Sunday, May 29, 2011

from z.E.r.0 to HERO

you must be the change you wish to see the world
-Mahatma Gandhi-



sabda Rasulullah S.A.W
'sesiapa yang mengamalkan islam,ibarat menggengam bara api'


saya tak sabar nak berkongsi sesuatu dengan dearie blog
kata-kata di atas besar maksudnya
lagi penuh dengan makna
fikir-fikirkan la dulu.....fikir dalam zikir

Tuesday, May 24, 2011

.........uzlah...........

setelah sekian lama...
mungkin baru hari ini saya berani melangkah pergi
setelah lama difikirkan...
mungkin benar hati ini memang lemah untuk segalanya

hari-hari macam mana keadaan diri 
suka dalam diri, sedih dalam diri,perit dalam diri
saya pendamkan dalam hati
saya jaga rapi agar tidak kelihatan walau sedikit

alt

maka disini sampailah petunjuk untuk saya 
dimana saya memilih untuk mengasingkan diri
mengasingkan diri buat seketika
ataupun dalam masa yang lebih lama dari itu
kerana saya perlukan ruang untuk saya kembalikn segalanya
kembalikan segala nikmat kekuatan yang pernah saya ada dulu


kadang-kadang saya tertanya??
kenapa Ya Allah...
kenapa hati menjadi sebegini lemah?
kenapa diri tak sekuat dulu?
kenapa gerak geri orang lain beri kesan kepada saya?
kenapa saya tak mampu bediri sendiri lagi?



indahnya jika Allah hantarkan insan seperti dulu buat saya
insan-insan yang mendengar segala sedih saya
insan itu juga yang kembalikan kekuatan saya
insan itu yang tak serik memujuk saya
insan itu menerima walau bagaimana keadaan saya
insan itu yang membetulkan setiap langkah saya yang salah
insan itu tahu mana baik dalam diri saya,tahu juga mana buruknya
mereka insan itu yang saya rindukan sekarang




...MAAF buat semua...


i just delete my facebook for some reason
i need time to completely recover
sorry for drastically changed
saya mintak maaf sangat-sangat
dan mungkin kepada yang berada dekat dengan saya
sorry if  sometime i dont act nice enough to you
banyak yang kurang dalam diri
banyak juga yang masih perlu dibaiki....

alt


semoga senyuman esok bakal indah seperti mekar pada bunga
juga hati kembali tenang seperti tenangnya pandangan pada bunga



Sunday, May 22, 2011

menghargai bila tiada

bismillahirahmanirahim
dgn nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

saat diri berjauhan dari keluarga
baru hati mengadu perit
saat diri jauh terbang ke timur
baru reti menghargai apa yang tiada

bibir lancar berkata-kata
''ya,semuanya akan baik-baik sahaja''
hati pula bersuka-ria
''seronoknya belajar jauh nun disana''

tapi semuanya hanya pada mula
apabila ditengahnya keperitan datang menyapa...
menangis-menangis mengadu ingin kembali ke sana
pada tempat yang terhiasnya insan berharga

...saya lah budak itu...
-menghargai bila tiada-

ketika mama dekat di mata
suke menjawab kata-katanya
mama ckp 1,sepuluh saya balas
kononnya mama tak sekolah,saya pula sekolah tinggi

nie la orang cakap
''belajar tinggi-tinggi,tapi bodohnya bertingkat-tingkat''

tapi sekarang saya dah 20 tahun
ruginya jika sampai sekarang saya masih dlm kebodohan
untuk tidak menghargai benda berharga kurniaan Dia


mama sabar dengan saya
mama marah bila saya salah
mama tegur bila ada yang tak betul
mama diam bila saya menjawab
tak nak saya jadi yang derhaka
impian mama nak saya jadi anak solehah...
 tapi mampukah saya???

saya jahat mahupun saya baik
saya kurang bijak mahupun saya pandai
saya hodoh mahupun saya cantik
saya berduka mahupun saya bergembira
saya leka mahupun terlalai/terbabas/tersadung
MAMA...
orang yang sentiasa disisi untuk menemani

saya janji saya akan usahakan utk
STRUGGLE FOR THE SAKE OF ALLAH
and for my parents
whatever i do,everything i dedicated to ALLAH
mama comes THIRD after HIM & Rasulullah

as a conclusion 
please do appreciate all those precious things
belong to you
as you are the lucky one to have it/them
you are the chosen one to feel it/them
hargai sementara masih ada,
sebelum ditarik nikmat olehNYA..


special wishes
h.a.p.p.y.b.i.r.t.h.d.a.y
iqbal ihsan sahharil

alololo....encem la tue^^

some present for my little naughty nephew
che shu bg ihcan free jer lolipop...hehe
*nie jer yg mampu,dont complaint yer*

lolipop ihcan dr cik shu


Wednesday, May 18, 2011

oh.....................

not knowing the reason why
i feel like crying...

shouldnt i cry?

only for a moment
i cant stand the feeling grumbling in me
let me cry
as this all i could do to comfort myself

bicara Allah buatku

'dan janganlah kamu lemah dan jangan pula kamu bersedih hati sebab kamu paling tinggi derajatnya, jika kamu org yang beriman..'
(al-Imran:139)

lagi..Dia memujuk hati ini

`...orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram`
(ar-Ra'd:28)



jaa,syafa.....yosh!!!!!!!

warkah ke syurga

Assalamualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

sering ku titipkan doa
agar kita semua sentiasa di bawah payungan
rahmat dan hidayahNya
Yang  Maha Esa...

dalam kekalutan dunia ketika ini
daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua
dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada Tuhannya
dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan yang batil
dan dalam keadaan manusia tidak dapat membezakan yang mana pahala dan yang mana dosa
Moga-moga doa yang selalu kita pohon dimabulkan olehNya

walaupun dalam keadaan seharian kita sering lupa padaNya
...dan kadang kala kita ingat padaNya
tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya

Buat permata islam 
yang sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi
Sesungguhnya islam itu bukan sekadar agama
tetapi ia adalah cara hidup kita

samaada kita berpakaian...bertutur...belajar...bekerja...
atau dengan perkataan mudah
bermula kehidupan kita dari bangun tidur
sehingga kita tidur kembali

semuanya Allah telah gariskan untuk kita
Hatta sebelum kita lahir sehinggalah
ke dalam liang lahad
Islam juga telah mengajarkan caranya

Sabda Rasulullah:
''Islam itu tinggi,tiada yang tinggi selainnya..''

tapi sayang sekali..
kita yang merendah-rendahkannya
kita yang menjauhkan diri daripadanya
bahkan kita malu apabila islam itu menjadi identiti kita

kita lalai dengan kehidupan dunia
sehingga kita lupa Allah sedang memerhatikan kita

kita tahu adanya Allah
tapi kita melanggari perintahnya
sombongnya kita kerana kita lupa
lupa pada pemberi segala nikmat
sehingga kita kufur kepadaNya...

kita tahu benarnya Al-quran 
tapi kita tidak mengambil pengajaran darinya
kita juga tahu adanya dosa dan pahala
bahkan kita tahu ada Syurga dan neraka
tapi kita masih tidak peduli akan perintahNya

prof Dr Hamka berkata:
''Kita boleh menghitung usia kita yang telah digunakan, tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal...''


PERSOALANNYA

bagaimanakah persediaan kita apabila usia yang terkandung telah habis digunakan???


istimewa hadis ini untuk fin/super fin

''Aku sesuai dengan dugaan
hambaKu kepadaKu...

Dan Aku bersama dengannya
...ketika dia ingat kepadaKu

Jika dia ingat kepadaKu didalam hatinya
...Aku akan mengingatinya didalam hatiKu...

dan jika dia ingat kepadaKu dlm khalayak ramai
...nescaya Aku juga akan mengingatinya...
dalam linkungan khalayak ramai yang lebih baik

Dan jika dia mendekatiKu sejengkal...
Aku pun akan mendekatinya sehasta

Dan jika dia mendekatiKu sehasta...
...nescaya Aku mendekatinya sedepa

Dan jika dia datang kepadaKu berjalan
maka Aku mendatanginya dengan berlari
(hadis riwayat Tarmidzi & Syaikhani)





Sunday, May 15, 2011

strawberry 放題 

saturday,14 may 2011,gifu
Allah beri kesempatan kepada kami warga nagoya dan gifu
untuk pergi makan strawberry sepuas-puasnya, sebanyak yang kami nak makan without limits


pada mulanya,hati nak pergi sangat berat sebab kami tak tertarik pun dengan propaganda
  *can eat strawberry with no limits*
sedangkan sunnah Rasullah pun menggalakkan kita berhenti makan sebelum kenyang bukan dengan mengikut nafsu diri


tapi,kerana nak jaga hati senior-senior yang penat lelah/bersemangat nak bawa kami semua maka dengan izinnya sampaila kami di `kebun strawberry' yang ala-ala `greenhouse'





dengan lafaz bismillahirahmanirahim
saya tanpa teragak-agak memetik strawberry itu 1 demi 1,makan
untuk elakkan rasa bersalah dengan pelbagai anggapan negatif
syafa campakkan satu ayat dalam hati 


`wahai  manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan...'
(al-baqarah:168)

tapi syafa makan agak banyak la jugak...haishhhhh
confius sekejap dengan diri sendiri
syafa makan banyak sebab memang syafa boleh makan
sebab syafa belum kenyang
atau sebab `mind set' alang-alang dah bayar 900¥
makanlah selagi boleh,selagi perut mampu tampung...
>.< teruknya syafa!!!


 petik strawberry 


makan bersama `kembar'


strawberry-strawberry


dah larat nak berdiri,kekenyangan....


apa-apa pun,di sebalik selok belok cerita ini ada hikmahnya
syafa belajar banyak perkara
 *bukan tentang strawberry yer*
tapi perkara yang mana lebih besar dari itu
yang lebih penting untuk di ambil pengajaran
yang juga perlu diambil sebagai peringatan
  
sekian wallahu'alam
これで、私から以上です




Tuesday, May 10, 2011

Saturday, May 7, 2011

Friday, May 6, 2011

kerana Dia, saya kuat disini

KikiSubhanallah walhamdulillah lailahaillalallahKiki

setelah sekian lama mendiamkan diri
akhirnya syafa kembali mula menulis...

pejam celik rupanya dah 1 bulan syafa di jepun
yang mana kater org 'syurga dunia'
kerana taksubnya dengan keindahan jepun
tapi lihatlah, ternyata ia belum layak bergelar syurga dunia
kerana syurga itu sesuatu yang kekal
tetapi Allah dah musnahkn sebahagian kecil dariNya
subhanallah....


next>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kisah disini...3 minggu lepas...
hati ini kelaparan
hati ini dahagakan sesuatu
hati ini kering kontang
hati ini tak rasa dilembapkan dengan sesuatu
dan 
hati ini menjadi kosong

greenscarfemoticon

maka apabila hati ini menderita kepedihan......
iman menangis-nangis
saat tarbiyyah pergi meninggalkannya
saat hiburan datang menggantikannya
silih berganti gelak ketawa memenuhi hari
maka hilanglah kekuatan syafa

greenscarfemoticon

.....................................sehinggalah............................................

syafa dapat panggilan utk ke osaka

"golden week family gathering"

special utk ahli katibah mus'ab dulu
dan ada kunjungan dari senior-senior lain

dan ternyata, tarbiyyah Allah datang lagi
Allah datangkan tepat pada masanya
syukur Alhamdulillah....

greenscarfemoticonsedikit sharing sepanjang di osaka dan kobe

心の探し(pencarian hati)

kami buat sharing surat cinta Allah
kami huraikan ayat-ayat cinta kegemaran 
kami baca surat-surat cinta 
kami tidur dengan iringan al-mulk
kami alunkan al-matsurat dgn iringan doa rabitah
kami tadahkan telinga mendengar nasihat2
kami buka mata hati yang hampir tertutup
kami berjalan melihat dunia, lihat kebesaranNya


kami terus mencari...memburu cahaya itugreenscarfemoticon
agar hati kami bersinar-sinar kembali
agar titik hitam yang bertompok hilang lesap
agar hati kami sihat
agar cukup makan dan minumnya

disini kami mencapai kesatuan hati(takliful qulub)

Kikibertemu atas cinta (ijtimak ala mahabbah)

Kikibertemu atas ketaatan(iktikad ala taat)

Kikibersatu atas dakwah(at-tauhid ala dakwah)

Kikiberjanji atas jihad(at-tha'ahidu ala jihad)


"BERKUMPUL ATAS LANDASAN CINTA ALLAH"

ape yang syafa harapkan sekarang
kawan-kawan xkan pernah tinggalkan syafa
kerana Allah datangkan tarbiyah buat syafa 
melalui mereka semua


syafa nak jugak cakap
syafa sayang sahabat-sahabat syafa semua
sangat-sangat sayang
lilahitaala...
greenscarfemoticon

`jikalau seseorang itu mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahukan pada saudaranya itu bahawa dia mencintainya...'
(hadis riwayat Abu Dawud &Tarmizi)


...........................................................................................................................
episod baru hidup mula dr bulan mei

greenscarfemoticondisini syafa xkan putus asa

ujian Allah memang utk hamba yang Dia sayang

syafa akan kembali kuat dari sekarang

yosh!!!!!!!



note: buat teman-teman yang membaca, syafa sayang anda semua...doakan syafa di nagoya,jepun nie yer...sila like kalau anda suke utk lihat syafa kuat...hihi =)