Saturday, September 10, 2011

Jatuh tak salah,tak bangun yang salah

Bismillahirahmanirahi..
In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful..

Dalam hidup..segala-galanya masih dalam kesamaran..
kita hanya merancang..
tapi,Allah jua yang menentukan..
kerana esok,adik-adikku..
Esok sebenarnya harapan..
Walaupun samar..namun jalannya terbentang luas..
Wahai hati yang tenang..
tangisan semalam adalah KESEDIHAN..
tangisan hari ini.. 
adalah KENYATAAN..
adik-adikku,
Biarkan tangisan semalam menjadi pengajaran..
buat menempuh hari yang bakal mendatang..






Cabarlah diri untuk menghadapi ujian, bukan lari dari ujian. Orang yang kuat ialah mereka yang dapat menghadapi ujian, berjaya atau tidak itu kemudian kira, yang penting kita menghadapinya dahulu.


Juga,jaga hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Allah. Hablu minannas, wa Hablu minallah;) 



“Aku mengadu kepada Imam Waki’ mengenai buruknya hafalanku;beliau memberi petunjuk kepadaku agar meninggalkan maksiat; Beliau berkata : Ketahuilah bahawa ilmu itu cahaya;sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada mereka yang melakukan maksiat”
-Imam Syafie-

Salam imtihan untuk EJU akan datang buat adik2 AAJ..
Moga kejayaan itu diberkati dan diredhai Allah..
BITTAUFIQ WANNAJAH

4 comments:

Puding karamel said...

Kata2 hikmah saidina Ali:
"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal"..

btw nk tanya lagu apa yg awk pakai ni ye?^^

Anonymous said...

betul tu sahabat..kadang2 hati sangat lemah dek ujian yang sedikit..;(

Syafa Mohamed said...

jazakillah khair akak for those words;)

lagu tue syafa dah jawab kt shoutbox akak^^

Syafa Mohamed said...

Semoga Allah campakkan ketenangan dalam hati yang sedih buat cik PC:)

insyaAllah,jika segalanya dipandang brlaku kerana izin Allah,akan lahir redha yang membuahkan senyuman disitu:)