Wednesday, July 4, 2012

Erti hidup pada yang memaknai

Bismillahirahmanirahim...

Semalam. Gemercik air hujan terdengar sangat sejuk, menitis-nitis turun dari gelap dada langit. Titisan yang jatuh kelihatan sangat jernih, seperti air sungai disini yang laju mengalir. Tengah hari ini. Cahaya matahari mulai memerah. Masuk merombosi ruang tingkap rumah. Barakah nisfu syaa'ban barangkali.

Jalan bukit dari rumah ke sekolah curam dan berliku. Berhati-hati memacu basikal yang sedang laju memecut. Namun fikiran aku selalu melayang bersama angin yang bertiup. Apa cukup dengan hari-hari ke kelas untuk Tuhan menjanjikan aku syurga? Apa bisa aku menemukan syahid ketika menunggang pacuan dua roda ini? Mungkin boleh tapi aku bimbang jika rahmat dan redha Allah itu tidak aku temukan di situ.

Rasulullah pernah berkata,
Amal kebaikan yang kamu semua lakukan
tidak mampu menempatkan kamu ke dalam syurga.

Sahabat bertanya, 
Bagaimana dengan Engkau, ya Rasulullah?

Rasulullah menjawab, 
Amal kebaikanku juga tidak mencukupi.

DaSahabat bertanya lagi,
Sekira begitu dengan apa kita masuk syurga?

Baginda menjawab, 
"Kita akan dapat masuk syurga hanya 
kerana rahmat dan redha Allah semata-mata."


Semua nikmat itu 
adalah kerana rahmat dan redha Allah.
Bukan disebabkan perbuatan baik kita
bukan juga sebab kita adalah keturunan Rasulullah
dan bukan juga sebab kita hafal al-Quran
Bukan kerana itu.
Amal kebaikan dunia saja tidak cukup
bagi mendapatkan kenikmatan syurga.
Begitu pun seluruh kebaikan yang kita buat
tidak akan setanding dengan nikmat syurga
yang Allah janjikan.
Sekiranya kita ke syurga kelak, 
buka hanya kerana buku amal kita yang sempurna
tetapi juga kerana kita membawa rahmat dan redha Allah.
-Sang Waqiah-


Namun, kalau aku ketuk kepala dengan beduk. Cuba tanya apa usaha aku untuk menagih redha Allah. Apa aku mahu tunggu ia turun bergolek jatuh ke riba dengan sendirinya? Seolah berjudi nasib. Menunggu tanpa melakukan apa-apa. Sia-sia meminta menjadi hamba Dia jika mahu hidup goyang kaki saja. Atau paling kurang menjadi hamba dunia, mengulangi rutin yang sama. Hari-hari. Bosan kan? Dan kita bukan lagi kanak-kanak yang boleh hidup hanya berseronok, ditatang minyak yang penuh, dilayan seperti puteri. Tidak. Tidak.

Aku punya banyak impian dan salah satu dari cabangnya, aku mahu kongsikan dengan semua. Cabang yang aku temukan makna dakwah dan tarbiyyah. Ia memaknai kehidupan aku. Aku mungkin tidak mampu menjanjikan kalian dengan syurga tapi aku boleh beri kata pasti bahawa cabang ini memberi kita rasa hampir seluruh kemanisan dunia dan tanda-tanda indahnya syurga. Jalan ini jalan membawa kita berada kepada perdagangan syurga dan ketersambungan dengan Tuhan, sentiasa. InshaAllah.

Dan jika sesiapa bertanya, apa 'best'nya dakwah dan tarbiyyah itu? Mahu saja aku memeluk mereka, biar hati aku berinteraksi dengan hatinya, biar meresapi ke hati dia betapa indahnya jalan dakwah dan tarbiyyah ini sampai aku tidak bisa mengungkap kata untuk menggambarkannya. Rasa itu akan datang pada sesiapa yang mahu.



erti hidup pada jejak-jejak langkah yang bermakna.

diary tarbiyyah
5 july 2012
Takamine Hills,Nagoya


2 comments:

Anonymous said...

biar hati & hati yang berbicara.. subhanallah,, ^^

p/s: betullah jika dihitung amal kita pasti takkan mampu menjejak syurga, hanya rahmat & redhaNYA.. tapi bagaimana kita sering lupa & alpa meraih rahmat & redhaNYA. #sigh..
astaghfirullahalazim...

jazakallahu khairan jaza' kak syafa <3 tok ingatan ini . alhamdulillah

Hanisah Hamid said...

kalau boleh nak je kongsi semua perkara yg indah kita rasa..me too,kalau la kawan kawan tau betapa indahnya jalan mencari redha Allah tu kan kak?