In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful..
Dalam hidup..segala-galanya masih dalam kesamaran..
kita hanya merancang..
tapi,Allah jua yang menentukan..
kerana esok,adik-adikku..
Esok sebenarnya harapan..
Walaupun samar..namun jalannya terbentang luas..
Wahai hati yang tenang..
tangisan semalam adalah KESEDIHAN..
tangisan hari ini..
adalah KENYATAAN..
adik-adikku,
Biarkan tangisan semalam menjadi pengajaran..
buat menempuh hari yang bakal mendatang..
Cabarlah diri untuk menghadapi ujian, bukan lari dari ujian. Orang yang kuat ialah mereka yang dapat menghadapi ujian, berjaya atau tidak itu kemudian kira, yang penting kita menghadapinya dahulu.
Juga,jaga hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Allah. Hablu minannas, wa Hablu minallah;)
“Aku mengadu kepada Imam Waki’ mengenai buruknya hafalanku;beliau memberi petunjuk kepadaku agar meninggalkan maksiat; Beliau berkata : Ketahuilah bahawa ilmu itu cahaya;sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada mereka yang melakukan maksiat”
-Imam Syafie-
Salam imtihan untuk EJU akan datang buat adik2 AAJ..
Moga kejayaan itu diberkati dan diredhai Allah..
Moga kejayaan itu diberkati dan diredhai Allah..
BITTAUFIQ WANNAJAH