Assalamualaikum warahmatullah.
salam jumaat mubarakah sayyidul ayyam.
'Mimpi terbang tinggi ke langit sampai aku terlupa bersyukur untuk yang sedia ada di bumi..'
Setiap negara berbeza tarbiyyahnya. Setiap orang lain pula cara Allah menyentuh hatinya. Dan aku mungkin perlu lebih gigih untuk selalu bersyukur. Bersyukur akan nikmat menjadi antara orang-orang terpilih ke Jepun. Terpilih untuk masuk ke dalam masyarakat yang mengamalkan ad-deen. Bukan terpilih untuk riak di klasifikasi sbg 'orang-orang bijak' kerana berada di sini. Tidak, tidak.
Kau tahu-aku adalah antara orang yang paling benci belajar bahasa. Aku kuat memberontak dari dalam. Belajar quantum mechanics, physical chemistry dan semuanya dalam bahasa jepun paling buat aku rasa geram, sampai kepada keadaan mahu baling buku jauh-jauh. Baca sekali, baca dua kali, baca tiga kali belum tentu betul-betul faham. Kau tahu macam mana rasanya ketika itu?
Tahun pertama aku selalu menangis. Aku fikir terus-menerus apa sebab Tuhan tetapkan aku ke sini. Jauh hati untuk belajar, jauh juga hati dari agama. Aku suka melihat video azan dari masjid-masjid di Mesir, dan aku sangat cemburu. Aku pernah kata, beruntunglah mereka yang belajar dalam bidang perubatan di zagazig, cairo, alexandria- dapat mendengar laungan azan yang sangat merdu, setiap waktu, setiap hari. Tentu-tentu hati mereka lebih basah. Cara hidup mereka juga sure-sure lagi baik dari aku kerana sekeliling mereka ramai muslimnya.
Selama tidak ada rasa syukur atas ketetapan Tuhan untuk aku, selama itu aku terus menghitung keburukan bumi sakura dan kelebihan bumi anbiya'. Mudahnya sahabat-sahabat di sana mengenal rapat agama, mudah mendapat pelajaran yang mendekatkan jarak mereka dengan Tuhan. Tetapi aku, pagi- pergi kelas, tengah hari-solat zohor sorok-sorok di library, balik petang- dengar azan maghrib di laptop, malam pula sambung belajar.
Perumpaan seperti kambing yang bangun pagi-keluar kandang-makan rumput di padang-petang balik semula-malam-bergumbira bersama kawan sekandang.
Ya! Macam sama kan kami-aku dan kambing.
Hmm.
Kambing tanpa akal pun lebih hebat zikirnya daripada aku. Tapi aku boleh jadi lebih hebat dari kambing jika aku guna hati, jasad dan akal : tiga-tiga untuk belajar bersyukur.
---
Alhamdulillah. Tarbiyyah yang mengajarkan erti syukur dan tarbiyyah sendirilah yang menghuraikan tarbiyyah. Setiap inci kaki kita menapaki bumi Allah, di situ adanya tarbiyyah. Betapa tiada satu pun dari penciptaan Allah dijadikan sia-sia. Kita akan sedar betapa luasnya nikmat yang dikurnia termasuklah nikmat tarbiyyah jika kita mengamati dan tahu untuk syukur.
"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada."
―Al-Hajj:46
Aku dan sahabat sejepun-kami mungkin berada di negara yang sama, cerita tarbiyyah kami mungkin mirip tetapi bahagian bagaimana Allah menyentuh hati-hati kami di sini, mungkin berbeza. Setiap orang ada ceritanya dan aku punya kronologi sendiri. Bahagian awal ketika kuntum-kuntum wangi sang murabbi datang menyebar cinta, bahagian klimaks sewaktu meloloskan diri dari jahiliyyah terbesar, dan seterusnya.
Sekurangnya dengan syukur, aku mula menghargai apa yang ada dan belajar melihat sesuatu dengan lebih baik, menggunakan kaca mata berbeza dari yang dulunya. Memang. Memang banyak bezanya bumi sakura dan bumi anbiya' yang aku cemburukan. Tetapi sekarang, Allah sudah membuka hijab supaya aku tahu jawapan kenapa aku di sini.
Mungkin, kalau aku tidak di sini, aku akan menjadi orang yang tidak pernah menghargai agama sendiri. Belum tentu azan yang merdu di Mesir bisa cairkan hati aku kalau azan di Malaysia dulu pun aku sekali-sekali tak ambil peduli. Belum tentu sekeliling yang ramai muslimnya di sana bisa mengubah jadi aku yang hari ini kalau sama seperti dulu, ramainya muslim di Malaysia tapi langsung tidak membawa apa-apa kesan kepada aku.
Allah sangat tahu bagaimana cara mengajarkan aku bersyukur menjadi seorang muslim.
Allah sangat tahu keadaan sekeliling yang macam mana yang boleh mengubah aku.
dan Allah sangat tahu cara terbaik untuk buat aku hargai sesuatu.
Allah. He's The One who knows everything.
Merujuk kepada soalan di atas-apa beza tarbiyyah kita (akhwats)?
:') Menangis dulu baru cerita boleh tak?
Yes, there's a lot of differences between my tarbiyyah here and yours there.
Kebanyakan orang jepun, mereka bukan muslim but the deen, cara hidup islam ada pada mereka dan mereka mengamalkannya. Yes, no wonder mereka boleh berjaya kerana mereka mengamalkan hampir keseluruhan apa yang dibawa agama islam, yang diutus Rasulullah untuk mengajarkan dan yang diturunkan al-Quran untuk dijadikan panduan kita.
Orang jepun mungkin boleh jadi macam Umar. Sebelum islam dah hebat, kalau dah masuk islam memang tip-top gaknya.
―Khiyaruhum fi jahiliyyah, khiyaruhum fi islam, iza faquhu.
Dari sekecil-kecil perkara sehingga kepada sebesar-besar pekerjaan. Contoh mudah yang kita buat tapi mereka tak buat- buang sampah baik-baik/jaga kebersihan, susah nak jumpa yang makan minum berdiri, sangat-sangat menepati masa, kata-kata yang siddiq, persamaa taraf (pakcik pekebun pun pakai smart coat pergi tanam pokok), lemah lembut dan sopan perbuatannya, indah akhlaknya. Itulah tarbiyyah. Buat aku termuhasabah dengan keislaman aku. Kenapa cara hidup islam banyak pada mereka, tidak pada aku. Satu-satu apa yang lihat membuat aku koreksi diri sendiri. Aku ibarat air putih yang masuk ke dalam sebaldi nila. Terikut sama menjadi ungu kebiruan. Dan tersibghah sebahagiannya berbanding sebelum ini, lebih banyak perangai jelek dari yang baik.
Solat zohor sorok-sorok di library, solat kecemasan di stesen kereta api, solat di bawah tangga shopping mall, solat di atas tar parking lot, memang tak sesempurna solat di ataas karpet rumah Allah-masjid. Tapi di situlah aku menghargai nikmat solat.
Usrah/bulatan gembira/smart circle kami di sini juga berbeza dengan orang lain, mungkin. Kalau satu minggu, sekali usrah, sebulan ada empat kali kan. Teringat masa awal-awal di jepun, dari empat kali, sekali usrah jumpa, tiga kali online sahaja. Berbeza suasananya, ruhnya susah nak rasa tapi itulah usaha untuk kita tahu pentingnya mutabaah amal yang dari awal murabbi kita asyik duk potpet jer. Dan sekarang kita potpet dekat mutarabbi kita juga.
Dan jarak kami adik-beradik usrah dulu jauh-jauh. Jauh juga dari naqibah (mak usrah). Dari bawah naqibah naik 'train' ke tempat aku sudah 3 jam, kemudia kami ke gifu dalam 1jam 1/2, kemudian naik lagi 'train' 3 jam ke toyama. Semata-mata untuk duduk dalam lingkaran sakinah, bersua muka, merapatkan lutut bertemu lutut untuk berbulatan gembira. Sesuatu kita nampak susah tapi Tuhan mengatur dengan sangat cantik. Bagaimana cara Tuhan mengasuh aku dan mereka untuk belajar jihad masa dan harta.
Sangat-sangat banyak nikmat tarbiyyah di sini. Melebihi pandangan aku setiap kali mendongak luasnya langit.
Aku di sini mungkin tiada nikmat mendengar alunan ayatul Quran yang best, azan yang berkumandang dari cerobong menara masjid tapi Allah gantikan nikmat yang Dia rasa lebih baik untuk kami.
Subhanallah, Allah hu Akhbar.
-Nothing should bring us down when Allah lifts us up.
Semoga suatu masa nanti, bila kita balik ke m'sia, kita boleh jumpa, duduk di warung macam mula-mula Hasan al-Banna berdakwah dulu, berkongsi tentang kisah tarbiyyah kita. Tapi kalau x berkesempatan di warung dunia, warung akhirat pun okey inshaAllah. InshaAllah. InshaAllah.
:')
Kisah tarbiyyah kita mungkin berbeza tapi doakan semoga penghujung kisah kita akan sama-yakni syurgaNya.
Labbaik Allahumma labbaik.