Bismillahirahmanirahim...
Berdiri di tengah padang luas lalu mendongak ke langit,
kepulan awan dan hijau padang saja sudah buat aku tenang,
apa pernah kau rasa alam ini bisa menggegarkan jiwa seorang hamba.
Setiap kali jiwa racau
aku ke sana, hari-hari pada setiap petangnya.
Begitulah aku bila mahu sendiri dari lelah hal dunia
lebih suka mengasingkan diri dan mengamati sekeliling
walau cuma pada anjing-anjing hitam yang panjang zikrullahnya.
Boleh jadi aku di situ muram atau tersenyum? tak menentu.
Aku tersenyum bila mana aku ingat waktu aku berada dalam kesesatan dan jahiliyyah,
lalu bagaimana Allah mencampakkan cahaya di atas cahaya,
menyelamatkan aku dari kegelapan pekat.
Lucu sungguh aku manusia, buta membezakan yang baik dan yang buruk.
Aku muram,menahan malu.
Zikrullah aku tidak sehebat haraki alam. Kekadang ingat. Kekadang lalai.
Sedangkan seekor anjing yang aku pandang jijik selalu mengingat Allah.
Sedangkan bunga yang singkat hayatnya pun selalu mengingat Allah.
Bagaimana mahu menjadi usratul hasanah kalau aku sendiri gagal mengingat Allah?
Bagaimana mungkin aku membangkitkan manusia sedunia kalau gagal membangkitkan diri sendiri?
Laisa biamaaniyyukum
''Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu."
(an-Nisa:123)
Jangan bermimpi mahu jadi seperti Anas bin Malik.
Tidak terkenal di bumi tetapi menjadi sebutan penghuni langit
jika cinta kamu tidak sehebat Unais mencintai apa yang dicintai Rasulullah dan benci apa yang dibenci baginda.
Jangan berangan mahu jadi seperti Khubaib.
Terkenal kerana diseksa quraisy sbg ganti Muhammad.
Jika cinta kamu tidak pada Nabi dukungan langit tidak sehebat cinta Khubaib.
Jangan bermimpi mahu jadi seperti al-Bara.
Meluluh daging tangan sehingga menampakkan tulang demi saudara sendiri.
Jika keberanian kamu tidak dapat mengalahkan keberanian Al-Bara di medan jihad.
Muhasabah.