Sunday, July 22, 2012

Diari Ramadhan 02

Bismillahirahmanirahim..

Ber'skype' dengan keluarga iftar tadi,
senyum di luar tapi hujan di dalam.

Semua orang balik rumah
puasa 1,2 ramadhan dengan mama abah.
Meriah.

Kalaulah dapat iftar sama-sama,
boleh ikut abah naik kereta pergi terawih dekat masjid,
pastu balik jalan kaki sebab kena tinggal dgn abah, termengah-mengah sampai rumah.

Tidur.

Malam-malam, bila terjaga terus pergi dapur cari makanan 
masuk bilik buka laptop menulis di blog atau baca blog orang,
bila abah datang bilik, terkejut terus pura-pura tidur takut kena marah^^

Tapi kalau mama yang bangun,
mesti sekarang mama ada kat sebelah meniarap atas katil sama-sama temankan menulis
pastu bila mama bosan dia suruh buka facebook kawan, nak tengok kawan-kawan adik katanya.hihi

Rindu!

Maaa, Abah, along, abang, kakak, angah, achik, and dearest anak buah.
See you all soon.

Love,
Syafamohamed



Friday, July 20, 2012

Diari Ramadhan 01

Bismillah...


Terawih di masjid nagoya, Jepun.
Sangat tenang.
Indah.

Walaupun kurang biah,
alunan kalam Allah tetap sampai ke hati.


Nafas baru Ramadhan.
Lain dari biasa, aneh tapi rasanya mengasyikkan.

Allah. Thank You.



Aku cuba persembahkan ibadah terbaik
seolah inilah ramadhan terakhir yang aku temukan.
Izinkan ya Allah.


nota: melihat seorang wanita arab bersolat di sebelah aku. Dia menangis ketika imam mengalunkan bait-bait Quran namun aku pula menangis kerana aku sedang menahan malu bertemu Tuhan. Kerana aku cuma membawa kehinaan dan dosa-dosa ketika bertemu Dia tadi. Allah hu Rabbi.






Thursday, July 19, 2012

bukan mudah

Bismillah...


dia: ramadhan dah dekat, sampai bila mahu macam nie? 
aku: tunggulah sampai ramadhan, tunggu syaitan xde. nanti okeylah kot.

diam...

dia: kenapa marah sangat? aku baca apa yg dia tulis banyak kali tapi aku tak rasa pape pun.
aku: bukannya marah, tak marah. tapi ntahlah.

diam...

i'm not mad. i'm hurt. maybe, that's the difference.

Disebalik semua yang berlaku,
aku butuhkan sedikit ruang dan waktu
untuk berfikir dan melihat ujian Allah dengan kaca mata positif
sambil aku sedang cuba mengumpul kembali kekuatan.

Mungkin ini masanya untuk aku semak hubungan dengan Allah, 
ada terkurang dimana-mana sehingga Allah jadikan orang paling hampir sbg ujian.
Yang baik ini dari Allah
masih perlu belajar berlapang dada dalam mencari hikmah.


Sahabat,
Jiwa kita mungkin berbeza,
aku tak dapat merasa apa yang kamu rasa
dan begitulah sebaliknya.

I'm trying, learn to be nice to people even they don't.



Sunday, July 15, 2012

Sabar sang hamba

Bismillahirahmanirahim...


Cubaan itu
meninggikan derajat seseorang 
dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kita.


Itulah rahmat Dia pada kita,
nyata hanya mereka terpilih sahaja
dapat melihat dan pasti merasa.


MasyaAllah.

Jika orang Quraisy menyiksa keluarga Yasir
Apakah keluarga Yasir menerima kehormatan?
'sabarlah keluarga Yasir, sesungguhnya tempat kalian di syurga kelak.'

Jika Anas an-Nadr tidak dipotong-potong
ketika ligat berperang di medan uhud
Apakah ia peroleh kehormatan?
'Jika ia bersumpah dengan nama Allah, maka Dia membuat sumpahnya terwujud.'

Jika Bilal tidak disiksa Umaiyah
Apa ia akan meraih suatu tingkatan?
'Bilal tokoh kami.'

Jika Nabi Yusuf tidak sabar 
saat dirayu permaisuri mesir dan dipenjara
Apa ia mendapat suatu gelaran?
'Hai orang yang jujur.'

Jika Saad bin Muaz tidak sabar
berkorban di jalan Allah
darahnya tidak tertumpah dalam perang Khandak
Ia takkan meraih
'Arays Arrahman bergetar kerana kematian Saad bin Muaz.'

Andai Syed Qutub tidak sabar 
dan tegar saat ujian dan kematian
maka perkataannya tidak dikenang
buku-buku tidak tersebar luas dan tidak punya pengaruh besar.

Allah hu Allah;')

Wahai jiwa yang tenang,
kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang redha dan diredhai-Nya.

'Dan bersabarlah dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah dan janganlah Engkau bersedih hati terhadap mereka dan jangan pula bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan.'
(16:127)


Kekadang, ujian itu ibarat hujan.
Seringkali kita merungut melihat hujan.
Sehingga kita lupa untuk melihat rahmat disebaliknya.


note: jazakumullah khayran kathiran buat semua, orang-orang yang Allah pilih, datang menguatkan dan memberi himmah ketika syafa di bawah. Allah jadikan semua cukup baik. Sedang kita berhadapan dengan seorang musuh, Allah datangkan berpuluh 'ansorullah' membantu. Cukup indah, subhanallah;')

Wednesday, July 11, 2012

kosong

Bismillahirahmanirahim...

Apa yang aku lihat,
semuanya buat aku menitikkan air mata.
Hatta aku memandang sekuntum bunga cuma.
Sesak jiwa.

Ya Rabbi.
Izinkan aku menghembus nafas dengan sempurna.

Sabar.
Sabar itu pahit kerana hasilnya indah dan manis.
Ujian yang Allah datangkan mengajar untuk bersabar. Supaya hati seorang hamba terikat kuat pada Dia.
Mungkin itu tanda cinta dari Tuhan buat hamba-Nya. barangkali.

Kata murabbi ku,
"Allah hanya menguji, hanya ingin mencintai kamu lebih lagi."

Wahai hati, kuatlah!
Bertabah lebih lagi. Kerana kamu sedang merasai nikmat diuji.




Monday, July 9, 2012

Beauty in His Test

Bismillahirahmanirahim...


Al-Shaafa’i (may Allaah have mercy on him) said:
 When people go to sleep, I let my tears flow, and I recite a verse of the most eloquent poetry
Is it not a waste that nights go by and I do not increase in knowledge, 
yet this time is counted as part of my life?


Ya Allah. Andai ujian ini bagi menaikkan darjat seorang hamba
maka berikanlah peluang aku menyerap kekuatan dari-Mu
supaya sebanyak mana pun tapisan berlaku
aku akan tetap menjadi hasil yang ditapis 
dan bukan pula saki baki tapisan yang akan dibuang.

:') menangis kerana Engkau, itu paling indah.
Walau bengkak mata, sakit kepala, penat menitiskan air mata,
tapi kerana seluruh cinta ada pada Engkau, aku terasa kemanisannya.


dakwah menuntut ke medan. 
kerja makin banyak, makin berat. 
exam juga menunggu tidak lama je lagi.
Mohon doa semua.
Jika doa syafa Tuhan tidak makbulkan, moga-moga yang termakbul itu adalah doa kalian.

curahan hati
6:18am, dhuha nagoya.

Friday, July 6, 2012

Allah selalu sweet

Bismillahirahmanirahim...


Apabila jasad sedang sakit, 
hati pun jadi keliru,
maka akal tidak dapat berfikir waras.

Kadang-kadang apa yang kita harapkan tak semestinya sama dengan apa yang Tuhan berikan.
Allah huAllah..

Mengharap kepada natijah yang sempurna,
sedangkan usaha sendiri tidak seberapa.
Bagaimana Tuhan mahu tolong?

Hampir saja aku putus asa
Kehebatan Tuhan tak ada yang dapat disangkal,
Setiap bait dari kalam Dia datang menemui hati,
Aku biar mereka berborak lama. 

terharu.

Tuhan. Mana pernah Dia tinggalkan hamba-Nya sendiri.
Jika kita mengetahui, Dia sangat dekat dan pertolongan Dia sangat dekat.

Ujian ketika sakit.
Memang perlu luas berlapang dada.



Biar kepahitan semalam larut bersama malam yang mengundur,
dan kemanisan hari esok muncul bersama matahari yang terbit dari timur.


Allahumma marzuqni rizqan halaalan thayyiban wasta'milni thayyiban.
Allahummaj'al awsa'a rizqika alyya 'inda kibari sinnii wanqitaa'i umri.
Allahummak fini bihalaalika 'an haraamika wa aghini bifadhlika 'ammansiwaak,.
Allahumma inni asalukan rizqan waasia'an naafia'an.
Allahumma inni as'alukan na'ilal muqimal ladzi laa yahuulu walaa yazuulu.
''Ya Allah, berikan aku rezeki yang halal dan baik,
serta pakaikan aku dengan perbuatan yang baik.
Ya Tuhanku, jadikanlah rezeki itu yang paling luas ketika tuaku dan ketika lemahku.
Ya Allah, cukupkanlah bagiku setiap rezeki-Mu,
yang halal daripada yang haram.''
amin.


notakaki : Dua hari sakit, dan semalam ada satu test calculus. Aku pergi tanpa belajar apa-apa. Berbekalkan latihan yang aku buat semasa kelas dan nota sensei yang pernah aku dengar, aku pergi menjawab. Melihat kawan di sebelah, laju mereka memecut ke muka sebelah sedang aku masih di soalan yang sama. Sedih, seriously. Menitik air mata dalam diam, mahu putus asa. Tapi Alhamdulillah, satu soalan berbaki (kawan jepun pun tinggal soalan nie,susah kot) tapi dapat menjawab dengan baik walaupun agak seperti kura-kura berjalan:') Allah, selalu sweet dalam detik-detik tak terduga! Thank you Ya Rabb.

Wednesday, July 4, 2012

Erti hidup pada yang memaknai

Bismillahirahmanirahim...

Semalam. Gemercik air hujan terdengar sangat sejuk, menitis-nitis turun dari gelap dada langit. Titisan yang jatuh kelihatan sangat jernih, seperti air sungai disini yang laju mengalir. Tengah hari ini. Cahaya matahari mulai memerah. Masuk merombosi ruang tingkap rumah. Barakah nisfu syaa'ban barangkali.

Jalan bukit dari rumah ke sekolah curam dan berliku. Berhati-hati memacu basikal yang sedang laju memecut. Namun fikiran aku selalu melayang bersama angin yang bertiup. Apa cukup dengan hari-hari ke kelas untuk Tuhan menjanjikan aku syurga? Apa bisa aku menemukan syahid ketika menunggang pacuan dua roda ini? Mungkin boleh tapi aku bimbang jika rahmat dan redha Allah itu tidak aku temukan di situ.

Rasulullah pernah berkata,
Amal kebaikan yang kamu semua lakukan
tidak mampu menempatkan kamu ke dalam syurga.

Sahabat bertanya, 
Bagaimana dengan Engkau, ya Rasulullah?

Rasulullah menjawab, 
Amal kebaikanku juga tidak mencukupi.

DaSahabat bertanya lagi,
Sekira begitu dengan apa kita masuk syurga?

Baginda menjawab, 
"Kita akan dapat masuk syurga hanya 
kerana rahmat dan redha Allah semata-mata."


Semua nikmat itu 
adalah kerana rahmat dan redha Allah.
Bukan disebabkan perbuatan baik kita
bukan juga sebab kita adalah keturunan Rasulullah
dan bukan juga sebab kita hafal al-Quran
Bukan kerana itu.
Amal kebaikan dunia saja tidak cukup
bagi mendapatkan kenikmatan syurga.
Begitu pun seluruh kebaikan yang kita buat
tidak akan setanding dengan nikmat syurga
yang Allah janjikan.
Sekiranya kita ke syurga kelak, 
buka hanya kerana buku amal kita yang sempurna
tetapi juga kerana kita membawa rahmat dan redha Allah.
-Sang Waqiah-


Namun, kalau aku ketuk kepala dengan beduk. Cuba tanya apa usaha aku untuk menagih redha Allah. Apa aku mahu tunggu ia turun bergolek jatuh ke riba dengan sendirinya? Seolah berjudi nasib. Menunggu tanpa melakukan apa-apa. Sia-sia meminta menjadi hamba Dia jika mahu hidup goyang kaki saja. Atau paling kurang menjadi hamba dunia, mengulangi rutin yang sama. Hari-hari. Bosan kan? Dan kita bukan lagi kanak-kanak yang boleh hidup hanya berseronok, ditatang minyak yang penuh, dilayan seperti puteri. Tidak. Tidak.

Aku punya banyak impian dan salah satu dari cabangnya, aku mahu kongsikan dengan semua. Cabang yang aku temukan makna dakwah dan tarbiyyah. Ia memaknai kehidupan aku. Aku mungkin tidak mampu menjanjikan kalian dengan syurga tapi aku boleh beri kata pasti bahawa cabang ini memberi kita rasa hampir seluruh kemanisan dunia dan tanda-tanda indahnya syurga. Jalan ini jalan membawa kita berada kepada perdagangan syurga dan ketersambungan dengan Tuhan, sentiasa. InshaAllah.

Dan jika sesiapa bertanya, apa 'best'nya dakwah dan tarbiyyah itu? Mahu saja aku memeluk mereka, biar hati aku berinteraksi dengan hatinya, biar meresapi ke hati dia betapa indahnya jalan dakwah dan tarbiyyah ini sampai aku tidak bisa mengungkap kata untuk menggambarkannya. Rasa itu akan datang pada sesiapa yang mahu.



erti hidup pada jejak-jejak langkah yang bermakna.

diary tarbiyyah
5 july 2012
Takamine Hills,Nagoya