Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful
In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful
-وَهُوَ الَّذِي خَلَق السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ-
hasil kerja khaulah(my dearie camera) yang tak seberapa
baru belajar untuk bertatih ambil gambar lebih cantik
baru belajar untuk bertatih ambil gambar lebih cantik
huh...*bukan mengeluh,tapi menghela nafas*syukur Alhamdulillah...
masih diberi nikmat masa,nikmat nyawa,nikmat sihat tubuh badan
walaupun masih dalam kesibukan, tetapi terasa perlu untuk memberikan satu santapan buat rohani agar ruhi ini sihat,segar dan semakin gagah untuk hari-hari akan datang
Alhamdulillah,semalam selesai sudah usrah untuk minggu ini
ummi ayu bawakkan tajuk 'tawakal' sempena imtihan tak lama lagi
tawakal itu adalah ibadah hati yang kita tidak akan fikirkan hukuman,sebab dan akibat juga merupakan ibadah badan yang perlu mengambil tahu segalanya untuk mencapai sesuatu matlamat(usaha).
♥ jazakillah khairan khathira ummi ayu ♥
tapi itu bukan tajuk untuk entry kali ini yer,maaf:)
teringin bertinta tentang destinasi yang menjadi idaman setiap insan..syurga!
siapa yang mahu jadi ahli syurga,angkat tangan
siapa yang nak jadi bidadari syurga,angkat tangan
siapa yang nak jadi jiran Rasulullah dan para sahabat disyurga,angkat tangan
okey turun tangan..tahu tahu...mesti semua orang inginkannya^^
syurga itu ada 8 jenis:
syurga Firdaus
syurga 'Adn
syurga Na'im
syurga Na'wa
syurga Darussalam
syurga Muaqqamah
syurga Al-Muqammul Amin
syurga Khuldi
Ibnu Abbas berkata:
'syurga itu mempunyai lapan pintu dari emas dan dihiasi dengan mutiara.'
ayuh kenali lapan pintu syurga yang ada itu...
1)pintu pertama
di pintu ini tertulis kalimah 'La ila ha illallah,Muhammad Rasulullah'
pintu ini dikhaskan buat Rasulullah, para Nabi, para syuhada' dan juga pada dermawan
2)pintu kedua
dikhaskan buat orang yang mengerjakan solat dengan sempurna, memperbaiki wuduk dan menyempurnakan rukun-rukun solat
3)pintu ketiga
dikhaskan buat orang yang menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran
-amar makruf nahi mungkar-
4)pintu keempat
dibukakan bagi orang yang memberi zakat dengan kebaikan jiwanya
5)pintu kelima
dikhaskan bagi orang yang memutuskan keinginan hawa nafsunya dari kesyahwatan dan mencegahnya dari kehendak jiwa
6)pintu keenam
istimewa sangat buat orang yang menunaikan haji dan umrah
7)pintu ketujuh
special juga bagi orang-orang yang berperang(jihad) bagi menegakkan agama Allah
8)pintu kelapan
khas bagi orang-orang yang bertaqwa, yang memejamkan matanya dari perkara haram dan beramal soleh, dan bagi orang yang berbakti kepada kedua ibu bapa dan menyambung silaturahim.
menarik kan syurga itu.cuba lihat dalam al-Quran,ada 120 potongan ayat cinta Allah beri pada kita yang menceritakan tentang indahnya syurga,apa yang terkandung didalamnya dan siapakah penghuninya:)mungkin masih merasakan diri belum layak untuk di'calon'kan sebagai penghuni syurga tapi sampai bilakah perlu diri begini kalau diri sendiri tidak mengusahakannya..ayuh,usaha dan bangkit!
ingin syafa kongsi sesuatu lagi...last-last...tolongla baca^^
jangan menunggu!
1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah tentang orang lain. Maka kamu akan dipedulikan...
5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami mereka, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu.
6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis,tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
7. Jangan menunggu homework, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka homework kamu akan menunggumu.
8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai,maka kamu akan dicintai.
9. Jangan menunggu banyak ruang,baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah...bukan sekadar ruang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah,maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.
11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur,tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kejayaan.
12. Jangan menunggu mampu baru melakukan, tapi lakukanlah!
wallahu'alam
segala perkongsian yang baik harap dapat di ambil buat peringatan dan santapan rohani bersama,semoga Allah redha:)
3 comments:
motivasi di malam hari yang sungguh menyegarkan
JZKK
ohisashiburi datta ne. oisogashiku natta?
un..hisashiburi...sou2..ima isogashikute tamaranai..waaaaaaaaa...shiken ga chikazuite iru shi,hitori de jikken mo yaru..iroiro atte kara,blog wo yomu jikan mo nakunatta...^^gomen ne
whoa~syafa...
'jangan menunggu' itu amat menarik. tertarik akak dibuatnya...terima kasih atas perkongsian ya dik^^
Post a Comment