In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful.
Tangan gagap untuk kembali menulis. Papan kekunci seolah terlalu asing. Kekunci 'backspace' lebih banyak ditekan berbanding kekunci huruf-huruf yang ada. Tidak tahu perlu mula dari mana. Terlalu lama tidak menconteng pena dimana-mana ruangan. Mahu berkongsi semua rasa, semua urutan cerita tulisan Tuhan, yang mana semuanya dirancang rapi, tidak ada satu pun darinya layak dikata kebetulan.
Ya Allah,
jika tulisan ini bisa membawa hati yang membaca terarah kepada-Mu,
maka permudahkanlah. Allahumma yassir wala tuassir.
Hidup ini seperti kain putih.
Allah berikan berelung-relung pada manusia.
Lalu Allah memerhati bagaimana hamba-hambaNya mencorakkan kehidupan mereka.
Ada yang menggunakan celupan hitam pekat jahiliyyah,
malah ada sebahagiannya yang teliti mencanting dengan warna-warna Ilahi.
Kalau dulu aku tidak menghargai makna kilauan yang ada pada bintang,
sehinggalah aku lihat betapa hebatnya kilauan islam yang terpancar dari jiwa-jiwa yang tertaut pada Tuhan.
Kalau dulu aku tidak tahu apa nikmatnya memandang pelangi,
sehinggalah aku merasakan sendiri betapa indahnya meletakkan Tuhan dalam hati.
Sungguh bertuah bagi mereka yang memiliki cinta Tuhan.
dan aku---merasakan perkara yang sama setiap kali memandang dunia.
(rasa bertuah)
Pada sebuah kehidupan yang diberi,
nikmat-Nya tak pernah berhenti mengalir.
Ada saja yang ingin ditambah-tambah, diberi-beri untuk berbagi.
Dan aku nampak tamak kerana aku cekup kesemuanya.
Bumi sakura, luar bisanya auranya. Aku dapat semua disini.
Nikmat mana lagi yang aku mahu dustakan?
Tuhan ajarkan aku cinta Ilahi,
Tuhan ajarkan aku mencintai manusia demi Dia,
Tuhan ajar aku semuanya.
Aku bertuah kerana aku selalu ada Tuhan bersama:dimana-mana menemani.
"..Tidaklah hamba-hambaKu mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai berbanding dengan hal-hal yang Aku wajibkan. Dan hamba-hamba-Ku akan terus mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnah, sampai Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Aku akan menjadi pendengaran di mana ia mendengar dengannya. Aku akan menjadi penglihatan yang ia akan melihat dengannya. Aku akan menjadi tangan di mana is bertindak dengannya. Dan Aku akan menjadi kaki yang mana ia berjalan dengannya.."
#HR Bukhari.
Dulu aku buta mengenal mana satukah nikmat-Nya,
tapi sekarang aku bisa melihat Dia walau pada segugus sakura.
-Spring2012-
2 comments:
"Kalau dulu aku tidak menghargai makna kilauan yang ada pada bintang,
sehinggalah aku lihat betapa hebatnya kilauan islam yang terpancar dari jiwa-jiwa yang tertaut pada Tuhan.
Kalau dulu aku tidak tahu apa nikmatnya memandang pelangi,
sehinggalah aku merasakan sendiri betapa indahnya meletakkan Tuhan dalam hati. "
Allah, Im really touched with the quotes syafa. :')
Jazakillah dik, for the good reminder. Syafa tidak pernah kalah menyentuh hati. Sayang kerana Allah selalu.
subhanallah!! kak syafa.. speechless.. kak syafa teruskan bertinta ,, moga tinta kak syafa ni menjadi medium / asbab untuk lebih ramai dekat denganNYA ^^ sayang akak kerana DIA, insyaALLAH.. barakillhufik
Post a Comment