Friday, June 20, 2014

Sungguh-sungguh Allah menyucikan

BIismillahirahmanirrahim

Salam saiyyidul ayyam


Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah. Allah masih memberi salah satu dari berjuta ranting nikmatNya, tanpa henti. Aku kerap mendengar orang bercakap tentang syukur malah aku sendiri selalu memulakan cerita dengan adik-adik dengan lafaz syukur. Tapi tanpa sedar, aku-lah dalam kalangan orang yang lidahnya lantang bila bercakap tetapi hatinya kosong dari rasa syukur sehinggalah aku diuji, lagi!

Aku-pernah diuji syukur dengan nikmat nyawa dan nikmat islam, iman itu sekali dulu. Lama dulu. Dan sekarang, selepas dua tahun Allah datangkan bentuk ujian yang mirip tetapi menguji rasa syukur pada objek yang sama. Allahu. Cuma bezanya kali ini, aku libatkan nyawa-nyawa lain bersama. 

Di jalan tarbiyyah, banyak sungguh Allah mendidik jiwa hambanya.
Sungguh-sungguh Dia mahu menyucikan.

Minggu lepas, aku disibukkan dengan macam-macam perkara. Hal research, tarbiyah adik-adik2, diri sendiri dan lain-lain. Di tambah lagi, hujung minggu akan ada satu misi penting ; misi mencari dan mengutip jiwa-jiwa yang mahu mengenal penciptaNya. Terasa penat yang lain macam dari minggu-minggu sebelum. Bukan tak biasa dengan program hujung minggu, tapi entahlah.

Aku balik dari lab malam tue jam 1130pm . Terus keluar dengan ex-housemate utk ambil kereta pinjam, isi minyak full-tank utk besok, jemput adik-adik di stesen dan balik ke rumah. Sambung pula, urus hal rumah ; cuci pakaian, kemas rumah, sediakan barang daurah zauj. Dah dekat subuh (2:30am) aku lelap. 

Esoknya janji dengan adik-adik 5:30am pagi kami akan bertolak. Musykil jalan jam dan sesat ke tempat program. Aku sangat okey. Seperti biasa, even badan penat macam mana sekalipun, tapi sebab excited ke program, takkan ada rasa mengantuk masa drive, dengar pengisian pun jarang sangat kalau nak terlelap. Rasa manis dan cinta pada tarbiyyah yang Allah bagi selalu mampu memadamkan rasa letih dan penat weekdays.

Tapi kali nie aku dapat rasa lain pada diri sendiri. Aku drive tapi aku rasa lenguh-lenguh yang memenatkan. Aku duduk di kerusi belakang semasa adik semangat dengan content penyampaiannya dan tanpa sedar, aku terlelap. Dan kalau isinya ada unsur jenaka, akulah orang yg tak berhenti nak senyum dan ketawa. Tapi bezanya lagi, adik tegur 'muka kak syafa macam serius je. kak syafa tak suka ke saya cakap? sorry ya..'


Ya Allah. Hari-hari yang aneh. Tanpa aku sedar, seikaku (baca; tabiat) aku berubah. 

Sehinggalah, selesai program pada ahad. Kami bertolak balik dari osaka ke nagoya pada jarum pukul empat petang. Baru setengah jam driving, aku rasa sangat-sangat penat. Ya Allah, ini pun lain dari selalu. Aku tahan rasa tue. Aku bermonolog dalam diam, 'Ya Allah syafa! Bukan awak je penat. Orang lain nie lagi penatlah! Jangan suka nak bagi alasan.'

Aku tahan rasa penat sampailah ke shiga, stop di R&R. Aku ajak adik-adik rehat makan asikrim, guna mood gembira untuk buang semua rasa negatif. Then, aku continue drive lagi. And i know this is really not me. Aku akan terasa penat yg sangat-sangat bila duduk di kerusi driver. Aku tahan! Tahan yang tak tertahan rasa penat tue. And bila nampak sign nagoya, in few minutes lagi nak sampai, aku tarik nafas dalam-dalam, lega!

Tapi, orang selalu cakap malang tak berbau! Dah dekat sangat nak keluar dari exit highway bawah tanah, aku TERLELAP! Dan aku tersedar bila adik-adik di seat paling belakang menjerit. Aku buka mata dan nampak tembok terowong rapat mencium stream , ditambah bunyi dentuman yang sangat kuat. Aku tutup mata sambil mengunci mulut dengan jeritan ALLAHU AKBARRRR! Sangkanya itulah nafas terakhir aku. 

With minda half-concious, aku pusingkan stereng ke kiri dan tekan brek sekuat hati. Hati aku luruh, kaki rasa longlai. Aku gagahkan lagi  gerakkan kereta, tukar ke lane kiri dan stop di tengah terowong. Aku memang kena gagah masa tue sebab aku perlu tenang supaya adik-adik boleh keep calm sama. 

Aku ambil masa. Bertahmid, tasbih. Ajaibnya kuasa Allah. Aku masih hidup! Kalau nak proportional kan bunyi tadi, sepatunya tembok terowong dah lolos dan aku xmungkin selamat. Tapi Allah knows BEST! 

Aku tahan semua rasa sampailah aku drop adik-adik di rumah. Tapi aku kalah dengan pelukan erat adik-adik. Aku menangis teresak-esak bukan sebab takut nyawa sendiri ditarik tapi aku trauma kehilangan nyawa-nyawa kesayangan instead of diri sendiri. Kalau itu terjadi, aku mungkin dalam dilema yang panjang.

Aku sampai rumah, dan jumpa zauj dalam keadaan yang sangat lemah. Betapa aku tak tahu nak cakap ape aku rasa. Aku ambil wuduk, solat dan menangis dalam sujud seperti bayi kecik. Tersedu-sedu. Sampai tak kesampaian melalui kata-kata apa yang nak diadu. Tapi Allah sedang mendengar sebab aku disitu pon, masih boleh bersujud kerana Dia menjaga, Dia pelihara.

Di jalan tarbiyyah, banyak sungguh cara Allah mendidik.
Sungguh-sungguh Dia bantu menyucikan.





syafamohamed
20062014
Nagoya






1 comment:

hatiyangberharap said...

assalamualaikum syafa...mcam mna kat sne...sihat...masih kenal lagi ngn sue dan ingat lagi sue ke..