slip keputusan tue
tapi saya tahu saya dah tak boleh ubah
even a litte or less than a little
saya mesti tabah
Dia sayang saya,jadi saya tahu
ape pun yang tertulis pada slip itu
itulah hadiah dariNya buat saya

saya buka dengan perlahan..
diperhatikan satu per satu
dengan rasa tidak percaya pada apa yang dilihat
saya imbas pandangan sekali lagi dari awal slip hingga akhir
and thats it.......
Alhamdulillah...
without any arguement
Allah did love me
 i pass with flying colours

tiada perbuatan selain bibir yang memujinya
Subhanallah...Subhanallah....
itulah kata-kata yang hanya terkeluar dari bibir
sambil memeluk amirah che amat
bukan tidak percaya
dengan ape yang dilihat
cuma...
saya rasa terharu,terasa ingin menitiskan air mata
Kau berikan aku hadiah yang sebesar ini
Kau makbulkan doa2 ku
Kau makbulkan doa2 orang yang mendoakanku
tapi..
mampukah aku memberikan benda yang sama buatMu??
i Just Wondering For a Moment

after class,i went back to hostel
saya call mama,abah,along,kakak,abg,achik..
dan
orang pertama yang saya sms is
ruzanna chan

n actually saya nak beritahu mereka2 di atas
yang saya bukan hanya gembira hanya kerana keputusan nie
tapi saya terharu sebab
Allah...
Allah makbulkan doa kalian...
saya selalu berdoa padaNya
Jika Dia tidak dapat mengabulkan doa saya,tak mengapa
tapi
kabulkan lah doa-doa orang yang saya sayang
iaitu
kalian semua..

Once again
THANK YOU ALLAH


NIHON..ATASHI NI MATTE NASAI NE...


Saturday, January 1, 2011

tanda-tanda dilamun cinta

Apakah perasaan bila cinta ditolak?
dan apa perasaan bila cinta berbalas?


Disini nak kongsi tanda-tanda dilamun cinta dengan Yang Maha Pencipta:
  1. Suka untuk bertemu denganNya. Tak sabar untuk bertemuNya. Tak berjumpa sesaat seolah2 jadi tak menentu. Persediaan dibuat setiap kali sebelum bertemu-Nya.
  2. MendahulukanNya lebih dari yang lain. Segala kehendakNya diutamakan dan yang dilarang cepat2 dijauhkan.
  3. Gembira sgt2 bila bersamaNya. Ingin sentiasa bersama walau dimana. Susun kata indah bila hendak bertemu. Ayat2 cinta kita luahkan padaNya sebagai pujian keatasNya.
  4. Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cinta terhadap Allah melebihi segalanya.
  5. Nikmat melakukan ketaatan padaNya. Membela agamaNya sudah cukup membuatkan kita terasa nikmat di dunia.
  6. Tegas terhadap mereka yang menghina Islam.
'Terkadang dalam hidup ini kite perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar'
Itulah sedikit perkongsian berkaitan tanda-tanda kita dilamun cinta bersamNya. Adakah cinta kita berbalas???atau kita dalam dilema cinta si dia atau si "DIA"???Moga kita semua mendapat  cintaNya...