Showing posts with label tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Syurga atau Neraka

Bismillahirahmanirahim...
In the name of Allah Most Graciou Most Merciful..


Alhamdulillah binikmati islam
Alhamdulillah binikmati iman
hamdan wa syukran lillah...


Syukur sampai sekarang masih bisa menulis. 
Tetapi tidak pasti sama ada ini bakal menjadi pena terakhir ishlahul qulub atau masih bisa diteruskan esok hari.
Ya,tidak pasti. sangat tidak pasti!


semalam, jepun telah mengeluarkan amaran "gempa bumi dan tsunami 25 meter". Allah...agaknya bukan syafa seorang saja yang terkejut bukan? Tetapi kenapa baru sekarang nak terkejut dengan peringatan Allah? Bukan sebelum nie Allah dah bagi banyak sangat peringatan sekeliling kita, tak perasan agaknya sebab tak merasanya sendiri. Sekadar melihat di berita dan mendengar dari radio saja.


Semalam...(2011/01/24)
Lelah berperang di medan peperiksaan dengan tiga kertas final. Sanggup bersekang mata, sanggup korbankan tidur untuk 'exam'. (tapi susah sungguh kalau disuruh bangun qiamulail). Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik,mungkin. Sugguh exam itu bukan tanda Allah nak menyusahkan kita tapi Allah itu sedang memudahkan kita sebenarnya. Allah mudahkan pada jiwa kita walaupun hakikatnya soalan-soalan itu susah.


habis saja kelas, syafa terus balik rumah. Usai solat+lain-lain, syafa buka laptop, tengok facebook.
apa yang syafa nampak di facebook kali nie berbeza dengan hari-hari lain.
"gempa bumi dan tsunami 25 meter"/ Tokai earthquake. 
Tanpa sebarang kata, syafa berlalu dari depan laptop menuju ke dapur. Bukan tiada rasa, bahkan jauh di sudut hati ada suatu kata yang susah nak dibicara. Berdiri lama didapur, menghadam apa yang dibaca tadi.


"kalau aku mati besok, aku akan ke syurga atau neraka? Allah......"


Itulah tanda soal pertama yang tiba-tiba keluar dari fikiran, yang terdetik di hati sebelum datangnya tanda soal yang lain-lain. Buat hati syafa luruh berkeping-keping, baru dapat menelan sepenuhnya sepotong ayat tadi. Tiada manusia yang bisa berikan janji yang aku akan masuk syurga. Tetapi Allah banyak menjanjikannya bagi orang-orang yang bertakwa, orang yang beriman, orang-orang yang menolong agama Allah tapi adakah aku tergolong dalam golongan yang disebut...........................................?


Allah...Allah...Allah...


disebabkan besoknya=hari ini(2012/01/25) syafa masih punya dua kertas peperiksaan untuk dibereskan, syafa terus saja seperti biasa sambung belajar. Dipendekkan cerita, tengah-tengah belajar (jam11.15 waktu jepun), hati rasa seperti mahu dengar suara mama. Bukan niat mahu buat mama abah risau, cuma mahu mengutip semangat dari kata-kata mereka. Sungguh, kata-kata seorang ibu itu walaupun hanya secubit tapi kuasanya sebesar periuk berkuah. 


Assalamualaikum mama...maa...jepun dah keluarkan amaran gempa bumi dan tsunami 25 meter dekat area tempat adik ma...besok!..jadinya sekarang kena berjaga-jaga. sebab 90% possibility ia akan berlaku.


haaa..yeker?tuela mama suruh balik cuti musim bunga, awk xnak balik. balikla..mama belikan tiket nak?


mama...ramalan tue untuk esok ma, bukan minggu depan, bukan bulan depan..(mama tak dengar agaknya tadi).


oh...kalau besok, xpela...doa pada Allah banyak-banyak, ajak pika dan faten solat hajat sama-sama, baca yasin, minta Allah alihkan gempa tue.


*alihkan ke mana?^^


un..okey,insyaAllah. tapi kan maaa.bila dengar pasal berita nie tadi, benda pertama adik fikir, kalau adik mati besok,  adik akan ke syurga atau neraka?hmmmmm...


Haaa...tuela..tahupun diri tue boleh masuk neraka tapi awak liat nak buat 'baik' kan. (pedas betul ayat gurau mama)


mama nie.......itu plak...bukan xnak buat 'baik', dah cuba, sedang mencuba dan sentiasa mencuba.


itula..mama selalu pesan kan, "baca yasin, solat hajat, banyakkan baca quran, jaga solat. Buat hubungan 'baik' dengan Allah. Kalau kita banyak buat 'baik', insyaAllah esok kiamat pun, tak jadi kerisauan buat kita."


un..yer mama..adik akan cuba lagi...;')


tapi kan maaa...adik terfikir, kalau tsunami dekat sendai yang 10 meter dah seteruk tue, kalau 25 meter agak-agak macam la ek maaa? Dah nak kiamat ker esok nie?


ishhh...itu kerja Tuhan. Kiamat tue kerja Tuhan jangan nak dipertikai. Dia memang dah bagi banyak peringatan, cuma kita nie jer. sedar ker tidak? 


*sedar atau tidak??


Dah cukup tertampar dengan kata-kata mama. Rupanya selama nie tak cukup 'alert' dengan peringatan Allah, tak cukup tertumbuk dengan budi bicara Allah. patutlah liat sangat nak buat 'baik'. Astagfirullah al azhim..


hari nie baca lagi post kawan-kawan nie facebook.


'amaran berkuat kuasa selama 80 jam dari semalam.'


hari nie telefon abang selepas baca 'post' sahabat sahabat di facebook.mana tahu abang akan bagi tamparan lebih dr mama boleh bagi.


Abang-abang, adik kan kat sini kan, ada amaran gempa bumi tahu..tsunami sekali (25meter) tue!


yeker???haaa...pakaila 'life vest' siap-siap sebelum tidur.


*mencari tamparan tapi abang bagi ubat penenang, antibiotic hilangkan kerisauan pulak.


yerla-yerla, nanti adik pakai. 


eh,kenapa gelak nie.abang cakap betul-betul la. apa 'life vest' adik?


*okey..diam tak boleh jawab!


"..atau sudah merasa amankah kamu, bahwa Dia yang dilangit tidak akan mengirimkan badai yang berbatu kepadaMu? Namun kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku."




Saturday, November 12, 2011

fanzuru,maka lihatlah

Bismillahirahmanirahim..
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful..

fanzuru
maka lihatlah


kisah aku bertanya tentang erti cinta pada alam..lalu satu persatu dari mereka menjawab kepadaku.

wahai bumi,apakah itu erti cinta?

bumi menjawab:
"cinta adalah hamparan tempat tumbuh segala bahagia dan harapan. Ia memang dipijak dan dihinakan tetapi dia tidak peduli. kerana cinta hanya ingin memberi dan itu saja inginnya."

wahai air di tasik,apakah itu erti cinta?

air menjawab:
"Cinta adalah hujan yang menumbuhkan benih-benih kesukaan, kerelaan akan keterikatan, kerinduan dan kesenduan, atau samudera kasih luas sebagai naungan segala perasaan."

wahai api,pakah itu cinta?

api menjawab:
"Cinta adalah panas yang membakar segala, dia juga dapat memusnahkan hidup dan menyala. Demi menyalakannya, makhluk rela terbakar dalam amarah dan kederhakaan."

Allah....Allah huakhbar...

wahai angin, apakah itu cinta?

angin menjawab:
"Cinta adalah hembusan yang menebar sayang. Orang kata cinta itu buta kerana sering dia dihalakan entah kemana-mana. Dia juga tak terlihat, tanpanya segala jiwa hampa."

wahai langit, apakah itu cinta?

langit menjawab:
"Cinta adalah luasan tanpa batasan. Luasnya tiada makhluk yang tahu. Kecuali bahawa cinta itu bahagia yang biru atau derita kelam yang kelabu."

wahai matahari, apakah itu cinta?

matahari menjawab:
"Cinta adalah hidup yang memberi energi kehidupan dan cahaya harapan. Ia takkan lelah memberi harapan sampai ia padam dan mati."

wahai pohon, apakah itu cinta?

pohon menjawab:
"Cinta adalah akar yang menyumbang segalanya. Ia tulus hingga tak juga perlu terlihat dan dikenal. Tetapi ia terus memberi agar batang bahagia kukuh abadi, berbuah dan berbunga indah."

wahai gunung, apakah itu cinta?

gunung menjawab:
"Cinta adalah rasa yang menjulang tinggi. Rasa itu tenang dan menyejukkan. Namun saat gundah dia akan meleburkan sekelilingnya dengan aliran lava cemburu membara."

Lantas aku bertanya pada cinta itu sendiri..
wahai cinta, apakah erti sebenar dirimu?

cinta menjawab:
"Cinta adalah engkau patuh pada Dia meskipun kau tidak pernah melihatNya, engkau tidak pernah menyentuhNya atau merabaNya tetapi engkau patuh kerana merasakan kehadiran Nya. Kerana cinta bukan indera tetapi rasa.

Cinta adalah engkau takut amarahNya dan takut jia Dia meninggalkan kamu. Lalu engkau mencari-cari alasan untuk selalu dekat denganNya bahkan jika engkau harus derita atau lebih mengerikan dari itu.

Cinta adalah engkau menyimpan segala harapan padaNya dan tidak pada yang lain. Engkau tidak mendua dalam harapan, dan demikian selama-lamanya. Cinta adalah engkau setia bernafas dalam jiwa hambaNya, hidup untuk Dia semata dan dan mati untuk kesukaanNya buat dirimu. 

Cinta adalah engkau merasa kasih sayang yang tunggal  yang tidak engkau berikan pada yang lain. Engkau rindu akan hadir dan bertemuNya. Engkau suka apa yang Dia suka dan membenci apa yang Dia benci. Engkau merasakan semua ada padaNya dan atas nama-nama indahNya."

aku bertanya pada cinta lagi..
mampukah aku untuk itu?bisakan aku melaksanakannya?

cinta menjawab:
"Selama engkau mengetahu hakikat penciptaanmu dan dan bersyukur dengan nikmat yang diberi, maka itu semua akan engkau rasakan,percayalah..."

Allah...Allah...indahnya cinta buat Engkau.


p/s: Alhamdulillah selamat pulang dari "kouyou"(autumn mountainside) sempena musim luruh. Cukup indah alam ini, dan cukup untuk buat diri ini memuhasabah diri seharian dengan mentadaabur alam. buat kakak-kakak yang pergi tadi, jazakillah kheir. syafa seronok bersama semua;) tunggu syafa download gambar daun-daun yang sangat cantik tue nanti yer. 

p/sss: masih bersemangat untuk hari-hari akan datang setelah lumpuh teruk ketika di malaysia sebulan lepas. saki baki hari yang tinggal, berikan diri ini masa dan ruang untuk terus memperbaiki dan memperelokkan diri. terima kasih buat teman-teman-kamus,fin,hajar,aisyah,amal,kak jat,kak mas,kak najwa,kak ayu,kak nad,kak atie,kak dyana,semua akak-akak kuat dalam tarbiyah...sahabat yang banyak bantu syafa,ruzanna..mungkin dia tak membaca dan jauh dari syafa,tapi kerana dia,syafa lebih kuat disini dan jadi lebih elok dari hari lepas. Dia sentiasa...sentiasa ada bila syafa leka,lalai,tergelumpur. syafiqah,awak menarik;) dan ukhti china dan korea yang lain juga. kak nadzipah, tazkirah cuti syafa takkan lupa. Adik-adik di m'sia,kamu pemberi semangat buat akak. juga ukhti mesir yang lain,kak izzati(even baru nak kenal),hihi...dan bloggers yang lain...rasalah yang syafa tengah menunding ke arah kamu...kerana kamu sangat istimewa untuk syafa..(xdapat mention semua nama,aseef jiddan)^^ tapi cinta syafa buat kalian tak luntur kerana ada Allah:')


Friday, November 4, 2011

rahsia hamba dan Tuhannya

Bismillahirahmanirahim
In the name of Allah,Most Gracious Most Merciful


Alhamdulillah nahmuduh wanastanginu wastaghfiru, wanauzubillahi minshariru anfusina wamin sayyiatina a'malina, Asyhadu allailahailallah, wa asyhadu annamuhamad abduhuwarasuluh.


Segala puji-pujian buat Allah swt,Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas junjungan besar Muhammad saw seisi keluarga, sekalian para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah di atas jalan suci ini dengan penuh ketenangan.


Seketika terkaku. Berfikir mampukah untuk sampai ke penghujung jalan, terus tsabat mengumpulkan barisan pemuda berjiwa besar. Dengan pelbagai halangan yang sudah menonjolkan diri ditambah kelemahan yang ada sepertinya masih liat  untuk diperbaiki. Doa tak putus dipohon supaya dibekalkan himmah aliyah dari Rabbul Izzati untuk terus disungguhi jalan ini. semoga tidak futur di tengah, tidak patah lagi mujahadah di simpang. selagi dititis rasa ikhlas yang berpanjangan.


wahai teman, tahukah kita ikhlas itu kedudukannya paling tinggi selepas iman. Ikhlas itu ada pada amalan hati kita yang tiada sesiapa pun mengetahuinya, melainkan ia menjadi rahsia antara seorang hamba dan Tuhannya. Kadang-kadang kita samar, keliru. Kembali meneliti dalam setiap amal, ikhlas kah kita? Orang yang ikhlas itu tidak akan pernah mengimpikan balasan duniawi tapi cukup dengan mengharap redha dari Ilahi buat diri.


Allah..muhasabah diri. Begitukah kita dalam setiap gerak geri dan apabila memberi..? 


wahai teman, perjalanan mencari ikhlas ini cukup panjang. Bukan sehari, mungkin bukan juga sebulan mahupun setahun. jangan tunggu esok, kita perlu mula dari sekarang. masih belum terlambat untuk kita betulkan nawaitu dalam setiap amal bahawa sebenar-benarnya apa yang kita lakukan tidak lain, hanya kerana Allah(Allahu gyayaatuna-Allah tujuan kami). Ubah hala hati, biar lurus semua menghadap empunya diri. 


seketika merenung. wahai teman, 'recheck' kembali setiap perbuatan kita adakah semuanya berbalik kepada Dia? dari sekecil-kecil amal kepada yang sebesar-besar ibadat. kerana apa kita belajar, kerana apa makan, kerana apa 'facebooking', kerana apa 'blogging', kerana apa kesana kesini berkumpul dalam 'smart circle', bulatan usrah, himpunan daurah, kerana apa...ya,fitrah manusia sentiasa mengharap untuk dipuji tetapi semoga kita semua dalam golongan yang mengharap untuk menjejak syurga firdausi. 


''Barangsiapa yang meninggalkan dunia ini dengan membawa keikhlasan kerana Allah sahaja, ia tidak menyekutukan Allah, melaksanakan solat, menunaikan zakat, maka ia telah meninggalkan dunia ini dengan membawa redha Allah."
-HR Bukhari dan Muslim-


wahai teman, genggam tangan, kita melangkah dari sini bersama. Semoga akan wujud rasa ikhlas kita melebihi golongan-golongan abrar dan menggapai tingginya ikhlas seperti golongan-golongan muqarrabin. Sehingga akan sampai pada suatu keadaan yang mana kita lebih suka menyembunyikan kebaikan.


''Di antara tanda keikhlasan adalah jika engkau suka sembunyikan kebaikanmu dan tidak suka menyembunyikan kesalahanmu.''
-Syed Quthub-


amal yang ikhlas pasti membuahkan cinta buat Tuhan


note; perkongsian ringkas. Apa yang baik diambil,yang buruh dibuang, yang salah mohon perbetulkan. sebab syafa budak yang masih belajar,hehe;)

Friday, October 28, 2011

selingan buat dai'e muda

Bismillahirahmanirahim
In the name of Allah, Most Gracious Most merciful..

salam jum'atil, Pujian buat Tuhan sekalian alam dan selawat buat uswah hasanah SAW..


Alhamdulillah
Alhamdulillah binikmati wakti, islam wa iman

Bersatu atas dakwah demi membantu ummah yang disayangi
Bertemu atas cintaNya demi merebut saham akhirat esok hari
Bersama dalam atas jihad demi kerehatan abadi di syurga nanti.

Sebelum melangkah pergi dari ruangan ini untuk beberapa waktu, selingan kata-kata buat dai'e muda (saya,kamu dan kita) saya tinggalkan. semoga dapat direnung dalam-dalam, memberkas di hati, terkesan di jiwa, tergerak jasadinya..rabbuna yusahhil,biiznillah.

“Bila kalian menyambut tugas dakwah ini tidak sebagaimana sikap kalian terhadap tugas yang menyangkut urusan peribadi kalian maka dakwah ini akan mengalami kekalahan yang nyata. Oleh kerana itu sambutlah tugas ini dengan ghairah.” 
-Al-Maududiy-


fastabiqul khairat
salam uhibukki fillah
syafa mohamed;) 

Friday, October 21, 2011

pupuk cinta buat Tuhan

Bismillahirahmanirahim..
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful




wahai teman, katakan pada hati-hatimu. Jangan pernah berhenti mencari cinta dan redha dari Ilahi. Kerana akan kamu dapati,di situ terdapat suatu sinar menjadi petunjuk menyuluh jalan kamu. Jika hati banyak bergelut dosa, diri terkunci dicelahan karat maksiat, tersumbat di lubang jahiliyyah, ayuh kembali sirami hati-hati kita ini dengan CINTA pada Allah, bajai hati dengan memperbanyakkan ZIKRULLAH agar tidak lagi berpaling tergapai-gapai dalam gelap jalan, pengubat saat terpatah dalam mujahadah.

wahai teman, terapkan dan lancarkan terlebih dahulu CINTA buat Allah. Supaya saat bertemu kesulitan di masa depan, hati kita bisa cepat dilembutkan kerana sudah menggengam cinta yang agung buat Dia. Supaya dalam setiap nafas akan datang kita tidak pernah lelah lagi melakukan segala kerja bila Allah menjadi tujuan utama semata. kerana cinta itu sangat berkuasa yang dianugerah oleh YANG MAHA KUASA.

Cinta pada Dia mampu mencairkan besi, menghancurkan batu, mengeluarkan segala isi bumi, membangunkan yang tidur supaya bangun, membangkitkan segala ruh dalam kehidupan..itulah luar biasanya CINTA BUAT DIA.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada dalam tiap-tiap diri manusia. Ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnya lah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah kedustaan,kehinaan dan lain-lain cela. tetapi jikan ia jatuh ke tanah yang subur, akan tumbuh disana kesucian hati, keikhlasan, budi pekerti dan lain-lain sifat terpuji.
-HAMKA-

Lantas, semaikan juga rasa cinta buat kekasih Tuhan, Rasulullah. Sebagaimana tingginya rasa cinta sahabat-sahabat terdahulu mencintai baginda. Mungkin tidak pernah kita menatap wajah baginda, apatah lagi menghidu harum nafas hembusannya, tetapi kita bisa menghidupkan sunnahnya, dari yang kecil sehingga sunnah terbesar (dakwah). Tiada yang mustahil. Banyakkan selawat dalam dan luar doa, itu juga tanda cinta pada Rasulullah. 


ketika Rasulullah berada di hadapan,
Ku pandangi pesonanya dari kaki hingga hujung kepala
tahukah kalian apa yang terjelma?
Cinta!
-Abu Bakar As-Siddiq-

ayuh teman, cintakan Allah dan Rasulullah seperti sungai yang sentiasa mengalir airnya bukan seperti cinta pada bunga yang akan layu dan mati. Basahkan cinta-cinta ini dengan air mata keinsafan agar ia kekal murni dan indah senantiasa,insyaAllah. 

Mungkin inilah caranya kita memperoleh redha dan rahmatnya. Jangan menuntut untuk kita dicintai tetapi mulailah dalam diri untuk mencurah dan memberi cinta itu pada Ilahi. Kerana suatu masa ketika kita sedang melalui jalan berduri dan berliku-liku, cinta itu akan datang menyentuh dan memeluk kita. pasti!

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang
99 disimpan disisinya, 1 diturunkan ke dunia
Dengan kasih sayang ini juga manusia berkasih sayang
sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

dari Rasulullah SAW,Allah berfirman:
"Orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan syuhada menyukai mereka."
-HR TARMIDZI-


note; Alhamdulillah,syafa peroleh semangat yang luar biasa setelah balik dr jumpa seorang akak hebat dalam tarbiyah. Masya'Allah. Dan syafa mula rasa segala-galanya akan menjadi luar biasa bila cinta pada Allah sebagai paksi utama. Dan cinta pada Allah itu juga yang membuahkan cinta antara hambanya. Syafa sayang kamu, setiap   yang syafa rasa, syafa nak semua orang juga merasa yang sama;) biiznillah.