Cubaan itu
meninggikan derajat seseorang
dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kita.
Itulah rahmat Dia pada kita,
nyata hanya mereka terpilih sahaja
dapat melihat dan pasti merasa.
MasyaAllah.
Jika orang Quraisy menyiksa keluarga Yasir
Apakah keluarga Yasir menerima kehormatan?
'sabarlah keluarga Yasir, sesungguhnya tempat kalian di syurga kelak.'
Jika Anas an-Nadr tidak dipotong-potong
ketika ligat berperang di medan uhud
Apakah ia peroleh kehormatan?
'Jika ia bersumpah dengan nama Allah, maka Dia membuat sumpahnya terwujud.'
Jika Bilal tidak disiksa Umaiyah
Apa ia akan meraih suatu tingkatan?
'Bilal tokoh kami.'
Jika Nabi Yusuf tidak sabar
saat dirayu permaisuri mesir dan dipenjara
Apa ia mendapat suatu gelaran?
'Hai orang yang jujur.'
Jika Saad bin Muaz tidak sabar
berkorban di jalan Allah
darahnya tidak tertumpah dalam perang Khandak
Ia takkan meraih
'Arays Arrahman bergetar kerana kematian Saad bin Muaz.'
Andai Syed Qutub tidak sabar
dan tegar saat ujian dan kematian
maka perkataannya tidak dikenang
buku-buku tidak tersebar luas dan tidak punya pengaruh besar.
Allah hu Allah;')
Wahai jiwa yang tenang,
kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang redha dan diredhai-Nya.
'Dan bersabarlah dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah dan janganlah Engkau bersedih hati terhadap mereka dan jangan pula bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan.'
(16:127)
Kekadang, ujian itu ibarat hujan.
Seringkali kita merungut melihat hujan.
Sehingga kita lupa untuk melihat rahmat disebaliknya.
note: jazakumullah khayran kathiran buat semua, orang-orang yang Allah pilih, datang menguatkan dan memberi himmah ketika syafa di bawah. Allah jadikan semua cukup baik. Sedang kita berhadapan dengan seorang musuh, Allah datangkan berpuluh 'ansorullah' membantu. Cukup indah, subhanallah;')
4 comments:
teruslah bersabar ye cik syafa.sungguhnya ada satu mutiara yang akan ALLAH hadiahkan kepada anda disebalik keperitan dugaan itu
hugs. senyum. tgk langit. Allah kan ade :)
(=
semoga kamu kuat di sana.
mengadulah padaNya.
walau beribu kali.
walau Allah sebanarnya dah tahu apa yang menimpamu.
Mengadulah padaNya wahai sahabatku.
Kerana bersama dengan Allah, awak pasti tenang.
jawab exam molek-molek. take care dear. selamat menyambut Ramadhan.^^
Post a Comment