Bismillahirahmahirahim
In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful
Alhamdulillah,kerana masih punyai kesempatan untuk kembali menulis
setelah berehat lama dari imtihan maka terketar-ketar untuk memegang mata pena
mungkin lakaran boleh menghurai kata-kata yang tak dapat dilerai dari bibir
sometimes picture can speaks more than thousand words
jam 4ptg,25 July,Nagoya
syafa,pika dan kak zura bergerak ke supermarket aeon,yagoto
membeli barang-barang keperluan untuk masak dan sebagainya
pika dan kak azura
operasi memasak bermula
ini hasilnya,dah siap:)
kek untuk miss Faten
keadaan selepas makan
keadaan di sink sempit
Astagfirullahalazim,
beruntunglah Allah masih punyai rasa belas buat diri ini
masih diberi peluang untuk bernafas melalui setiap satu nikmatnya
walaupun pada peperiksaan akhir
sakit kembali menyerang diri,sehingga hilang daya
terasa lemah longlai xbermaya untuk segala-gala yang ada
pada mulanya,
syafa akui hati cuma tergerak untuk belikan makanan halal dan hadiah mahal buat sahabat sempena hari lahirnya.
pada mulanya,
syafa terasa tidak mahu kemana-mana,ingin kembali ke bilik dan berehat dgn harapan sakit akan berkurang dan tidak terlalu terasa.
namun hidayah dan petunjuk Allah,
buat siapa?dimana?bila?bagaimana?
adalah rahsia Dia buat hambaNya...
entah bagaimana
Allah titipkan dalam hati untuk menggerakkan otak berfikir
nilai kasih sayang buat seorang sahabat itu bukan letak pada mahalnya takrif harga hadiah
insyaAllah cukup,cukup dengan kamu berikan sesuatu dgn ikhlas kerana pasti ianya lebih terasa
masih diberi peluang untuk bernafas melalui setiap satu nikmatnya
walaupun pada peperiksaan akhir
sakit kembali menyerang diri,sehingga hilang daya
terasa lemah longlai xbermaya untuk segala-gala yang ada
pada mulanya,
syafa akui hati cuma tergerak untuk belikan makanan halal dan hadiah mahal buat sahabat sempena hari lahirnya.
pada mulanya,
syafa terasa tidak mahu kemana-mana,ingin kembali ke bilik dan berehat dgn harapan sakit akan berkurang dan tidak terlalu terasa.
namun hidayah dan petunjuk Allah,
buat siapa?dimana?bila?bagaimana?
adalah rahsia Dia buat hambaNya...
entah bagaimana
Allah titipkan dalam hati untuk menggerakkan otak berfikir
nilai kasih sayang buat seorang sahabat itu bukan letak pada mahalnya takrif harga hadiah
insyaAllah cukup,cukup dengan kamu berikan sesuatu dgn ikhlas kerana pasti ianya lebih terasa
selamat hari lahir buat faten dan izzah
terima kasih,
ulang tahun hari lahir kalian dalam diam beri syafa kekuatan dalam kesakitan
terima kasih,
kerana dengan itu syafa sedar ape sebenarnya makna nikmat kesakitan itu
terima kasih,
kerana dari situ juga syafa mula nilai kembali dimana letaknya nilai dan kayu ukur kasih sayang buat seorang sahabat
Alhamdulillah,
Allah benarkan syafa bernafas dengan satu petunjuk
yang mungkin boleh menghilangkan satu bebanan dosa
ya,benar sebelum ini hari-hari dilalui bukan dengan sempurna
malah sebaliknya hanya dengan menambah timbangan dosa diri sendiri
nauzubillah...
namun mungkin dengan nikmat ini Allah buka satu laluan berfikir
walaupun ini bukan ulang tahun hari lahir syafa,tapi seperti perlu untuk syafa berkongsi rasa
pernahkah kita terfikir kenapa sehingga hari ini Allah panjangkan usia kita?
kenapa masih tak serik-serik Allah berikan hambaNya serba-serbi nikmat yang ada?
pernahkah?....
saidina Ali berkata:
'Manusia itu semuanya tidur,bila mati barulah terjaga'
Allah buka peluang seluas-luasnya untuk seorang hamba
peluang yang mampu memisahkan antara hari ini dan esok
meloloskan seorang hamba yang tergapai-gapai dalam kegelapan kepada cahaya
memisahkan kejahilan seorang hamba kepada mengenali ilmu-ilmuNya buat bekalan
pada peluang itu juga seorang hamba memperbaiki amal dan menghapuskan dosa lampau
moga Allah redha atas setiap perlakuan dan perbuatan...
buat izzah dan faten
mohon agar Allah mengampuni segala dosa-dosa silam serta diberi nikmat ketaqwaan sehingga akhir usia kalian...
mohon agar Allah memberi kalian umur yang panjang,nikmat kesihatan berpanjangan dan waktu luang agar dapat digunakan untuk memeperbaiki segala amal...
mohon juga agar Allah selalu kurniakan kalian rezeki yang halal,penuh barakah dan mudah supaya dengan itu kalian dapat memperbanyakkan amal...
:)insyaAllah,sama-sama kita semua doakan untuk kebaikan bersama
Rasulullah bersabda:
'Tidak ada seorang muslim yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya sesama muslim (tanpa pengetahuannya) melainkan malaikat akan berkata, "Dan bagimu juga kebaikan yang sama"...'
(HR Muslim)
note:
buat teman-teman yang datang ziarah membaca dan yang tinggalkan komen,jazakumullah khairan kathiran:)
assif sebab syafa tak berkesempatan untuk balas.
InsyaAllah,syafa cuba untuk reply satu demi satu.
buat teman-teman blogger yang tak berhenti membuat perkongsian di blog,maaf juga sebab dah lama syafa tak berkunjung untuk membaca...
insyaAllah,cuti dah bermula,syafa akan ziarah blog sahabat-sahabat.
rindu untuk kutip ilmu dari blog kalian^^