Sunday, July 13, 2014

Mencintai-Nya

Bismillah


Tuhan berikan aku peluang merasai dua cinta,
supaya aku bisa bezakan cinta manakah yang lebih hebat rasanya,

cinta pada Tuhan atau cinta pada manusia.

Seperti mana kita pernah gila mencintai manusia, begitulah juga bagi orang-orang yg mencintai Tuhannya. Yang kurang makan-nya, memutuskan waktu tidur untuk kerap bertemu DIa. Memastikan setiap saat dalam ketersambungan bersama Tuhan.

Andai hari ini kita rasa masih banyak dosa, kita belum layak dicintai, belum layak berkongsi syurga, berjalan dan teruslah mencari. Jangan berhenti!

Jangan pernah berhenti mencari cinta dan redha Ilahi. Kerana akan kamu dapati, di situ terdapat suatu sinar menajadi petunjuk menyuluh jalan kita. 
Jika hati banyak bergelut dosa, diri terkunci dicelah karat maksiat, tersumbat di lubang jahiliyah,
ayuh kembali sirami hati kita dengan CINTA pada Allah, 
bajai hati dengan banyakkan ZIKRULLAH,
agar tidak lagi tergapa-gapai dalam gelap jalan, pengubat saat terpatah dalam mujahadah.

Terapkan dan lancarkan terlebih dahulu cinta buat Allah. Supaya saat bertemu kesulitan di masa depan, hati kita bisa cepat dilembutkan kerana sudah menggenggam cinta agung buat DIa. 
Supaya dalam setiap nafas akan datang, kita tak pernah lelak melakukan segala kerja bila Allah menjadi obsesi utama.

Cinta pada Tuhan mampu mencairkan besi, menghancurkan batu, mengeluarkan segala isi bumi, membangunkan yang tidur, membangkitkan segala ruh dalam kehidupan
...itulah luar biasanya Cinta buat Allah.

Rasulullah juga seorang yang penuh dengan cinta.

'ketika Rasulullah berada di hadapan, 
ku pandangi pesonanya dari kaki hingga hujung kepala,
tahukah kalian apa yang terjelma?
--Cinta!
(Abu Bakar as-Siddiq)

Lets learn to love.
Jangan menuntut diri kita dicintai tetapi mulailah dalam diri untuk mencurah dan memberi cinta pada Ilahi, 
Kerana suatu masa ketika kita sedang melalui jalan berduri dan berliku-liku, cinta itu akan datang menyentuh dan memeluk kita, pasti :')











6 comments:

Anonymous said...

subhanallah!

deep

jzkk akak ^_^

ayuh sebarkan cinta. inshaAllah.

aimiazmi said...

Jazakillah akak. Jujur, ini menyentuh. Moga Allah rahmati di bulan penuh barakah ini :)

nurnuha said...

its such a simple and beautiful post.
salam ramadhan kareem. semoga ibadah kita diterima hendaknya.

Unknown said...

Assalamualaikum, dik

lama rasanya tak bertaut kembali..akk ada hantar beberapa email utk adik tp sunyi tiada balas, :( moga kita masih kekal menjadi sahabat di alam maya
:'( rindu mu yangg.

Anonymous said...

salam
izin sharing note ini...
jazakillah

Anonymous said...

salam
izin sharing note ini...
jazakillah